Sc. https://kisahdunia.com/
Jika anda masih ingat lagi seorang gadis yang bernama Nor Farhatul Fairuzah Panut pernah mencuri tumpuan ramai apabila berjaya menjadi juara dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 (MTHQA) pada bulan April lalu. Kemenangan itu sekali gus menjadikannya sebagai qariah termuda dan nama Farhatul kian meniti di bibir ramai.
Dulu minat Kpop & tonton TV sampai lewat malam
Menerusi Astro Awani, gadis berusia 19 tahun ini memberitahu bahawa dia memilih al-Quran sebagai pendampingnya seharian. Menurut Farhatul, seawal pagi iaitu sejurus solat Subuh, suaranya akan bergema mengalunkan ayat-ayat suci tersebut.
Dari Kpop, tukar minat kepada muzik & lagu2 Arab
Jelasnya lagi, untuk mengubah sesuatu yang sudah menjadi tabiat ataupun kebiasaan bukanlah satu perkara mudah tapi dia percaya dengan sedikit keazaman dalam diri mampu membawa kesan positif.
Kena tahu kenapa kena belajar, cari guru untuk dibimbing
Tambah pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu negeri Sembilan ini, dia menyifatkan niat sebagai elemen paling penting dalam memupuk rasa cinta terhadap al-Quran.
Nak pupuk minat orang ramai, kongsi tarannum di IG
Memiliki cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian al-Quran, Farhatul mahu menggunakan peluang dan pengaruh yang ada untuk mengajak anak muda mempelajari dan mencintai kitab berkenaan.
Rugi tak jadikan Al-Quran sebahagian dari hidup
Dalam pada itu, Farhatul turut meluahkan impian untuk melihat al-Quran diletakkan di tempat yang sewajarnya dalam kehidupan umat IsIam. Malahan, dia berpendapat bahawa sesibuk macam mana sekalipun, tiada alasan untuk tidak membacanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Catatan Islami
EspiritualKumpulan catatan islami yang kutemui di banyak blog karya blogger. Saya cuma membagikannya dengan disertai sumber. Semoga bermanfaat.. :) 4 Juli 2019 *Slow updated