Darrel menyandarkan badannya di kerusi empuk yang terletak di ofis miliknya. Matanya dipejamkan sedikit. Namun bayangan wanita tadi serta merta menerpa ruang pemikirannya.
Mata kembali terbuka. Darrel menggelengkan kepalanya berkali-kali. Apa yang tak kena dengan dirinya ini?
Dia tidak dapat buang wajah cantik yang dia temu dirumahnya. Sejujurnya dia memilih pembantunya secara rawak tanpa mengenali mereka tetapi tadi...
Darrel dapat merasakan jantungnya berdegup laju.
"Victoria. Masuk sekejap"
Tak lama kemudian wanita yang berpakaian kemas itu mengetuk pintu dan melangkah masuk "ye tuanku?"
"saya nak tahu siapa pembantu rumah saya yang baru?"
"oh pembantu rumah baru Celine, Sya-"
"tak-tak. Saya nak tahu pembantu rumah yang bertudung dan kulit dia putih-putih tu siapa?"
Victoria kelihatan memikir sejenak "maksud tuanku Febrina?"
Mendengar nama itu Darrel menganggukkan kepalanya "okey itu sahaja. Thank you" Victoria kembali keluar dari ofis Darrel.
Darrel memejamkan matanya.
Febrina...
FEBRINA melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan di dapur "biasa boss balik pukul berapa kak?" Dia menyuakan biskut kering ke dalam mulutnya.
Kopi panas dihadapan dibiarkan sejuk terlebih dahulu "tak tentu Febrina. Kadang-kadang awal. Kadang-kadang lambat. Ada juga tak balik langsung" ujar Kak Azia.
Semua tugasan mereka sudah siap. Masak sudah. Basuh pinggan pun dah. Kemas rumah pun dah. Jadi apa lagi perlu buat? Bergossip lah!
"akak tak cakap pun boss kita tu Putera Darrel! Terperanjat saya tau!" Kak Azia hanya ketawa kecil. Nak buat macam mana dia pun perlu tutup mulut juga.
"Macam tu lah riaksi akak masa pertama kali kerja dulu"
Febrina memikir sejenak "eh kak kenapa putera duduk sini pula? Kenapa tak duduk istana?"
"Akak pun tak pasti lah Febrina. Ye lah kami ni pembantu rumah je. Tak akan lah tuan putera nak cerita kat kitaorang ni. Masalah dia dengan keluarga dia memang kitaorang tak tau"
ye tak ye juga ek. Tak akan lah Darrel nak bercerita perihal keluarganya pula. Sudahlah anak raja.
"Putera tidur kat mana kalau kat sini?"
"Tingkat 3 tu. Itu personal space dia. Kita tak boleh access suka-suka hati. Kalau dia panggil baru pergi kalau tak panggil jangan mengada-ngada nak pergi" Ujar Kak Azia sambil mencicah biskutnya ke dalam kopi panas.
10:00 a.m
Semua pembantu rumah sudah di dalam bilik masing-masing namun di sini Febrina. Di dapur sedang mencari air yang boleh diminum. Tekaknya ini gatal je nak minum air manis.
Peti sejuk dibuka. Badan ditundukkan sedikit mencari apa-apa air yang boleh menyejukkan tekaknya.
Matanya tertancap pada air nescafe tin di kiri peti sejuk. Bibirnya memgukir senyuman dan air itu dicapainya.
Tiba-tiba dia merasakan seseorang mengenggam tangannya. Febrina segera memalingkan badan.
Matanya terbeliak.
"Ni air kesukaan aku dan aku tak suka berkongsi" dingin sahaja apa yang diperkatakan Darrel.
Febrina segera melepaskan genggaman tangannya "Maaf. Sila kan tuanku" Dia mengukir senyuman manis. Dalam hati dah menyumpah seranah dirinya. Itulah malam-malam orang tidur! Bukan selongkar peti ais rumah orang cari air.
Sudahnya dia membatalkan niatnya untuk minum air. Kaki sudah bergerak menuju ke bilik.
Sekali lagi dia merasa lengannya digenggam. Febrina terkaku sebelum perlahan-lahan dia mendonggakkan kepala memandang Darrel.
Darrel membuka air minuman tin itu dan dihulurkan pada Febrina. Febrina terpinga-pinga. Apa yang patut dia buat? Nak suruh minum ke? Kata tadi tak suka berkongsi.
"Minum lah dulu"
"ha? Eh takpe tuanku. Saya tak jadi. Tuanku minum lah"
"ini arahan dari putera. Kau berani tolak hm?" Terkedu Febrina dibuatnya. Kan dia dah guna kuasa veto dia.
Ni kalau kau kena buang negeri jangan tanya kenapa lah Febrina woi!
Teragak-agak Febrina mengambil tin itu. Dia meneguk sedikit sahaja air di dalamnya sebelum tin air itu dikembalikan kepada Darrel.
"Terima kasih putera"
Tin minuman bertukar tangan. Darrel meneguk air itu kemudian dia memandang Febrina. Pandangan yang sukar untuk ditafsirkan
Entah mengapa kakinya terasa di gam. Lepas minum blah lah! Ini tak boleh pula tercongok kat sini.
"Berapa umur kau"
"21 tuanku" Mata Febrina memandang lantai. Tak berani memandang wajah tampan itu.
Tiba-tiba terasa jari runcing di dagunya dan menarik lembut wajahnya untuk mendonggak "look at me when i'm talking to you"
Air liur diteguk. Habislah...
"m-maaf tuanku" Dia cuba menahan matanya untuk tidak lari. Masalahnya wajah dihadapannya ini sangat tampan. Terlalu tampan sampai kalau boleh dia mahu merenung wajah itu setiap masa.
"Kau buat apa kerja sini?" Darrel melepaskan dagu Febrina.
"Saya nak kerja sini sebab saya perlukan duit untuk sara saya dengan nenek" Ini bukan cerita sedih ya. Ini cerita betul. Dah Darrel tanya, Febrina pun jawab je lah. Kan?
lelaki itu terhenti seketika. Febrina dapat melihat pandangan mata Darrel lembut seketika sebelum berubah menjadi sedia kala.
Dia meneguk menghabiskan airnya. Tin tersebut diletakkan di kaunter dapur. Dia mengelap bibirnya menggunakan belakang tangan.
"Kau jangan tidur lambat esok kau ada kerja banyak" itu kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Darrel sebelum lelaki itu melangkah keluar dari dapur.
Febrina hanya mengangguk akhirnya dia menarik nafas lega. Lain macam woo berdiri satu tempat dengan pewaris takhta. Bergigil segala tulang menulang.
Tak cakap banyak. Febrina membuang tin minuman tadi ke dalam tong sampah dan memanjat tangga menuju ke biliknya untuk tidur
YOU ARE READING
I'm Not A Princess
Romance[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa kecil yang menempati beberapa buah keluarga di sana Febrina Chalinda hanya wanita yang hidup di desa...