Febrina menabur bunga di pusara di hadapannya. Tanah itu diramasnya. Bibirnya mengukir senyuman.
Dia percaya setiap penderitaan pasti ada kebahagiaan di hujungnya. Febrina percaya pada takdir tuhan. Jika itu yang tuhan mahukan dia hanya redha sahaja. Dia sedar, dia hanya hamba kerdil yang tak mampu mengubah takdir yang Maha Esa.
Febrina mengukir senyuman. Apa khabar orang sana? Bahagia kah di sisi Tuhan? Adakah di sana rindu orang di sini macam mana orang di sini rindu yang di sana.
Febrina tahu tentu ada hikmah Tuhan mengambil orang yang kita sayang. Mungkin sudah masanya 'si dia' pergi menghadap Ilahi.
Tetapi segala kenangan pahit manis akan kekal di simpan rapi. Tanpa sedar mutiaranya mengalir di pipi. Tidak menahan rindu di dada walaupun jauh di sudut hati kecilnya dia sudah menerima takdir.
Tapi tak salah kan kalau rindu?
Air matanya mengalir deras. Mengingatkan memori bersama. Ketawa, menangis, susah dan senang.
Walaupun Febrina tidak dapat bersama dengannya secara fizikal tetapi Febrina dapat menyimpan segala memori bersama.Sungguh berat perasaan rindu. Lagi-lagi pada orang yang sudah tiada. Batu nisan diusap lembut. Dia merehatkan kepalanya di batu nisan berkenaan.
Kalau orang lain tengok mesti rasa pelik tapi tidak pada Febrina. Dia rasakan bagai menyandarkan kepalanya di bahu 'si dia'.
Ya Allah sungguh dia rindu perasaan itu.
"Kakak?" Febrina mengelap air matanya sebelum dia menoleh kepala. Senyuman diberikan kepada remaja itu.
"Kakak dah sudah?"
Febrina mengangguk dan dia bangun dari bangku tersedia. Dia memandang pusara itu buat kali terakhir sebelum dia melangkah pergi dan masuk ke dalam perut kereta.
Suasana di kereta sunyi. Sunyi yang selesa. Masing-masing tidak memulakan perbualan. Isander fokus memandu manakala Febrina leka melontarkan pandangan di luar tingkap.
"Dah sampai"
Febrina terbangun dari pemikiran kosongnya. Dia turun dari kereta bersama Isander yang setia di belakang.
"Tuan puteri" Mike menundukkan kepala melihat puteri mereka yang melangkah masuk ke dalam istana.
Langkah yang longlai itu diheret juga melangkah masuk
Bibir mengukir senyuman untuk menyapa para pengawal yang berjaga. Minit seterusnya langkahnya terhenti. Memandang figura di hadapannya. Hati tiba-tiba berubah sayu. Ye, tanpa sebab.
"Sayang?" Mata coklat itu memanah ke arah Febrina. Wajahnya diuliti kebimbangan.
Febrina menghampiri suaminya. Dia meletakkan tangan suaminya di bahu kecil untuk membantu lelaki itu berjalan.
Febrina menundukkan kepala dan sedia untuk melangkah tetapi lelaki di sebelahnya ini mengeraskan badan, tidak mahu melangkah.
Febrina mendonggak ke sisi
"are you okay baby?" Suara lunak itu menyapa gegendang telinga Febrina.
Kedua-dua belah pipi Febrina diusap. Kening Febrina dikucup dan mata merah wanita itu dilus lembut. Febrina menutup matanya dan perlahan-lahan dia melepaskan helaan.
"Saya ziarah kubur nenek tadi" Bibirnya mengukir senyuman. Senyuman yang menutup kesedihan di hati.
Darrel tersenyum kecil. Isterinya ini memang sering dilanda kesedihan selepas pulang dari pusara nenek dan setiap kali itu lah Darrel akan kakal bersama Febrina agar wanita itu tidak berasa keseorangan.
YOU ARE READING
I'm Not A Princess
Romance[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa kecil yang menempati beberapa buah keluarga di sana Febrina Chalinda hanya wanita yang hidup di desa...