Mesyuarat yang diadakan berjalan lancar. Sewaktu mengemas barang-barang untuk keluar dari bilik mesyuarat, Arleesa dihalang oleh Khalil.
Mata terarah pada lelaki yang tempat duduknya di hujung kepala meja dalam bilik mesyuarat. Lelaki dalam kot hitam itu nampak sangat kacak hari ini.
"Awak datang dengan siapa hari ni? Saya nampak awak keluar dari kereta someone kat bawah tadi." Khalil mengajukan soalan kepada Arleesa.
Senyuman yang tadinya mekar, layu sekelip mata. Arleesa telan liur. Tak tahu pulak Khalil boleh nampak. Dah la dia datang hari ni pun dengan Mikael. Takkan nak cakap kot. Tapi, kalau tak cakap, dia jugak rasa bersalah.
"Mikael hantar." Jeda.
Keadaan sunyi seketika. Mata redup Khalil masih memandang ke arahnya. Seketika, Khalil angguk mengerti.
"Tapi, saya tak ada niat nak susahkan dia. Kereta saya tayar pancit. Awak marahkan saya?" Arleesa menambah lagi. Berharap Khalil tidak memarahi dirinya dan tidak berkecil hati.
Lagi sekali lelaki itu angguk. Kemudian geleng.
"Saya tak nak kongkong awak. Lagipun, kita baru ja bertunang. Saya tak nak putuskan hubungan awak dengan keluarga angkat yang dah jaga awak dengan baik selama ni. Buat apa nak marah." Lambat-lambat Khalil menghadiahi senyuman kepada Arleesa.
Bukan niat nak marah, cuma nak bertanya. Lagipun, dia percayakan Arleesa. Arleesa seorang gadis yang jujur. Sepanjang mereka berhubungan, tidak pernah sekalipun gadis itu bercakap bohong. Yang diterima oleh gegendang telinga hanya kejujuran yang datangnya dari hati.
Mendengar apa yang Khalil perkatakan, Arleesa membalas senyuman itu. Nasib baik Khalil memahami. Dia ingat dah kena marah dengan Khalil pagi ni. Nasib baik lah Arleesa.
"Thanks percayakan saya. Thanks juga tak marah. Jantung saya dah tak berdetak normal tadi."
Ayat itu mengundang tawa halus di bibir sensual milik Khalil.
"Pesan dekat hati awak. Tak payah nak berdetak tak normal sangat. Lama tau nak pakai tu." Lagi kuat tawa Khalil kali ini.
Arleesa menjuihkan sahaja bibir. Dia bangun dari kerusi. Berkira-kira untuk meninggalkan bilik mesyuarat.
"Awak?"
Panggilan daripada Khalil kembali mematikan langkah. Arleesa toleh ke belakang. Figura Khalil yang sedang bangun dari duduk kembali menjadi sajian mata.
"Yes."
"Balik nanti saya hantar. Awak tanggungjawab saya."
Arleesa angguk perlahan.
Senyuman manis terukir jua.
.
.Dua orang lelaki yang sedang menjamu selera di restoran nasi ayam itu kelihatan hanya melayan perasaan masing-masing. Sunyi sahaja suasana. Ditambah pula keadaan restoran yang agak lenggang dengan pelanggan.
Mikael memandang ke wajah Aazif dan lelaki itu juga memandang ke arah Mikael. Mereka seolah-olah berborak melalui hati. Mulut terkunci rapat.
Agak lama dalam keadaan begitu, Mikael mula rimas. Dia sudah memulakan bicara bagi merancakkan lagi keadaan. Takkan nak biar macam ni sampai balik. Tujuan berjumpa ni, walaupun sekejap biarlah banyak perkara dapat dibincang dan diselesaikan.
"Aku teringin nak tanya apa yang dah jadi dekat kau. Waktu kau cakap nak balik Malaysia sekejap, kau terus tak balik England." Mikael menekankan perkataan sekejap itu.
Dia sakit hati dekat Aazif pun sebab itulah. Lelaki itu mengkhianati persahabatan, selepas dapat apa yang dia nak, dia tinggalkan tanggungjawab. Kalau ikutkan hati Mikael, tak sudi nak maafkan. Tapi hakikatnya, siapa dia nak buat begitu.
"Memang betul aku hilang. Kau salahkanlah aku ni Mika." Aazif tunduk menyesali kesalahan. Dia tahu, kalau dia balik semula ke England waktu itu, keadaan tidak akan jadi seburuk ini.
Mikael gelengkan kepala. Melihat wajah kesal Azif, dia jadi malas nak mengungkit. Perkara tu pun dah lepas, dah lama lepas, buat apa lagi nak bangkitkan cerita lama? Buat sakit hati ja nanti.
"Aku tak nak ungkit benda tu. Aku cuma nak tahu. Zif, aku tahu kau tak macam yang aku sangka. Kau sangat bertanggungjawab. Sebab tu aku nak sangat tahu apa yang jadi dekat kau. Lepas kau pergi, kau langsung tak contact dengan aku. Aku call kau pun tak berangkat." Mikael menambah.
Aazif mula bercerita.
"Masa aku balik Malaysia bawa berita yang buat aku sangat happy tu, aku ingat berita tu akan sampai la dekat parents aku dengan selamat. Rupanya harapan tinggal harapan. Dalam perjalanan nak balik ke rumah, aku accident." Jeda sebentar.
Mikael berubah wajah.
"...aku sedar pun enam bulan lepas aku koma. Dan yang paling buat aku rasa tak nak hidup dah, bila kaki aku tak dapat nak berjalan macam biasa. Waktu tu hanya Allah ja tahu macam mana perasaan aku. Aku nak cakap pasal tu dengan family aku pun aku rasa bersalah Mika. Aku tak jawab call kau bukan saja-saja. Aku takut kalau kau tanya aku bila aku nak balik sana sebab, aku dah tak boleh nak bergerak macam orang normal."
Mikael hanya diam membisu. Segala tanggapan pada Aazif selama ini rupanya tidak benar. Lelaki itu juga melalui masa-masa sukar.
"Kenapa kau tak cakap dekat aku?"
Soal pula Mikael kembali.
Aazif senyum nipis.
"Aku tak nak kau salah sangka. Aku tak nak kau cakap aku tinggalkan tanggungjawab. Dan aku tak nak kau fikir yang aku buat perangai lama balik." Jawapan dari Aazif sedikit sebanyak menggetarkan hati Mikael. Tak sangka perkara itu boleh berlaku kepada Aazif. Kalau dia tahu, mesti dia tak memaki hamun Aazif waktu itu.
"Lepas aku sembuh sepenuhnya, aku pergi sana balik. Niat nak cari balik orang-orang yang dah aku tinggalkan. Tapi kau tahu, hati aku hancur bila tahu yang Amani dah tak ada. Aku juga diberitahu yang dia ada tinggalkan anak dia dengan kau. Waktu tu aku fikir kau dah khianat aku sebab kau ambik kesempatan bila aku tak ada."
Aazif ketawa perlahan di hujung ayat.
Mikael masih memandang Aazif tanpa riak.
"Aku tak pernah khianat kawan-kawan aku." Tutur Mikael bersahaja.
Aazif berubah riak. Dia tidak mengerti dengan kata-kata Mikael kepadanya.
"Maksud kau?"
"Kau kena dengar cerita aku baik-baik. Pasang telinga kau tu." Jeda sebentar.
"...Masa kau balik sana, aku ada ternampak kau. Dan aku sendiri suruh Meghan cakap macam tu dekat kau. Aku tak nafikan, waktu tu aku sakit hati, marah dekat kau. Kau tinggalkan Amani... Kawan baik kita... Mula-mula kau khianat janji, aku masih maafkan. Kali kedua, kau tinggalkan dia, aku marah kau. Aku kutuk kau. Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah kahwin dengan dia. Dan anak yang dia tinggalkan dekat aku, tu anak kau Aazif. Lepas kau pergi, dia jatuh sakit. Aku yang bawak pergi hospital. Kau tahu, betapa gembiranya dia bila dapat tahu yang dia tengah mengandungkan anak kau. Hari-hari dia sebut dekat aku yang dia nak cakap dekat kau pasal berita tu. Tapi, kau tak jawab call aku. Sampai la saat dia nak lahirkan anak korang, aku yang ada dekat sisi dia. Aku yang tengok semua derita dia. Bila lahir je anak perempuan kau, aku yang sambut. Nama pun aku yang letak. Aku harap sangat dia dengan anak dia boleh jumpa kau. Tapi..."
Mikael tidak dapat meneruskan kata-kata. Sebak di dada mengatasi bibir untuk bicara.
"Tapi apa?" Soal Aazif tidak sabar ingin tahu kesudahan cerita.
"...seminggu lepas dia lahirkan anak korang, dia meninggal sebab pendarahan. Dia amanahkan aku untuk jaga anak korang. Masa tu, bersusah payah aku besarkan budak tu. Sampai aku dah sayang sangat dekat dia. Aku sanggup tinggalkan semua yang aku ada semata nak jaga amanah. Sampai hidup aku sendiri kucar kacir. Tapi tak apa, aku redha."
Usai bercerita, Mikael menarik nafas lega.
Keadaan sunyi seketika.
"Boleh aku jumpa anak aku?" Soalan dari Aazif hanya dibalas senyuman.
"Kau dah jumpa pun dia." Mikael menambah.
Kening Aazif bertaut. Dia terkejut dan hairan.
"Haura Medina binti Mikael Aazif adalah anak kau. Budak yang aku bawak masa kita terserempak hari tu."
YOU ARE READING
RAHASIA HATI
RomanceBertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan me...