Chap 27

661 80 100
                                    

Febrina menghela nafas. Di sini dia sekarang, di rumah arwah nenek. Febrina memandang dirinya pada pantulan cermin. Sekarang dia hanya memakai t-shirt dan seluar. Tiada lagi gaun elegant tersarung di tubuhnya, tiada lagi aksesori yang indah di pakainya.

Febrina menerima takdir yang sudah tertulis. Mungkin tuhan mahu Febrina sedar bahawa di sini lah tempat nya yang sebenar.

Febrina memegang rantai yang diberi Permaisuri Helen. Hanya rantai ini sahaja barang dari istana yang dibawanya. Febrina mahu mengembalikan rantai ini pada Permaisuri semula tetapi dia tak tahu bagaimana caranya.

Febrina memandang telefon bimbitnya yang menyala. Permaisuri Helen tak henti-henti menanya khabar.

Hanya dengan memandang notification di skrin telefon binbitnya sudah cukup membuat hatinya kembali sedih. Air matanya sudah berkumpul. Hatinya remuk menanggung kesedihan yang dia pendam selama ini.

Tak bahagia? Itu penipuan bodoh selama dia hidup. Berkahwin dengan Putera Darrel? Tentu lah bahagia. Dia terlalu bahagia sehingga dia tidak mahu melepaskan Darrel tetapi Febrina harus fikir ke hadapan. Sampai bila dia akan selfish. Sampai bila Darrel mahu beristerikan seorang wanita yang tak mampu berbuat apa-apa.

Itulah lahir jadi pipit tapi berangan nak jadi helang. Febrina menghempas dirinya di atas katil. Lockscreen di telefonnya ialah gambar Darrel bersama Isander.

Mungkin dia tak dapat sekatil dengan Darrel secara fizikal lagi tetapi sekurang-kurangnya dia ada gambar Darrel untuk mengubati rindunya pada lelaki itu.

Gambar Darrel disentuh lembut "saya minta maaf" Air mata sebutir menyentuh skrin telefon bimbit miliknya.

Febrina menangis sepuas-puasnya. Dia mahu melepaskan segala rasa yang dia pendam selama ini. Menangis sehingga tiada rasa sakit lagi. Menangis sehingga tiada air mata lagi. Menangis sehingga tiada daya lagi.

"Maafkan kakak Is" gumamnya. Wajah remaja itu diusap lembut. Dia mungkir janji dia bersama Isander. Tentu remaja itu benci dia sekarang.

Tak mengapa lah. Febrina yakin semua orang di istana akan kecewa pada dirinya. Dia hanya seorang wanita yang lemah dan tak mampu hadap semua perkara ini.

Dia rindu dengan Isander. Apa agaknya remaja itu sedang lakukan? Sedang sedih kah? Sedang kecewa kah?

Febrina hanya mampu berdoa agar Isander mampu menjalani hariannya tanpa rasa sedih. Dirinya tidak bernilai untuk ditangisi oleh orang seperti Darrel dan Isander.

kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain dalam kotak fikirannya.
Dia cuba menepis-nepis ingatannya bersama Darrel tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat begitu. Otaknya bagai kaset yang sering mengulang setiap detik bahagia bersama sang suami.

               "IS" Isander berhenti melangkah. Dia tidak memandang pada empunya suara. Wajahnya membeku.

"Mari makan sekali. Is tak makan lagi dari semalam" Suara Permaisuri Helen lembut memenuhi ruangan beku itu. Suasana dingin antara dua beradik itu tak mampu dibuat apa-apa oleh Raja dan Permaisuri.

Isander sedih kerana orang yang membuatnya bahagia sudah tidak berada di sisinya tetapi dia tak boleh salahkan Darrel kerana lelaki itu juga sedang terluka dengan apa yang berlaku.

"Takpe lah ma. Nanti Is makan"

Baru sahaja Isander mahu melangkah pergi seseorang kembali bersuara "makan lah sekali, mama dah ajak kan"

Darrel memandang adiknya yang masih berdiri di tempat sama. Akhirnya Isander mengangkat muka. Memandang abangnya. Figura yang selalu dihormatinya.

"Nanti is makan"

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now