𝒸𝒽𝒶𝓅 02

1.7K 238 116
                                    

Buat sekian kali nafas dihelakan. Bintik-bintik peluh bercambah di sana sini di tubuhnya disebabkan kepanasan. Tudung bawalnya masih elok terletak di kepalanya.

Entah kali ke berapa dia keluar masuk kedai itu kedai ini tapi usahanya kosong. Semua kedai tidak memerlukan pekerja lagi.

akhirnya dia di sini. Di bus stop sambil merehatkan kakinya seketika. Di dalam desa ni kerja apa je yang ada. Kalau ada pun tentu dah tiada jawatan kosong.

Telefon bimbit dikeluarkan kemudian skrin itu ditekan-tekannya. Scroll punya scroll...

jawatan kosong‼️
~Pembantu rumah
~gaji rm7000 (basic)
untuk maklumat lanjut boleh hubungi 06-xxxxxx

Febrina terkesima seketika. Ini peluang yang datang bergolek! Tidak memikir panjang Febrina segera menghantar butiran peribadinya terlebih dahulu.

"Kena beritahu nenek ni" Dia bangun dari bangku dan meneruskan perjalannya ke rumah.

"DEKAT bandar?!" Terbeliak mata Febrina seketika. Petang tadi dia tak perasan pula jawatan kosong ini di kawasan bandar. Teruja punya pasal dia sudah menghantar butiran dirinya tanpa memeriksa dahulu tempat yang dia akan kerja nanti.

Febrina menggigit bibir "tak akan nak tinggalkan nenek seorang-seorang" dia berdecit.

Mahu dimaki hamun tetapi sayang diri tapi itulah hakikatnya. Bodoh tak bertempat. Telefon bimbit itu diketuk perlahan di telapak tangan.

"Apa yang kamu duk fikirkan tu Na" sibuk melayan perasaan sampai dia sendiri tidak perasan kehadiran neneknya di sebelah.

Febrina meletakkan telefonnya di atas meja. Nafas dihelakan. Dia serba salah "Febrina ada jumpa jawatan kosong dan Febrina dah hantar dah pun butiran peribadi"

"ha elok lah tu. Kenapa muka cemberut lagi?" Nenek memandang cucunya dengan riak khawatir.

"Tapi Febrina tak perasan yang tempat kerja tu kat bandar" Matanya berkaca. Jangan tanya kenapa. Dia sendiri tak tahu kenapa hati berubah sayu. Dia tak mahu meninggalkan neneknya bersendirian di sini.

Tertawa kecil wanita tua itu. Dia mengusap rambut panjang cucunya "apa yang sedih pula? Sepatutnya Febrina kena bersyukur. Pergi lah Na, nenek tak halang"

Febrina meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan. Tubir matanya sudah mengumpulkan mutiara-mutiara jernih. Dia tak mahu meninggalkan neneknya tetapi neneknya ini mendorongnya pula.

"nek, Febrina tak nak tinggalkan nenek. Bahaya tau duduk seorang-seorang" bibirnya memuncung sedikit tanda protes.

bibir tua itu mengukir senyuman kecil "tak perlu lah risau pasal nenek. Lagipun Cik Sal kan dekat je kat sini. Kiri kanan pun ada jiran Na, tiada apa yang perlu kamu risaukan" Suara lembut itu menyapa gegendang telinga Febrina.

Dia takut apa-apa berlaku. Dia mahu neneknya sentiasa bersama dia walaupun kedengaran mustahil.

Nenek menarik lembut tubuh wanita itu ke dalam dakapannya. Terasa hangat. Febrina menutup matanya.

"TUANKU" seorang lelaki awal 40-an menundukkan badannya 90 darjah apabila Darrel betul-betul berdiri terpacak di hadapannya.

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now