BAB 17

420 28 0
                                    

Puan Suhana menapak turun ke tingkat bawah selepas selesai solat Asar. Dari jauh, susuk tubuh anak angkat kesayangan sudah menerpa mata tuanya. Dia senyum nipis.

Sudah lama tidak berborak dan berbual panjang dengan Arleesa. Dia faham, Arleesa makin sibuk sejak belakangan ini. Tidak kurang juga diri sendiri. Dia sibuk melayan karenah Hara.

Kadang, dia termenung menyesali kekhilafan diri sendiri. Masanya untuk Arleesa sudah semakin terhad. Tak seperti dahulu. Terkadang, bila tiba waktu malam, barulah sempat dia menjenguk tidur gadis itu.

Kadang-kadang, dia berasa bersalah sebagai seorang ibu. Dia tidak sesempurna mana.

"Lees." Panggil wanita itu lalu menghampiri Arleesa.

Gadis itu mengangkat wajah. Telefon pintar di tangan sengaja dilepas ke atas riba. Dia menyelesakan duduk. Kaki diangkat keduanya untuk bersila di atas sofa ruang tamu itu.

"Ye ma. Ada apa?" Senyuman manis seperti selalu terlukis cantik di bibir membuatkan Puan Suhana melebar senyum.

"Saja la. Dah lama kita tak berborak. Mama rindu Lees." Jujur Puan Suhana berkata.

Dia maksudkan apa yang dia kata. Berkaca juga mata. Tapi tidak la ada niat nak melepaskan air mata.

"Lees pun rindu mama. Sorry kalau lately ni sibuk sangat dengan kerja sampai tak ada masa dengan mama." Arleesa pula menambah. Rasa bersalah pulak.

Benar apa yang diperkatakan. Sejak menguruskan dua projek besar ni, dia pun tak kurang sibuk. Kehulu kehilir mengusung komputer riba. Dibawa sampai ke rumah jugak la kerja-kerja tu.

Puan Suhana masih tidak lekang dengan senyum. Wajah manis di hadapan ni selalu mengeluarkan nada suara yang menyenangkan hati. Tak pernah lagi Arleesa meninggi suara dengannya.

Haih! Tak tahu la bila dah jadi milik orang nanti. Boleh lagi ke tak, dia nak dengar, nak tengok wajah lemah lembut milik Arleesa. Paling dia rindu, nak melayan manja gadis itu yang datang tu macam anak kecil umur setahun.

Puan Suhana mengeluh perlahan.

Arleesa mengerutkan kening.

"Kenapa ma? Nampak risau je." Arleesa mula tidak senang duduk.

"Lees ok? Maksud mama, hidup Lees sekarang ni macam mana?" Soalan itu keluar bagai dirancang.

Puan Suhana mahukan kejujuran dari hati Arleesa mengenai khabar berita yang dia dengar. Kalau betul khabar berita itu, dialah orang paling gembira.

"Maksud mama. Lees tak faham."  Soalan, dibalas kembali dengan soalan.

Sungguh Arleesa tidak mengerti kiasan demi kiasan yang Puan Suhana cuba perkatakan. Dia jadi keliru.

"Hidup Lees yang sekarang ni lagi baik dari dulu? Lepas Lees cuba jauh dari abang Mika, mama dengar Lees dah jumpa seseorang." Puan Suhana jeda.

Dia menanti jawapan balas.

Arleesa kuntum senyum nipis. Maksudnya, berita ni bukan jadi gosip dekat pejabat ja. Dah sampai dekat rumah pun. Nak tak nak, dia perlu jujur.

"Hidup Lees makin baik. Betul Lees dah jumpa seseorang. Tapi, masih jauh lagi perjalanan tu ma. Lees bukan tak nak cerita, cuma Lees takut tak jadi." Sopan sahaja penerangan daripada gadis itu.

Puan Suhana pula angguk faham.

"Tak apa Lees. Ambik la banyak mana masa pun. Ubat balik kekecewaan yang bertahun tu. Mama tak mintak banyak, cuma nak tengok Lees bahagia ja. Kalau perlukan pertolongan mama dalam hubungan tu, jangan segan-segan ye sayang. Mama selalu ada sebelah Lees."

Pesanan mendalam daripada Puan Suhana dihadam sebaiknya oleh Arleesa. Bertuahnya dapat dibesarkan dalam keluarga yang menyayangi dirinya seperti dia dilahirkan di situ. Arleesa mengaku, selama di sini, tidak pernah terkurang walau sebesar zarah kasih sayang yang dia dapat daripada Tuan Syed Fauzi dan Puan Suhana. Syed Mikael juga..

.
.

Empat hari di Kedah, Arleesa sudah dapat menyiapkan kerjanya. Sekarang, dia hanya menunggu Khalil menjemput di hotel. Kata lelaki itu, sambil menyelam tu nak la jugak minum air.

Siap segala urusan Khalil di Sungai Petani nanti, dia akan menjemput Arleesa di Alor Setar pula. Kemudian, dia akan membawa Arleesa bercuti ke Langkawi sesuai dengan rancangan asal Arleesa menawarkan diri ke sini.

Arleesa pula ikutkan sahaja. Malas mahu berbalah. Bila dia bangkang sikit, mulalah Khalil nak guna kuasa vetonya sebagai boss tu. Malas pulak Arleesa melayan.

Jadinya, dia ikutkan sahaja. Dah la dalam kepala sudah terbayang pasir jernih di pantai. Oh, tak sabarnya. Bercuti dengan cik abang pulak tu! Haih! Jangan jeles ok!

Tiba-tiba, telefon berdering minta diangkat.

Arleesa mencapai telefon itu lalu ditekap ke telinga.

"Hello. Waalaikumsalam."

"Awak dah siap? Saya on the way ni."

"Dah. Tunggu nak check out je. Awak kat mana. Jauh lagi ke?"

"Awak dah boleh turun, buat urusan check out, saya dah nak sampai ni."

"Ok."

"Ok. Bye."

Arleesa bangun dari duduk setelah panggilan ditamatkan. Seperti yang disuruh, dia membuat tinjauan terakhir takut-takut ada tertinggal barang.

Yakin semuanya sudah dibawa, bagasi ditarik keluar dari bilik hotel. Dia berjalan ke arah lif.

RAHASIA HATIWhere stories live. Discover now