BAB 8

449 36 6
                                    

Lelaki dalam sut hitam lengkap dengan cermin mata hitam tersemat di telinga berjalan masuk ke dalam bangunan pejabat Seri Holding. Sempat dia menghadiahkan senyuman kepada wanita di kaunter.

Menonong sahaja lelaki itu berjalan ke arah pintu bilik pejabat tertera nama Tan Sri Khalid. Tanpa mengetuk terlebih dahulu, dia menguak pintu lalu memboloskan diri ke dalam.

Perbuatan lelaki misteri itu mendatangkan tanda tanya kepada beberapa orang staf yang melihat kelibatnya. Siapa? Kenapa? Dan mengapa? Persoalan itu kemudiannya tersebar ke telinga semua staf di dalam pejabat.

Arleesa menekan butang pada interkom.

"Linda, masuk bilik saya."

Dua minit kemudian, datanglah wanita itu. Di tangan terdapat ipad yang dijadikan alat untuk membuat catatan aktiviti Arleesa di pejabat. Senyuman manis diukir sepanjang kaki melangkah ke arah Arleesa.

"Cik Arleesa ada meeting pukul sebelas kejap lagi. Lepastu, pukul tiga petang ni pulak, Cik kena jumpa wakil dari Yuda Holding." Jadual Arleesa yang tercatit di ipad dibaca satu persatu.

Arleesa hanya menyandar di kerusi sambil mendengar Linda membaca jadual aktiviti di pejabat hari ini. Kemudian, dia mencapai telefon bimbit meneliti kalau-kalau ada mesej yang masuk tanpa sedar.

Namun, tiada.

"Cik Arleesa. Cik Arleesa ada dengar tak kecoh-kecoh pagi tadi dekat office?" Persoalan Linda membuatkan kerutan di dahi Arleesa terukir.

Kenapa pulak ni tiba-tiba? Gosip la tu. Office ni kalau sehari tak ada gosip, memang tak sah kot!

Namun, Arleesa tertarik jugak. Ya la. Dah penat kerja. Kalau layan gosip sekejap buat take five pun tak apa. Tak salah kot. Janji kerja jalan.

"Tak pulak. Kenapa?." Geleng Arleesa naif.

Linda angguk-angguk kepala. Mulut dimuncungkan mendengar jawapan Arleesa.

"Tadi kan, ada la sorang lelaki tu, dia berjalan terus masuk bilik Tan Sri. Tak ada ketuk, tak ada buat appointment." Linda jeda.

Arleesa menjongket kening.

"Habis? Apa yang jadi kecoh?" Soal Arleesa lagi.

Makin lama makin pelik dengan gosip di pejabat ni. Kadang tu perkara kecil pun dibesarkan. Sampai tahap kadang-kadang, dua tiga hari juga dikupas tajuk gosip yang sama.

"Ha tu la Cik Arleesa tak tahu. Staf lain syak yang, tu anak Tan Sri. Dia datang untuk gantikan Tan Sri dekat sini." Linda menghabiskan ayat.

Arleesa mengangguk macam burung belatuk mendengar cerita itu.

"Ye ke? Secepat ni? Tan Sri tak cakap pun dekat saya..."

Serentak dengan ayat terakhir yang keluar, telefon bimbit berdering. Arleesa mengangkat telapak tangan berisyaratkan Linda menunggu sebentar sementara dia menjawab panggilan yang masuk.

"Helo Tan Sri."

"Ya baik."

"Kejap lagi saya masuk."

Usai menamatkan panggilan, Arleesa menjegilkan mata kepada Linda. Telefon pintar diletak kembali ke atas meja.

"Siapa call?" Soalan diajukan Linda membuatkan Arleesa menggaru kening yang tidak gatal.

"Tan Sri." Lambat-lambat dia membalas pertanyaan itu.

"Tahu dia cakap apa?" Mulalah berlanjutan gosip itu apabila Arleesa menceritakan kepada Linda mengapa Tan Sri memanggil dia ke ruangan lelaki itu.

"Dia nak kenalkan saya dengan anak dia yang akan gantikan dia lepas ni. Maknanya, yang staf nampak tu, anak dia la." Terang Arleesa.

"Oh my!" Linda menjerit sedikit. Perasaan teruja Linda dah sampai tahap paling tinggi.

.
.

Pintu bilik tertera nama Tan Sri Khalid diketuk beberapa kali. Apabila mendengar keizinan dari dalam, Arleesa memulas tombol. Kaki diatur ke dalam.

"Tan Sri." Arleesa tunduk kecil. Fail yang sengaja dibawa bersama diletakkan ke atas meja.

Lelaki yang duduk di kerusi hadapan meja Tan Sri Khalid dikerling dengan ekor mata. Jadi, ni la anak Tan Sri yang satu office kecohkan tu? Well... Nampak ok.

Arleesa senyum sendiri.

"Have a seat Arleesa." Tan Sri Khalid mempelawa.

Arleesa menurut. Kerusi bersebelahan lelaki itu ditarik sedikit lalu punggung dilabuh ke situ.

Lelaki di sebelah dilihat menanggalkan cermin mata hitam. Mata yang dari tadinya dihalang pandangan oleh cermin mata, sudah bebas dari memandang susuk tubuh gadis kecil molek di sebelah. Tanpa sedar, dia kuntum senyum.

"So, memandangkan satu office dah kecoh pasal saya nak bersara, saya nak jujur la dengan awak." Tan Sri Khalid mula bersuara.

"Jadi, saya bawakan anak lelaki saya yang akan gantikan tempat saya kat office ni." Mata Tan Sri Khalid tertumpu pada lelaki bersut hitam itu.

Arleesa juga begitu. Matanya mengikut sahaja mata Tan Sri khalid.

"So, saya perkenalkan dekat awak, anak saya. Khalil. Khalil, ni Arleesa. Dia akan tolong Khalil pasal selok belok syarikat. Belajar dari dia. Dia staf paling papa sayang." Sempat Tan Sri Khalid bercanda.

Dan disambut oleh ketawa kecil dari lelaki yang diperkenalkan sebagai Khalil. Arleesa pula hanya senyum malu. Malu la sangat kau tu Lees!

"Nice to meet you. Cik Arleesa." Khalil menegur Arleesa. Telapak tangan ditekap ke dada. Dia tunduk memberi penghormatan.

Sengaja ditekankan perkataan Cik itu berharap ada respon dari gadis yang nampak moden walaupun bertudung.

"Cik Arleesa. And, nice to meet you too Encik khalil." Tambah Arleesa pula. Juga menekankan perkataan Cik.

Senyuman dihadiahkan pada Khalil. Nampak tenang wajah lelaki itu. Setenang Tan Sri Khalid. Harapnya, perangai pun tenang la jugak. Jangan cerewet sudah. Tak tertahan nak melayan.

.
.

Mikael membuka laci meja kerja. Tangan diraba mencapai sesuatu. Tiba-tiba, tangan tersentuh sebuah buku diari dari dalam. Wajah berubah.

Dia membuka perlahan muka surat yang telah ditanda. Dua keping gambar ditatap lama.

Satunya, gambar tiga orang sahabat yang kelihatan sangat gembira dari senyuman yang ditayang. Satu lagi, gambar seorang wanita bertudung. Juga wajah salah seorang dari gambar pertama.

Mikael merenung lama wajah wanita itu. Kepala menerjah kembali kenangan di England.

"Mika please! Promise! Jaga Hara macam mana you jaga I. I mintak tolong sangat-sangat. I dah tak lama hidup. And janji yang you akan carikan Hara mama yang boleh bagi kasih sayang pada dia macam yang tak pernah I sempat bagi."

Mikael memejamkan mata.

Setiap kali itulah rasa sakit bertandang. Sakitnya melihat wanita itu pergi meninggalkan Hara yang baru seminggu dilahirkan. Sakit juga apabila wanita itu mengamanahkan anak gadis kecil kepadanya.

"Amani, I janji akan jaga Hara. Tapi, orang yang I harap dapat gantikan you sebagai mama Hara, dah tawar hati dengan I. I harap you tak sedih dekat sana kalau Hara tak dapat kasih sayang seorang mama. Tapi, I akan cuba bagi dia kasih sayang sampai dia tak rasa sedih." Mikael berdialog sendiri.

Dalam rasa sakit yang ditanggung setelah Amani pergi meninggalkan dunia, ditunaikan juga janji menjaga dan mendidik gadis kecil itu sebaiknya.

Mikael bukanlah seorang yang mungkar pada janji. Malahan, janji-janji yang ditulis bersama Arleesa juga masih tersemat cantik di hati. Cuma, perlukan sedikit masa untuk ditunaikan.

Diari itu kembali diletakkan ke dalam laci. Sengaja Mikael menyimpan di pejabat buku itu. Kalau simpan di rumah, habislah rahsia itu pecah. Puan Suhana akan menjumpai semua barang yang dia sorokkan.

RAHASIA HATIWhere stories live. Discover now