Chap 13

1K 164 60
                                    

Febrina menilik dirinya buat kali terakhir sebelum dia keluar dari rumah. Hari ini dia perlu balik ke istana. Sudah cukup seminggu dia tinggal di rumah neneknya ini. Ada banyak benda yang perlu dia laksanakan.

"Dah siap?" Soal Mike dan diterima anggukkan daripda Febrina. Pintu rumah itu dikunci dan dia memasuki perut kereta.

Febrina dapat merasakan dirinya sangat gugup. Jantungnya bekerja dua kali ganda. Darrel memberitahunya yang dia perlu bertemu raja dan permaisuri terlebih dahulu sebelum dia belajar apa yang patut.

Maksudnya...dia terima lah lamaran Darrel? Entah lah dia pun tak pasti. Febrina keliru tapi dia hanya ikut sahaja flow yang ditentukan Darrel.

Mungkin ini adalah salah satu perancangan Allah. Minta-minta keputusan dia ini betul.

Macam mana agaknya nasib dirinya di sana eh. Sudah lah ini kali pertama dia bertemu Raja dan Permaisuri. Macam mana kalau mereka tidak suka Febrina. Macam mana kalau Febrina berloyar buruk. Arhhhh stressnya.

"Kau jangan lah risau Febrina. Raja dan permaisuri pasti suka kau" Seakan faham apa yang difikirkan Febrina berdecit seketika. Kata-kata Mike tadi tidak sedikit pun melegakan kegusaran di hatinya.

"Darrel ada?"

Mike tersenyum nakal "hai tak akan dah rindu kot" Bahu Mike menjadi sasaran tangan Febrina mendarat. Sedap mulut dia aje. Bukan rindu cuma dah lama tak nampak.

"Darrel tiada. Dia ke Selatan Larriance buat beberapa hari atau mungkin minggu" Febrina memuncung. Ini sudah lah kali pertama dia bertemu Raja dengan Permaisuri. Darrel pula tiada. Berani lelaki itu tinggal kan dia seorang diri. Dasar putera biadap!

"Tapi Isander ada"

Piuh! Lega sikit mendengarnya. Sekurang-kurang tidak lah dia bersendirian nanti. Untung lah remaja itu ada.

Setelah beberapa minit di atas jalan raya akhirnya kereta bmw itu memasuki perkarangan istana. Terlopong mulut Febrina melihatnya. Sangat mewah.

Mike membuka pintu kereta Febrina "sila kan puteri" Lelaki itu menundukkan badannya. Febrina mahu mengcomplain tapi dia faham. Sekarang mereka berada di istana. Tentu lah fomaliti amat penting.

Febrina mendonggak memandang istana yang tersegam indah di hadapannya. Seperti yang selalu dia tengok di dalam drama. Sangat besar. Ini kalau masuk mahu sesat lah jawabnya.

Mike membawa Febrina ke pintu utama. Di sana sudah beratur barisan pengawal dan pembantu rumah. Febrina tersenyum canggung. Dia tidak biasa dengan suasana begini. Bukannya terasa diri ini puteri malah dia lebih merasakan dirinya lebih kerdil.

Febrina dan Mike berhenti di satu pintu yang bersaiz gergasi. Mike menolak pintu tersebut "Permaisuri, puteri sudah bersedia menghadap" Mike menundukkan badannya. Febrina di belakang sudah tidak duduk diam.

Suka hati dia je cakap aku dah bersedia.

"Suruh puteri masuk" Samar-samar kedengaran suara lunak berkenaan. Mike menundukkan badan dan melangkah ke belakang

"Kau masuk lah. Jangan takut. Just be yourself. Goodluck" Mike melangkah pergi. Febrina menggigit bibir. Sempat dia menadah tangan berdoa sebelum dia melangkah masuk ke ruangan tersebut.

Febrina melihat satu figura berdiri membelakangi Febrina. Dari belakang sudah terpancar aura elegant. Wanita itu sedang menyusun buku-buku yang Febrina pasti dia tidak akan faham apa yang terkandung dalam buku berkenaan.

"Nak cakap apa ni?" Bisik Febrina sendiri

"Assalamualaikum" ucap Febrina. Wanita tua itu menoleh ke belakang. Dia tersenyum manis "waalaikumsalam" dia menundukkan sedikit. Dengan segera Febrina menundukkan badannya. Dia tidak berani menegakkan semula badannya.

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now