"Baru kusedar, hati tidak harus dipaksa untuk mencintai. Jika kamu memilih untuk pergi, aku akan melepaskanmu. Tidak mudah untuk berhenti mencintaimu. Namun demi kebahagiaanmu, aku rela merasa pahitnya hidup sendiri," - Maddy Maxwell
Maddy Maxwell'POV
Cuba katakan padaku, apa yang paling menyakitkan dalam hidup selain kehilangan seseorang yang kita tunggu sekian lama, namun dia pergi sebelum sempat kita memilikinya.
"Maaf, kami sudah berusaha. Namun kami tidak dapat menyelamatkan kandungan isteri encik," pernyataan yang membuat bumi tempatku berpijak seakan berhenti berputar. Sakit hati, sedih dan kecewa berbaur menjadi satu.
Kuhampiri isteriku. Dari jauh aku melihat dia menandang sayu ke arahku. Dia cuba tersenyum ketika aku sudah duduk di pinggir katilnya. Namun justeru hanya air mata yang merembes deras membasahi pipinya.
"Maafkan aku, maafkan aku," katanya tika aku mengelus pipinya. Isteriku kelihatan sangat terpukul. Aku mengerti perasaannya. Dia pasti merasa lebih kecewa dan sedih berbanding aku.
"Jangan menangis, sayang," aku memujuknya. Tetapi air matanya kian deras. Dia memegang tanganku yang menyapu air matanya.
"Kamu akan melepaskan aku?" matanya yang berhias cairan bening itu menatapku. Aku tidak tahu mengapa dia harus menanyakan soalan itu pada saat seperti ini. Aku baru sahaja mengalami kehilangan. Apa dia fikir aku sanggup menghadapi kehilangan sekali lagi?
"Maddy?" Dia memanggil namaku bila aku tidak menjawab pertanyaannya.
"Apa maksud soalan itu?" tanyaku. Soalannya sedikit melukaiku.
"Bayi kita sudah tiada. Tiada lagi alasan kita kekal bersama," jawabnya. Aku merenung lama ke dalam matanya. Aku ingin mencari jawapan dari mata itu. Jawapan pada soalan yang ada dalam hatiku. Tidakkah dia mencintaiku?
"Maksudnya kamu benar-benar tidak mencintaiku biarpun hanya sebesar hujung kuku?" tanyaku. Cinta tidak boleh dipaksa. Aku tidak lagi akan memaksanya nencintaiku.
Bagiku cukup sudah aku menyakitinya. Dia berhak bahagia. Jika dia lebih memilih untuk kembali kepada Ivander, aku akan melepaskannya. Jika dia tidak mencintaiku, aku akan membiarkan dia pergi meski aku tidak akan dapat mengembalikan apa yang sudah aku rampas darinya.
Lama aku menunggu jawapan daripada Vanilla. Namun tiada jawapan yang keluar dari bibirnya. Pegangannya pada tanganku perlahan mengendur. Dia memejamkan matanya yang kelihatan letih.
"Tidurlah. Kamu perlu berehat," aku menarik selimut hingga ke paras lehernya. Aku mencium dahinya.
"Berehatlah. Aku menunggu di luar," kataku lalu melangkah pergi tanpa menoleh kepadanya.
Aku duduk di luar bilik yang menempatkan Vanilla. Aku merenung kembali perjalanan perhubungan kami. Perhubungan yang tidak dimulai dengan ungkapan cinta. Aku sudah merampas kebahagiaannya, memisahkan dia daripada kekasihnya.
Benar katanya. Bayi kami yang kuharap menjadi pengikat hubungan kami, kini telah tiada. Tiada lagi alasan untuk kita kekal bersama, itu kata Vanilla.
Mungkin kata-katanya benar. Apa yang dapat mengekalkan hubungan suami isteri selain anak dan cinta. Calon anak kami sudah tiada. Cinta? Hanya bertepuk sebelah tangan. Hanya aku yang mencintainya setengah mati. Vanilla? Cintanya untuk Ivander.
"Maafkan aku, Vanilla," kataku sambil menyandarkan kepala ke dinding. Apa yang harus aku lakukan, aku menyoal diriku sendiri.
💕💕💕
"Nanti, bila Vanilla sudah dibenarkan pulang, mama mahu kamu membawanya pulang ke rumah ini. Biar mama yang menjaganya," kata ibuku sebaik aku pulang ke rumahnya malam itu.
"Kita tidak boleh memaksanya, ma. Biar dia yang menentukan ke mana dia mahu pulang," jawapanku membuat ibuku menatapku dengan curiga. Namun dia mengurung niat untuk bertanya lanjut.
Aku berbaring di atas katil di bilik tidurku. Katil ini sudah berbulan aku tinggalkan. Sejak malam bersama Vanilla, aku lebih memilih tinggal di rumahku sendiri bersama Vanilla. Namun mungkin mulai saat ini, aku akan kembali ke rumah ini lagi.
Vanilla mungkin akan kembali ke rumah ibu bapanya. Atau mungkin dia akan memilih untuk tinggal bersama Ivander. Sudah beberapa kali dia merayu agar aku melepaskannya.
"Please, release me! Please, release me!" Aku ingat betapa kerapnya Vanilla merayu memintaku melepaskannya. Cuma aku yang enggan menuruti kehendaknya.
Bersendirian begini, memberiku ruang untuk merenung dengan lebih jelas lagi. Aku memang kejam. Sering aku 'bercinta' dengannya dengan kasar, mencari kepuasanku sendiri. Terkadang dia memintaku berhenti kerana badannya sudah terasa remuk. Namun, sering aku tidak peduli, kerana bagiku bercinta dengannya tidak pernah cukup hanya sekali.
"Sakit rasanya untuk melepaskanmu, sayang. Namun, kamu tidak bahagia hidup bersamaku," aku merenung fotonya pada skrin telefon bimbitku.
"Aku akan melepaskanmu, sayang. Aku ikhlas jika kamu ingin kembali kepada kekasihmu," kukucup foto itu.
Sakit memang pasti. Namun masa akan merawat semua luka. Menahannya terus bersamaku mungkin akan membuatnya bertambah luka.
💕💕💕
Vanilla kelihatan lebih sihat ketika aku mengunjunginya pagi itu. Dia sudah boleh tersenyum padaku. Jarum di tangannya juga sudah ditanggalkan. Tapi aku dapat melihat ada sesuatu yang dirahsiakannya. Entah apa, aku tidak ingin bertanya. Aku mahu dia jujur, bercerita kepadaku tanpa dipaksa.
"Sudah bertambah sihat?" tanyaku sambil mengucup dahinya. Dia mengangguk, senyum menatapku. Kelihatan dia begitu cantik meski wajahnya polos tanya make up. Aku menikmati senyumannya . Mungkin ini kali terakhir aku menerima senyumannya.
"Tadi doktor memberitahu kamu sudah boleh pulang hari ini," kataku. Dia mengangguk senang.
" Aku akan membantumu menukar pakaianmu," aku membantunya duduk. Dia tidak membantah tika aku menuntunnya ke bilik air. Malah langsung tidak membantah tika aku melucutkan pakaian hospital yang dipakainya.
Aku menyentuh perutnya dengan jemariku. Sayu. Sedih. Nanti mungkin anak lelaki lain yang akan tumbuh dalam rahimnya.
"Maaf telah banyak menyakitimu," bicaraku sambil mengganti pakaiannya.
"Maddy.."
"Biar aku berbicara, Vanilla," dia diam dan hanya memandangku. Aku teringat pertanyaanku semalam yang hingga saat ini belum dijawabnya. Andai jawapannya berbeza, pasti bicaraku hari ini juga akan berbeza.
"Kamu sudah banyak menderita hidup bersamaku. Setelah ini, kamu akan bahagia," kataku. Dia mengangguk. Aku tidak tahu apakah dia tahu maksud di sebalik kata-kataku.
Setelah siap menukar pakaiannya, aku membawanya kembali ke katilnya. Kududukkan dia di situ sementara mula mengemas barang-barangnya.
" Bil hospital semua sudah kuurus," kataku. Aku kini duduk di sampingnya. Sekali lagi dia mengangguk sambil menoleh memandangku.
Kuangkat sedikit dagunya. Dia memejamkan mata tika aku mendekatkan wajahku ke wajahnya. Kukucup bibirnya dan ku kulum lembut.
" Terima kasih sudah membiarkan benihku tumbuh dalam rahimmu. Kamu sudah memberikan gelaran 'ayah' kepadaku. Maaf sudah merampas kebahagiaanmu. Maaf sudah memisahkanmu daripada kekasihmu,"lalu kukucup bibirnya sekali lagi.
Aku melihat ada beberapa butir air jernih mengalir di pipinya.
" Permintaanmu sudah aku tunaikan sayang. Semoga kamu berbahagia, " terakhir sekali kukucup dahinya.
" Jangan menangis lagi. Kamu sudah terlalu banyak menangis," pesanku sebelum melangkah pergi. Aku tidak mahu menoleh melihat wajahnya.
Pagi-pagi tadi aku sudah menghubungi Aran agar menjemput Vanilla dan membawanya pulang ke rumah orang tua mereka.
Vote & comment.
Happy reading.Tbc.....
KAMU SEDANG MEMBACA
Please, Release Me ✔️
عاطفيةAku bukan pemimpi yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai mimpi dan impianku. Aku hanya melalui hidupku apa adanya, berpegang teguh pada takdir tuhan, tanpa pernah menyesalinya. Demi seorang saudara dan sahabat, kuhancurkan masa depanku. Mi...