BAB 28

665 32 4
                                    

Mikael menoleh ke sisi. Mata redupnya terhidang penampilan gadis yang akan bertukar statusnya menjadi isteri. Namun, bukan isteri buat dia. Isteri untuk yang lebih berhak daripada dirinya. Dia paksa diri seboleh mungkin untuk mengukir senyuman. Sebak didada cuba diusir pergi.

Arleesa dimatanya sangat berseri saat ini. Mungkin seri bakal pengantin?. Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata bagaimana nak menceritakan keserian itu.

"Kenapa abang pandang macan tu?" Soalan gadis itu membuatkan dia menukar pandangan ke arah hadapan.

Arleesa masih memandang tepat dirinya.

Dia hanya mampu geleng perlahan.

"Tak baik tau curi-curi pandang bakal isteri orang." Kedengaran nada rajuk di balik ayat yang keluar.

Dia tahu, gadis itu sengaja. Arleesa walaupun dia punya banyak benda yang nak difikirkan, dia tetap tidak lupa untuk menyakat. Baginya, itu sahaja cara yang boleh membuatkan anginnya dapat dikawal.

Mikael terpaksa untuk jujur. Untuk terus terusan mewujud keadaan yang sunyi sepi begini, dia tidak mampu. Dan dia tidak sanggup pun untuk semua ini.

"Belum jadi isteri orang la abang boleh pandang pun. Nanti dah jadi, ingat boleh ke. Entah-entah, abang terpandang pun, Khalil dah korek biji mata abang. Nanti rugi ja tak dapat pandang Lees sampai bila-bila." Sengaja ayat berunsur jenaka diberi sebagai jawapan.

Takkan nak serius ja memanjang. Ingat nak melawat orang mati agaknya? Mereka dalam perjalanan nak ke tempat-tempat yang selalu mereka berdua pergi semasa kecil la. Patutnya, hati keduanya kena kuat untuk nak mengimbas kembali masa-masa lalu.

Mendengar jawapan Mikael, Arleesa ketawa kuat. Bukan main mendalam lagi ayat dia tu.

Nak ja Arleesa terangkan bahawa, bakal suaminya itu seorang manusia yang baik. Dan harapnya, tak kesah la bila Mikael nak pandang lagi lepas ni.

Namun, maksud Mikael bukanlah begitu. Apa yang Arleesa dengar, dia akan pulang ke England kembali selepas selesai majlis. Bekerja kembali di tempat lama. Mesti lama pulak nak balik sini. Harapnya, bila balik nanti bawak balik isteri sekali la. Kesian jugak lama-lama membujang.

Tapi sanggupkah kau Arleesa?! Melihat Mikael punya pengganti. Pengganti yang akan bergelar isteri. Dan berkemungkinan hubungan kau dengan Mikael akan semakin renggang.

Sanggupkah engkau?

Arleesa menghembus nafas dalam.

Setengah jam memandu, kereta sudah terparkir di tempat letak kereta khas di taman rekreasi. Mikael segera mematikan enjin kereta. Dilihatnya Arleesa di sebelah sedang menunjukkan wajah teruja.

Nampak sangat dah lama tak datang! Ingatkan yang duk kat Malaysia tu selalu la datang sini. Tapi, hampeh! Dia jugak yang selalu datang sini sejak balik dari England.

"Excited nampak. Bila last datang?" Sempat Mikael menyoal sebelum keduanya keluar dari perut kereta. Dia hanya senyum sinis.

Arleesa hanya membiarkan soalan itu pergi bagaikan angin. Dia sendiri pun dah lupa bila kali terakhir datang sini. Dan sejujurnya, dia tak nak ingat pun lagi selepas dikhianati lebih kurang beberapa tahun lepas.

Mikael hanya melihat belakang tubuh Arleesa apabila soalannya tidak menemui jawapan. Biarlah Arleesa berdiam, dia tahu gadis itu masih sakit di dalam.

Masuk ke dalam, mereka mengambil tempat duduk di sebuah bangku panjang. Pandangan dihala ke arah tasik yang menghijau. Terasa sedikit ketenangan apabila dapat melihat semua ini di hadapan mata.

"Abang menyesal?" Arleesa toleh ke sisi memandang wajah Mikael. Agak lama juga mereka melayan perasaan masing-masing tadi.

Lelaki itu masih tidak lepas daripada memandang ke dalam tasik.

"For?" Sepatah kata sudah cukup membuatkan Arleesa kembali mengajukan soalan yang lebih terperinci.

"For everything. For our relationship. For our love. For our promised?" Tambah Arleesa lagi. Dia cuma mahukan jawapan jujur yang hanya ada dalam hati lelaki itu. Tidak lebih dari itu.

Mikael menghembus nafas berat. Keluhan yang terdengar sangat memberi kesan kepada Arleesa.

"Honestly, yes, abang menyesal. Tapi bila difikirkan balik, It's ok. Allah dah tetapkan yang kita tak berjodoh. Abang terima semua tu. Dan Lees pun kena terima yang jodoh Lees dengan Khalil. Jadi, jaga la dia baik-baik Arleesa." Mikael sudah bertukar nadanya menjadi serius.

Arleesa angguk mengerti. Dilihat kejujuran dari dalam mata Mikael membuatkan dia sudah menemui jawapan yang dia mahukan.

Arleesa mengalihkan pandangan. Kali ini, tasik di hadapan menjadi hidangan mata bundarnya. Biarlah dia nak berlama di sini. Asalkan dapat bersama Mikael.

Dia sangat rindukan Mikael. Dan kenapa hati didalam berbelah bahagi. Dia sudah punya Khalil tapi dia mahukan Mikael.

Diusir sejauhnya perasaan itu hingga dia menjadi hak mutlak Khalil nanti. Harapnya, perasaan itu kembali kepada Khalil.

Walaupun hati kata sudah lupa, bohonglah kalau tiada langsung kenangan. Akan ada juga walau sekecil biji kacang. Dan biarlah disimpan kenangan itu di sudut paling dalam di hati.

Perasaan cinta dan sayang pada Mikael yang melebihi daripada perasaan cinta dan sayang daripada seorang adik disimpan kemas di dalam hati. Dulunya, dia membenci Mikael pun kerana Hara, sekarang bila kenyataan terdedah. Dia menyalahkan diri sendiri. Arleesa pernah membenci dirinya sendiri.

"Lees nak aiskrim tak?" Apabila mata terpandangkan trak aiskrim, senyuman Mikael membunga. Teringat pulak zaman dahulu. Dia selalu belikan aiskrim berperisa coklat kepada Arleesa.

Bila dapat aiskrim apa lagi, seronok tak terhinggalah budak perempuan polos itu. Tapi keseronokkan tu selalu berakhir dengan air mata. Nak tahu kenapa? Mikael la suka membuli. Bila habis aiskrim yang dia makan, dirampas pulak aiskrim Arleesa. Dah la ambik tanpa izin, sengaja pulak tu dia buang ke tanah.

Menyakitkan hati betul!.

Nasib baik la bila dah besar ni tak ada lagi perangai macam tu.

"Lees nak coklat." Sempat Arleesa menguatkan sedikit suara memandangkan Mikael sudah pun berjalan ke arah trak aiskrim itu.

"Tak cakap pun abang tahu la." Mikael bercakap sendirian.

Usai membuat pembayaran, Mikael kembali ke sisi Arleesa. Dihulurnya aiskrim berperisa coklat kepada gadis itu. Ketawa Arleesa yang kedengaran gembira sekali membuatkan dia juga turut tersenyum.

Arleesa mengerutkan dahi tatkala melihat aiskrim yang berada di tangan Mikael. Hairan pulak bila lelaki itu makan aiskrim berperisa coklat. Setahu Arleesa, Mikael tak makan aiskrim perisa tu. Sebab tu la kecik-kecik dulu bila aiskrim dia habis dia selalu dengki dengan Arleesa.

"Abang makan coklat jugak? Bukan tak suka ke?" Tanya Arleesa lembut sambil tangan ligat menanggalkan kulit balutan aiskrim dalam bentuk kon itu.

Mikael toleh ke arah Arleesa. Dilihatnya wajah yang penuh kerutan itu.

"Yes I am. Lepas abang pergi England, favourite Lees dah jadi favourite abang. And, it became habit." Terang Mikael untuk membuatkan Arleesa mengerti.

Selepas ke England, Mikael cuba untuk menyukai apa yang disukai Arleesa. Kalau sebelum itu mereka tidak sekepala dalam memilih makanan, di sana dia cuba sedaya upaya untuk itu. Baginya hanya itu yang dapat membuatkan dia tidak melupai Arleesa.

Arleesa tersentak. Wajah bertukar serius. Dia tahan dari menangis.

RAHASIA HATIWhere stories live. Discover now