BAB 4

497 42 4
                                    

"Hai! Muka happy kau kan sekarang ni. Lately ni aku tengok kau happy je manjang eh? Tak nak story ke Lees?" Sempat Nadeera bertanya sewaktu dia masuk ke ruangan pejabat Arleesa membawa fail seperti yang diminta gadis itu.

Arleesa mengangkat wajah melihat Nadeera. Dia hanya membuat muka toya. Malas nak melayan. Kalau layan, melalut la si Nadeera ni. Nak korek rahsia orang la ni.

"Nak happy pun tak boleh dah? Habis, kau nak tengok aku murung je hari-hari. Kau tahu tak, kemurungan tu boleh bawak mati? Dah tak sabar nak aku mati ke?" Pedas sekali kata-kata balasan daripada Arleesa.

Seperti biasa, Nadeera menayang sengih tak bersalah. Memang tak bersalah la. Dia tanya ja, tu pun kena sembur.

Tadi mood si Arleesa ni baik ja, bila tegur, dah berubah angin pulak? Masalah ni, masalah!

"Ye la. Dah tak boleh nak tegur sekarang ni! Nah fail yang kau mintak!" Nadeera meletakkan fail berwarna putih ke atas meja Arleesa.

Mulut sengaja dimuncungkan. Sakit hati bila si Arleesa tidak melayan. Dah la dia perasan kebelakangan ni Arleesa asyik sibuk dengan telefon bimbit. Bila keluar lunch pun, Arleesa asyik bersembang dengan telefon bimbitnya.

Nadeera kat depan pun dia layan macam halimunan. Panas la si Nadeera!

Nadeera dijerling dengan ekor mata. Mulut yang sedikit memuncung membuatkan Arleesa hendak tersenyum. Namun, dia menyembunyikannya.

"Nak pergi pantry la tu. Tu je la kerja kau kat office ni sebenarnya." Sempat lagi Arleesa menyakat.

Kali ini, dia sudah tidak tahan tawa melihat aksi kanak-kanak Nadeera yang sedang menghentakkan kaki ke lantai. Dah la pakai kasut tumit tinggi, dah macam bunyi tahi lembu jatuh dengarnya.

Apabila mata menghantar pandangan Nadeera keluar dari ruangan pejabatnya, Arleesa menekup tangan ke mulut. Dia ketawa kuat.

Menceriakan hati betul si Nadeera ni.

.
.

"Esok papa dengan mama nak jemput abang Mika dekat airport. Lees nak ikut?" Pandangan mata tua milik Tuan Syed Fauzi tertumpu pada susuk tubuh anak angkatnya yang bersila di sebelah Mak Yan.

"Boleh jugak." Arleesa mengangguk perlahan.

Mak Yan dan Puan Suhana masing-masing mengukir senyuman nipis. Tak sabar rasanya nak tengok dua orang anak yang mereka besarkan dari kecil dipertemukan kembali.

Lapan tahun kot terpisah. Entah macam mana rupa Mikael.

"Ha! Abang Mika contact Lees lagi?" Baru teringat, Puan Suhana ingin bertanya soalan itu bagi memastikan keduanya masih mesra seperti dulu.

Mana la tahu, si anak bujang buat perangai lagi. Kesian dekat Arleesa seorang ni!

Soalan itu memaksa Arleesa mengangguk walaupun hakikatnya, sudah dua hari Mikael berhenti berhubung. Tapi tidak mengapa, dia pun sudah hendak pulang.

Nanti boleh la lepaskan rindu puas-puas. Sebabnya, dah ada depan mata.

"Alah ma, tak payah contact la. Esok dia nak balik dah, nanti nak sembang puas-puas pun tak apa." Tersenyum sedikit di hujung ayat.

Bukan apa, sengaja nak memujuk hati. Dia cuma tidak mahu memaksa dirinya merindui Mikael. Lapan tahun boleh sabar menunggu, takkan sehari tak boleh nak menunggu dah. Ni dah macam orang mabuk bercinta.

Bercinta ke? Mungkin!

Masing-masing hanya senyum sendiri mendengar jawapan Arleesa. Semua pun rasanya dah tak sabar nak menunggu pertemuan kembali dua orang tu.

RAHASIA HATIWhere stories live. Discover now