BAB 30

234 8 4
                                    

Arleesa merebahkan badan ke atas katil. Mata terpejam rapat. Lelah dirasakan bertiup pergi bagaikan angin. Dalam keadaan ini, dia patut bertenang. Kalau dia kalut, keluarganya juga lagi bertambah kalut. Panggilan telefon daripada Khalil tadi membuatkan Arleesa makin jelas.

Khalil merayu untuk bertemu Arleesa. Pada pertimbangan Arleesa, mereka memang patut bertemu. Segalanya akan selesai bila mereka bertemu empat mata, malahan lagi bertambah jelas jika Mikael turut serta.

Arleesa bangun dari baring. Tudung disarung ke wajah. Telefon serta kunci kereta dicapai lalu dia membawa tubuh turun ke bawah. Melihat tubuh Mikael yang sepertinya sudah bersedia membuatkan Arleesa tetus mengatur langkah ke luar rumah. Mikael membontoti langkah Arleesa.

Kunci kereta yang dihulur oleh Arleesa disambut laju lalu Mikael memboloskan diri ke dalam. Tubuh Arleesa di sebelah dikerling sekilas. Terlalu tegang wajah gadis itu. Tak berani pulak Mikael nak menegur. Dia faham dengan apa yang Arleesa rasakan saat ini. Pasti fikiran gadis itu bercampur baur.

.
.
"Duduk la Mikael...Arleesa". Perlawaan Khalil hanya diturut oleh pasangan yang nampak secocok di hadapan mata.

Khalil senyum nipis. Wajah Arleesa masih tegang tiada riak. Tanpa sengaja, Khalil jadi bersalah. Walaupun perkara ini adalah sakit untuk diputuskan, tetapi ianya sangat penting bagi memastikan jalan penyelesaiannya dapat dicapai tanpa menyakiti hati sesiapa.

"Saya nak tahu apa alasan awak Khalil?. Tolong ceritakan perkara sebenar. Saya dah tak boleh terus terusan dibelakangkan oleh awak". Soalan serta rayuan dari Arleesa memecah kesunyian.

Khalil tunduk memandang sup cendawan di atas meja. Hembusan nafas kelaki itu dapat didengari.

Mikael di sebelah masih tidak beriak apa-apa. Sebaliknya dia cuma duduk di meja itu setia menanti alasan Khalil. Dalam ketegangan hubungan Arleesa, tanpa sedar ada secubit perasaan gembira di lubuk paling dalam di dalam hati Mikael.

Khalil tenang menerangkan alasannya.

"Saya rasa saya tak layak untuk awak Arleesa. Saya tahu semua cerita awak dan saya rasa Mikael ja yang boleh buat awak bahagia. Saya undur diri Arleesa".

Khalil mengucap kata tenang. Kedua figura di hadapan dipandang silih berganti.

"Atas alasan ni je awak nak call off pernikahan kita esok? Masuk akal ke Khalil?". Arleesa pula bertanya.

"Saya tahu tak masuk akal tapi keputusan saya ni penting untuk awak dengan Mikael. Arleesa, saya tahu awak masih cintakan Mikael lepas awak tahu Hara tu bukan anak Mikael dan Mikael tak pernah pun berkahwin. Saya tahu kalau diberi pilihan awak  nak sambung hubungan tu balik lepas semuanya selesai. Dan saya jugak tahu yang harapan awak besar untuk hubungan tu kembali bertaut". Panjang penerangan Khalil kali ini membuatkan Arleesa tunduk kesal.

Mikael masih diam tiada riak. Dia di sini sebagai pemerhati.

Arleesa bagaikan tersentak dari lamunan.

"Khalil, memang semua yang awak cakap tu betul. Saya mengaku saya masih cintakan Mikael. Tapi macam mana dengan perasaan awak dekat saya? Saya tak sanggup hampakan cinta awak". Arleesa masih cuba menjernihkan keadaan.

"Tapi perasaan awak dekat Mikael melebihi segalanya Arleesa. Awak akan terpaksa mencintai saya kalau kita bersatu. Saya tak nak perasaan awak dekat saya akan jadi tak ikhlas. Hubungan akan keruh nanti. Sebenarnya Arleesa, lepas saya tahu soal Hara, saya dah cuba untuk berhenti cintakan awak. Saya yakin saya bukan untuk awak". Khalil masih berusaha.

Arleesa angguk mengerti. Dia bagaikan bersetuju. Ya. Itulah yang ada dalam fikiran. Dia masih mengharapkan Mikael untuk menjadi jodohnya. Selepas perkara sebenar terungkap, cinta Arleesa pada Mikael makin menebal. Dan perasaan pada Khalil makin menipis. Tak sangka pula dia yang Khalil perasan perkara itu berlaku.

"Arleesa, saya dengan ikhlas lepaskan awak. Awak bukan lagi tunang saya. Saya kirimkan Mikael untuk jaga awak sepanjang hidup awak. Kita akan tetap jadi kawan baik. Saya janji". Keputusan Khalil muktamad.

Terungkaplah sudah ayat itu  secara rasminya. Saat ini, Arleesa tidak terikat lagi dengan Khalil. Pertunangan mereka sudah putus. Dengan ini, Mikael sudah dapat kembali peluang untuk memiliki Arleesa sepenuhnya.

"Terima kasih Khalil. Aku akan jaga Arleesa macam nyawa aku sendiri. Kau bahagialah dengan siapapun jodoh engkau selepas ni ya". Mikael yang dari tadi hanya diam membisu mula bersuara.

Dia sangat bersyukur dengan segala yang terjadi hari ini  dengan ini selesailah perbincangan mereka bertiga. Khalil mungkin bukan hero tetapi dia adalah penyelamat perasaan seorang wanita yang paling dia sayang. Pengorbanan Khalil patut dikenang sampai mati.

"Janji dengan saya awak akan jadi isteri yang baik untuk Mikael ya Arleesa. Saya sayang awak sebagai seorang adik. Saya akan ada untuk awak selalu. Kalau Mikael buli awak, bagitau ja saya". Tambah Khalil sekadar mewujudkan suasana tenang.

Arleesa angguk mengerti.

"Terima kasih banyak-banyak Khalil. Saya boleh lagikan kerja kat syarikat awak lepas ni?". Soalan itu mengundang tawa ketiganya.

"Boleh Puan Arleesa. Awak tetap kerja kat situ tapi boss awak adalah Encik Khalil, bukan encik tunang lagi ya".

Mikael pula memecah tawa.

Dalam hati, dia sangat bersyukur dan gembira. Tak mungkin dia akan melupakan budi yang sudah Khalil berikan.

Khalil adalah satu dalam sejuta. Dia memahami perasaan lelaki itu walaupun pada dasarnya Khalil juga terluka.

.
.
"Aku takkan boleh balas budi kau Khalil. Apa-apa yang kau nak, kau tolonglah bagitau aku. Aku akan ada untuk kau. Aku terhutang budi dekat kau. Tak terbalas rasanya sampai akhir nafas aku ni". Mikael mula berkata-kata mengeluarkan perasaan terharunya saat ini.

Senyuman Khalil hanya menjadi balasan kepada ayat itu menandakan dia setuju.

Sesungguhnya Khalil sudah meredhai segalanya. Dia akan gembira. Tiada lagi perasaan sedih serta tersepit.



End part 1.

RAHASIA HATIWhere stories live. Discover now