"Kenapa abang tak cakap awal-awal? Abang biar Lees anggap yang abang bersalah? Abang sanggup telan caci maki Lees. Why?! I need explanation abang!" Arleesa meninggikan suara.
Sakit hatinya apabila mengenangkan balik apa yang didengar oleh telinga tadi. Lepas sahaja tetamu pulang, Arleesa membawa diri ke gazebo. Kalau boleh, dia tak nak sesiap pun datang menganggu. Dia cuma nak Mikael. Lelaki itu sahaja yang boleh bercakap dengannya buat masa ini.
Mikael tunduk memandang kaki sendiri. Masing-masing sedang duduk bersila membuang pandang ke dalam air kolam. Saat ini, hati keduanya tidak setenang air di dalam kolam. Kalau boleh keduanya luahkan kepada air di situ. Pasti akan melihat ombak yang boleh melemaskan sesiapa sahaja yang berenang di dalam.
"Abang sayangkan Hara. Lagipun, abang tak tahu bila boleh jumpa dengan Aazif. Abang takut kalau abang tak jumpa terus dengan dia, dan abang terpaksa serahkan Hara dekat rumah kebajikan." Lambat-lambat Mikael menutur kata. Dia masih cuba menerangkan apa yang difikir.
Arleesa menekup tangan ke wajah. Air mata cuba ditahan sekali lagi. Sedih dia bukan biasa-biasa. Dah tahap nak rejam kepala sendiri dalam kolam. Malu nak hidup.
"Setahun abang sorokkan status Hara. Abang tahu tak, kalau abang tak sorokkan dulu, sekarang ni kita dah kahwin pun." Arleesa masih menegaskan semua kesalahan Mikael itu. Baginya, lelaki itu perlu diajar hari ini.
Benar, apa yang dia cakap. Kalau Mikael jujur awalnya, mereka sudah bahagia sebagai suami isteri pun sekarang. Mungkin terlebih bahagia dengan anak gadis segera itu. Dan siapa tahu, mungkin juga mereka sekarang ini tengah menanti kehadiran cahaya mata sendiri?
"Abang tahu. Abang bukan tak cuba cakap dekat Lees. Abang pernah cuba bagi bayangan. Tapi waktu tu, Lees dah benci dekat abang dan tak nak dengar pun apa yang abang cakap." Mikael menegaskan juga apa yang terjadi.
Fikiran Arleesa mula memutar apa yang pernah diperkatakan Mikael kepadanya.
Dan dia teringat kejadian malam itu. Dimana dia turun ke dapur untuk mengisi perut yang berbunyi minta diisi. Sewaktu itu, Mikael sengaja mengganggu dia menjamu selera. Perbalahan demi perbalahan berakhir dengan ayat rajuk daripada lelaki itu.
Empangan air mata Arleesa pecah buat kesekian kalinya. Terlalu banyak rahsia Mikael yang membuatkan dia membenci lelaki itu. Salah siapa semua ini berlaku?
"Abang sanggup hilang Lees. Abang sanggup hilang kepercayaan Lees. Dan abang sanggup menderita atas layanan Lees dekat abang. Abang dapat apa bila buat semua tu?"
Kepala ditoleh ke sisi. Memandang Mikael dari arah sisi. Lagi amarah yang cuba dikeluarkan.
Mikael hanya mengeluh.
"Bila abang balik sini, abang dah bertekad. Apa pun yang jadi, itu semua akibat yang akan abang terima bila abang cuba jaga amanah. Lees tahu, abang jadi makin matang sebabkan Hara." Mikael cuba mengundang tawa walaupun dia tidak mampu berbuat begitu.
"Lees kejam! Lees dah layan abang macam orang yang bersalah. Kalau la Lees tahu susah payah abang..." Esakan sudah dapat didengari dalam kata-kata Arleesa.
Mikael pasti, apa yang dirasakan gadis itu saat ini adalah penyesalan. Tapi, semua itu silap Mikael juga. Mikael tidak boleh menafikan hakikat itu. Dia tersepit dalam menjaga amanah Amani dan janji kepada Arleesa.
Mikael cuba menahan tangis. Tidak mahu Arleesa menangkap kelemahan dirinya yang satu itu.
"Lusa majlis Lees. Tolong jangan menangis macam ni. Lees nampak buruk."
Apabila keadaan semakin sunyi, Mikael cuba mewujudkan suasana selesa antara mereka. Kekok juga bila melayan orang menangis. Rasa diri sendiri pun sebak. Tambah pulak yang menangis tu bekas kekasih yang pernah berjanji untuk bersama.
"Lees tak tahu majlis tu dapat gembirakan semua orang atau tak?" Arleesa membalas. Penuh maksud pada kata-kata itu.
Esakan sudah tiada. Cuma kesan wajah yang memerah sahaja dapat dilihat di wajahnya gadis itu.
"Kenapa cakap macam tu?" Mikael mengubah pandangan mata. Dia memandang tepat wajah Arleesa.
"Entah." Jawapan itu mengundang tanda tanya.
"Apa pun yang jadi, tolong jangan kecewakan sesiapa. Abang pernah rasa kecewa tu Lees. Abang tak nak Khalil juga rasa benda yang sama. Sakit bila orang yang kita sayang lupakan kita. Janji dengan abang. Bahagiakan Khalil. Dia masa depan Lees."
Sedaya mungkin Mikael mengingatkan tentang hakikat itu. Apa yang dia rasa, sebolehnya tidak mahu ada yang merasai benda yang sama. Dalam hubungan, perlukan pengorbanan. Pengorbanan terbesar yang Mikael buat adalah melepaskan Arleesa kesayangan untuk melihat gadis itu bahagia walaupun bukan bersamanya.
Mencintai tak semestinya memiliki.
"Lees janji tak akan kecewakan sesiapa. Termasuk abang..." Jeda.
Arleesa senyum penuh makna sebelum menyambung ayat.
"Dua hari ja masa yang Lees ada sebelum jadi hak mutlak Khalil. Jadi, Lees ingat nak guna masa tu untuk bahagiakan orang yang Lees kecewakan."
Mata Mikael menurut setiap gerak geri Arleesa. Dah kenapa pulak ni. Kejap nangis, kejap ketawa. Dalam hairan, tetap Mikael menunggu pengakhiran kata daripada Arleesa.
"Maksud Lees?" Berkerut jugak la dahi Mikael tu. Garis yang terhasil di pelipis dah macam orang tua.
"Jom! Lees cuma nak spend time dengan abang. Lees nak tebus salah Lees. Sebab... Abang akan balik England bila majlis selesai kan? Lees cuma tak nak ada rasa terkilan. Abang sudi keluar dengan Lees?"
Dalam sebak yang cuba disorokkan, Arleesa kuatkan hati untuk melakukan kerja gila ini. Pasti akan ada suara sumbang yang menyoal kemana dirinya pergi diwaktu majlis sedang mendekat. Namun, dia tak nak membazirkan masa yang ada untuk lelaki-lelaki penting dalam hidupnya.
Tinggal sehari masa yang dia ada bersama Mikael. Dan selebihnya, Khalil akan menggantikan lelaki itu buat selamanya.
.
.Khalil termenung sendirian. Jantung di dalam berdegup hebat menanti majlis besar yang akan mengubah status dirinya. Selepas ini, dia adalah suami kepada isterinya.
Dalam fikiran yang melayang, dia teringat kembali pertemuan bersama Mikael semalam. Semua sudah dia tahu. Cabaran Mikael tempoh hari juga hanyalah penguji sebanyak mana sayangnya pada Arleesa.
Harapanya, semua yang berlaku akan menjadi pengajaran besar. Bukan hanya untuk dirinya , tetapi juga untuk semua orang. Pengajaran bahawa, jangan menyimpan rahsia kerana ia boleh menjejasakan hubungan. Lebih buruk, akan membuatkan diri sendiri terseksa.
Di sudut bilik, Khalil duduk mencari ketenangan. Persoalan demi persoalan muncul kembali dalam benak fikiran.
Persoalan yang paling mengganggu adalah mengenai perasaan Arleesa setelah mengetahui perkara sebenar. Adakah gadis itu dapat bersamanya atau sebaliknya.
Dia buntu.
Bunyi pemberitahuan pada telefon bimbit mematikan lamunan. Dicapai telefon itu. Mesej daripada Arleesa terpampang di hadapan wajah.
Arleesa❤
Saya nak keluar dengan Mikael. Awak jangan cemburu eh? Nanti saya bagi upah😘Khalil mengukir senyum.
YOU ARE READING
RAHASIA HATI
RomanceBertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan me...