BAB 7

446 35 0
                                    

"Aunty Lees!" Suara Hara yang entah dari mana datangnya telah membuatkan Arleesa mendengus malas.

Kenapa pulak budak ni kacau aku! Tak suka la!.

Arleesa menoleh ke arah gadis kecil yang berlari anak ke arahnya itu. Tangan Arleesa sudah naik memeluk tubuh. Menyampah pulak tengok budak ni.

Dah la baru balik kerja. Penat! Budak ni pulak duk panggil-panggil. Haih! Aku rasa nak cepuk je. Naik darah aku!

"Nak apa?" Malas nak menunjukkan kasih sayang kepada budak Hara ni. Layan biasa-biasa dah la. Buat apa nak bagi layanan istimewa?

Bapak kau dah sakitkan hati aku tau tak?!

"Hara nak aiskrim. Jom la pergi beli." Melihat Arleesa yang masih tidak beriak, Hara mencapai hujung baju Arleesa.

Ditarik sedikit kuat sehingga senget benget baju yang terlekap pada batang tubuh Arleesa.

Semakin lama, semakin Arleesa naik angin. Rimas diperlakukan seperti itu dengan budak Hara ni.

"Eh! Kau nak aiskrim ke? nak apa ke, bukan masalah aku tau! Pergi la cari dekat bawah!. Tak nampak ke aku baru balik kerja! Penat tau tak?!" Usai memarahi Hara, Arleesa mengatur langkah ke bilik.

Nasib baik dia tak lepas semua. Nada marah tu masih dapat dikawal. Kalau tidak, satu rumah ni la dengar pekikan Arleesa pada budak Hara yang tak bersalah tu.

Pintu bilik dihempas kuat. Beg komputer riba dan beg tangan dilempar ke katil. Arleesa merehatkan badan di kerusi empuk yang diletakkan di bahagian hadapan katil.

Di luar, Hara sudah menangis apabila dimarahi. Apa salah dia? Nak minta aiskrim ja pun. Tu pun nak kena marah.

Kedua tangan naik menggosok mata yang sudah berair.

Dari jauh, Puan Suhana hanya menggeleng melihat adegan itu. Melihat tangisan Hara seperti tidak mahu berhenti, dia mendekati gadis kecil itu.

"Hara cucu tok ma menangis kenapa ni? Ala... Kesian dia. Hara nak apa?" Hara dibawa dalam pelukan.

Puan Suhana melutut bagi melaraskan wajahnya supaya senang memujuk Hara. Sesekali, muka ditoleh ke arah pintu bilik Arleesa.

"Hara nak aiskrim. Hara mintak dekat aunty Less. Tapi dia marah." Tersedu sedan suara Hara menceritakan perkara yang sebenar.

Wajah yang merah menambahkan kecomelan Hara walaupun dia sedang menangis.

"Aunty Lees penat tu. Dah la. Jom kita pergi beli aiskrim dengan Nek Yan eh. Tak mau sedih sedih." Puan Suhana menyapu wajah Hara dengan telapak tangannya.

Sebelum berlalu turun ke tingkat bawah, sempat dia mengerling sekali lagi ke arah bilik Arleesa. Puan Suhana menghembus nafas berat.

.
.

Pintu bilik yang terkuak dari luar membuatkan Arleesa panggung kepala melihat. Dia yang sedang meniarap di atas katil sambil menghadap komputer riba bangun menyelesakan duduk.

Senyuman diberi kepada Puan Suhana.

"Ma."

Puan Suhana membalas senyuman. Dia mendekati katil yang Arleesa duduki kemudian melabuh duduk di sebelah gadis itu.

"Sibuk? Mama ganggu ke?"

Arleesa geleng perlahan sambil tangan ligat mengemas kertas dan pensil yang berselerakan di atas katil.

"Tak la. Dah siap pun. Kenapa mama datang sini?" Soal Arleesa perlahan.

Dahi milik Arleesa yang berkerut itu dipandang bersahaja oleh Puan Suhana.

"Tak ada apa pun. Saja mama nak berborak dengan Lees. Dah lama Lees tak lepak dekat bawah."

Arleesa angguk.

"Lees tak kesiankan Hara?" Soalan Puan Suhana bagaikan batu menghempas kepala Arleesa.

Kenapa mama tanya macam ni? Kepala ligat berfikir sesuatu.

"Ma...maksud mama?" Soal Arleesa tidak mengerti.

Memang la dia tak berapa nak suka dekat si budak Hara tu. Tapi, takkan la sampai mama pun dah tahu? Ish Arleesa, teruk sangat ke kau layan budak tu sampai ada yang perasan?

Puan Suhana masih menguntum senyum. Dia tahu, apa yang berlaku tidak boleh mempersalahkan Arleesa, mana mungkin dia dapat melayan baik gadis kecil itu sedangkan Hara adalah anak kepada Mikael. Orang yang pernah berjanji sehidup semati dengannya.

"Siang tadi, mama nampak tau apa yang Lees buat dekat Hara. Lees tengking dia kan? Lees... Lees tak kesiankan dia ke?" Tangan Arleesa dicapai.

Sebelah lagi tangan Puan Suhana menyelitkan rambut Arleesa yang terjuntai ke belakang telinga. Kemudian, pipi gebu Arleesa pula menjadi pendaratan tangan Puan Suhana.

"Lees tak ada hati yang baik macam mama untuk terima orang luar dalam hidup Lees. Tambah pulak, budak tu anak kepada orang yang pernah Lees sayang." Jeda.

Perlahan suara menerangkan soal di dalam hati.

Puan Suhana menunggu ayat Arleesa seterusnya.

"...Lees tahu yang Lees tak patut macam ni. Sepatutnya, Lees kena terima dia macam mana mama dengan papa terima Lees dalam rumah ni. Lees ni tak ubah macam orang yang tak sedar diuntung. Lees bukan tak cuba. Tapi, semakin Lees tengok Hara, semakin Lees nampak khianat abang Mika dekat cinta Lees."

Arleesa tunduk memandang tangan kanannya yang berada di ribaan Puan Suhana. Segala yang dia rasa sudah dilepaskan. Harap mama faham apa yang dia rasa.

Air mata anak angkat kesayangan dikesat dengan hujung jari. Puan Suhana cuba menyelami hati Arleesa. Gadis itu sudah berada dalam pelukan menangisi kesedihan yang dipendam lama.

"Mama faham apa yang Lees rasa. Mama tak akan paksa Lees untuk layan Hara baik. Tapi, cubalah. Kesiankan dia. Dia tak ada ibu kat sini. Dia tak beruntung macam Lees." Belakang badan Arleesa diusap perlahan.

.
.

"Abang, saya rasa Lees dah tawar hati dengan Mika." Puan Suhana memusing badan memandang suaminya yang dilihat sedang ralit membaca buku di atas katil.

Dia yang masih memegang sikat rambut bangun lalu duduk disebelah Tuan Syed Fauzi. Wajah suami dipandang bersahaja.

"Kenapa awak cakap macam tu?" Soal Tuan Syed Fauzi.

Buku ditutup apabila penanda di atas riba ditanda pada helaian muka surat yang dibaca. Kaca mata juga ditanggal lalu diletak ke atas buku.

"Siang tadi, saya nampak Lees tengking Hara. Tadi, saya pergi la bercakap dengan dia. Selam hati dia." Jeda sebentar.

"... Lepastu, Lees bagitahu saya yang dia nampak semua pengkhianatan Mika dekat si budak Hara tu. Dia cakap lagi, dia tak ada hati yang baik macam saya untuk terima Hara. Apa maksudnya tu bang?"

Usai berkata-kata, si isteri memandang tepat wajah Tuan Syed Fauzi.

"Abang pun tak faham dengan Mika tu. Memang patut la Lees rasa macam tu. Bukan senang nak fix balik hati dia yang dah hancur tu. Mika pun satu, sampai sekarang tak cakap siapa mak kandung Hara." Tuan Syed Fauzi menambah.

Seperti semua orang, status sebenar Haura Medina masih menjadi tanda tanya Tuan Syed Fauzi. Bila dibangkitkan persoalan mengenai itu, pasti Mikael akan mengeluarkan jawapan selamat. Beberapa kali juga dia cuba mengelak.

Ini telah mendatangkan keraguan dalam fikiran lelaki tua itu.

RAHASIA HATIWhere stories live. Discover now