Prolog

6.3K 107 7
                                    

Aku bukan sesiapa. Bukan seorang gadis cantik atau kaya seperti dalam cerita-cerita dongeng.

Aku juga bukan pemimpi yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai mimpi dan impianku. Aku hanya melalui hidupku apa adanya, berpegang teguh pada takdir tuhan, tanpa pernah menyesalinya.

Demi seorang saudara dan sahabat, kuhancurkan masa depanku. Mimpi indahku berakhir pada malam kuserahkan keperawananku kepada lelaki yang seharusnya menikahi Anila, sahabatku yang juga merangkap gadis yang sangat dicintai oleh Aran, abangku.

Aku tidak pernah tahu bagaimana Anila melakukannya. Yang kutahu, aku hanya diminta menunggu di sebuah bilik hotel.

Malam itu, Maddy menerobos masuk ke dalam bilik hotel yang kutempati. Matanya berkabut ghairah dengan tenaga yang luar biasa.

Segalanya berlalu begitu pantas. Tubuhku rasa terkoyak menerima tubuhnya. Dia benar-benar bernafsu dan ganas hingga berkali-kali dia menyemburkan benihnya ke dalam tubuhku.

"Kau curang. Meski tahu kita akan menikah, kamu masih meniduri perempuan lain. Dan aku kecewa, Maddy. Perempuan yang kau tiduri ini sahabatku," berjurai air mata Anila. Air mata palsu.

"Perempuan sundal," ibu Maddy menarik selimut yang menutupi tubuh telanjangku.

"Perempuan sundal!" Dia berteriak. Rambutku ditariknya. Pipiku ditampar deras hingga otakku rasanya berkocak. Tidak cukup dengan itu, perempuan itu naik ke atas katil. Kakiku dikangkangkan dan kakinya menginjak kemaluanku.

"Sakit!" Aku menjerit. Maddy memakai pakaiannya tanpa memandangku walaupun sekilas. Anila juga memandangku, air matanya mengalir tetapi dia tidak berani menolongku.

"Hubungan kita tamat di sini, Maddy. Pernikahan kita batal," Anila masih dengan tangisannya. Aku tahu dia menangis bukan kerana Maddy meniduriku. Dia menangis kerana melihat bagaimana mantan ibu mertuanya memperlakukanku tanpa perikemanusiaan.

Aku membalas tatapan Anila," Berbahagialah sahabatku. Jangan fikirkan aku."

Please, Release Me ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang