BAB 9

459 36 2
                                    

Susuk tubuh gadis yang sedang termenung di gazebo dilihat tanpa riak. Mikael mengatur langkah ke arah pintu rumah. Selipar disarung ke kaki. Dia menghampiri tubuh gadis itu.

Rindu rasanya nak duduk lepak di sini. Dah lama tak nampak muka ceria Arleesa. Kenangan sewaktu mandi di kolam semua kembali menerjah minda. Saat terimbas segala kenangan, senyuman pun naik berbunga.

"Lees buat apa sorang-sorang kat sini?" Mikael memulakan bicara.

Arleesa angkat wajah. Terkejut jugak tiba-tiba disergah suara garau. Dah la dia sengaja tak pasang lampu. Niat nak lepak sambil tenangkan fikiran ja. Kepala pun hanya beralaskan selendang tidak berpin.

Tubuh sasa Mikael menjadi pandangan mata. Lelaki itu yang hanya mengenakan baju tshirt dipadankan dengar seluar track dipandang sekilas.

"Apa saya buat, bukan masalah awak." Selamba mulut menutur kata.

Padan muka kau Mikael? Rasakan!

Puas hati apabila dapat memberi jawapan begitu. Rasa diri dah besar sangat bila dapat perli-perli Mikael.

Mikael senyum sahaja mendengar. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Arleesa masih marahkan dirinya. Dia tahu soal itu. Tak tahu dah macam mana dia nak menangkan semula hati gadis bernama Laila Arleesa yang dah keras macam batu. Tak seperti waktu ditinggalkan lapan tahun lepas.

"Lees masih marahkan abang?" Lagi soalan diaju.

Mikael masih tidak putus asa untuk membuatkan Arleesa bercakap dengannya. Dia rela walaupun diberikan jawapan yang sakit hati apabila disoal. Asalkan, Arleesa sudi menjawab pertanyaan.

"Ada ke orang suka kalau janji dia, cinta dia dikhianati?" Lagi jawapan sarkastik daripada Arleesa.

Mikael senyum lagi.

Dari dalam gelap, dia nampak Arleesa sedang membuang pandang ke dalam kolam. Hati diburu rasa sedih.

Tak sudi nak tengok muka abang ke Lees?

"Abang tak boleh buat apa dah Lees. Abang mintak, Lees boleh maafkan abang je. Ye. Memang abang salah. Tapi, tak sepatutnya Lees layan abang macam ni." Mikael sudah lancang bersuara.

Dia patut juga menyatakan segalanya. Kalau tidak, Arleesa lagi bertambah marah. Cukuplah selama empat bulan dia balik dari England, Arleesa tidak mempedulikan dirinya langsung. Jangankan bercakap, bila berselisih pun Arleesa buat-buat tak nampak sahaja. Mikael sedih diperlakukan begitu.

Arleesa panas. Sakit pulak hati mendengar. Ingat senang ke nak lupakan segala yang terjadi.

"Tak patut layan macam ni? Macam mana? Saya rasa, saya dah layan awak macam sepatutnya. Tak perlu kot saya nak layan awak dengan anak awak baik sedangkan awak pun dah lupakan siapa saya waktu dekat England." Ayat yang sangat Arleesa tunggu untuk dikeluarkan akhirnya meletus bagaikam bom.

Rasakan kehebatannya.

Mikael naik bengang bila soal Hara dibangkitkan.

"Stop it! Jangan nak libatkan Hara dalam hal ni." Tengkingan Mikael membuatkan Arleesa terjongket bahu.

Namun, perlahan senyuman puas terukir. Dah cakap, jangan diusik soal Hara. Mikael akan berubah.

"See? Anak awak penting kan sampai saya sebut nama dia pun awak dah naik angin. So, tak perlu nak buang masa tagih kemaafkan saya yang tak tahu bila boleh hilang ni. Awak fokus je jaga anak awak!"

Usai berkata, Arleesa bangun meninggalkan Mikael terkulat kulat sendirian. Lagi lama mereka berborak, makin bertambah sakit dalam hati. Makin banyak pulak dosa mulut yang Arleesa buat.

RAHASIA HATIWhere stories live. Discover now