Darrel melabuhkan punggung di sofa. Dia memicit kepalanya. Matanya tertutup rapat untuk menghilangkan lelahnya seketika.
"Darrel" seseorang menyentuh lututnya. Darrel membuka matanya. Dia membetulkan kedudukannya apabila melihat mamanya yang sudah duduk di sisinya.
"Febrina mana?"
"Tidur kat bilik"
Darrel memandang mamanya. Tangan permaisuri cantik itu digengam lembut "ma. Normal ke Febrina rasa macam tu?"
Permaisuri Helen menghela nafas berat "normal tapi mama harap Febrina kuat lah" Dulu pun dia mengalami perkara sama. Senang cerita bakal ratu akan mempunyai kelebihan yang tidak dapat dimiliki orang lain.
Tetapi Permaisuri Helen mungkin tidak seteruk Febrina kerana dia juga lahir dari kerabat diraja. Rantai yang diberi oleh Permaisuri kepada Febrina itu mempunyai sakti tersendiri. Dari situ lah bakal Ratu akan mendapat klu-klu yang diberi.
Mungkin Febrina lahir dari rakyat biasa jadi ujian untuk dia menjadi bakal ratu lebih berat lagi dari orang yang memang terlahir dari golongan bangsawan atau kerabat diraja.
"Darrel risau"
Permaisuri Helen mengukir senyuman. Selama ini dia tak pernah lihat Darrel memberi perhatian kepada orang lain selain Isander. Kehadiran Febrina dalam hidup Darrel betul-betul mengubah lelaki itu.
"Jangan lah risau Darrel. Mama yakin Febrina mampu" Wanita itu mengukir senyuman lembut. Tangan Darrel diusap penuh kasih sayang.
"Bawa lah Febrina pergi rumah kamu. Biar dia rehat dari hal ehwal istana ni" Darrel hanya membalas dengan anggukkan. Betul juga. Sudah lama dia tidak menetap di rumahnya. Hanya datang beberapa kali sahaja. Itupun untuk memastikan tiada apa-apa masalah dari pekerjanya.
Darrel bangun dari sofa "Darrel tengok Febrina kejap" Badan ditundukkan dan kaki di bawa menuju ke bilik.
Pintu bilik dikuak dan dia melangkah masuk. Dia mendekati Febrina yang sudah tertidur di atas katil bersaiz king itu. Darrel melabuhkan punggung di birai katil.
Tangannya diangkat untuk mengelus pipi putih milik isterinya. Menjadi puteri tentu tidak mudah untuk Febrina. Lebih-lebih lagi dia datang dari keluarga biasa.
Darrel risau. Risau Febrina tidak mampu hadap dengan tanggungjawabnya sebagai seorang Puteri Mahkota dan bakal ratu. Tanggungjawab yang digalas bukan sekecil-kecil kuman.
Febrina bergerak sedikit. Tangan kekar yang menyentuh pipinya membuat dia terbangun dari lenanya "Darrel?"
Darrel termati dari lamunan. Pandangan mereka bertaut. Febrina duduk dari perbaringannya. Badan disandar pada kepala katil.
"Saya buat awak terbangun ke?"
Febrina menggeleng kepala "saya memang lelapkan mata je"
Mata mereka bersatu. Febrina mengamati betul-betul wajah tampan suaminya. Mata Darrel sedikit kuyu memaparkan raut kepenatan pada wajah tampan itu. Lingkaran hitam mula muncul di sekitar mata Putera itu.
"You need rest"
Mendengar pernyataan isterinya membuat Darrel ketawa kecil "rest? A Prince never rest" Balasnya lembut. Darrel merasakan kalau seminit dia berehat kerjanya akan tambah berganda sebab itu dia memaksa dirinya untuk kekal melakukan tugasan.
"Sayang penat?" Soalan dilontarkan kembali oleh Darrel. Febrina menatap lembut mata sempurna milik suaminya. Mata yang terlihat penat tetapi sering memarkan sinar berlainan mengikut keadaan. Kadang kala mata itu memaparkan aura ketua ketika Darrel sedang bersama dengan anak buahnya. Kadang kala mata itu memaparkan sinar kebahagiaan ketika bersama keluarganya dan juga sinar cinta ketika bersama isterinya.
Febrina mengukir senyuman. Tangan suaminya diraih dan digenggam kemas "kalau abang tak penat jalankan tanggungjawab abang sebagai Putera jadi Febrina pun tak penat lah jalankan tanggungjawab Febrina sebagai puteri"
Darrel mengangkat sebelah kening tebalnya. Bibirnya terangkat sedikit "abang?"
Febrina melebarkan senyuman "can i call you abang?"
Darrel mengukir senyuman. Senyuman yang betul-betul manis. Senyuman yang menunjukkan satu dunia bahawa dia sangat bahagia tetapi senyuman itu hanya muncul ketika bersama Febrina sahaja.
"Of course baby" Darrel menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan hangatnya. Mereka berdua memejam mata. Tangan pula melingkar di tubuh masing-masing. Erat bagai tidak mahu lepas.
"Saya nak ajak awak balik. Awak nak?" Pelukan dileraikan. Febrina memandang Darrel dengan penuh kegembiraan.
"Balik rumah? Jadi saya boleh jumpa Kak Azia? Celine? Hanim dan semua tu?" Nadanya terdengar teruja.
Darrel mengangguk. Dia menyelit rambut Febrina ke belakang telinga "mestilah boleh tapi kat sana awak kena tidur kat tingkat 3 bukan kat tingkat 2 lagi"
Febrina tertawa bebas. Rindu betul dia dengan suasana rumah agam itu. Tak sabar dapat jumpa kawan-kawannya. Sudahlah mereka tak dapat khabar berita dari Febrina selepas berita kematian nenek Febrina. Alih-alih dapat tahu bakal puteri mereka ialah Febrina. Mahu tak menjerit semua orang.
Senyuman Febrina termati "Is macam mana? Dia tak ikut?"
Darrel akui bahawa susunan prioriti Febrina ialah mama dan papa, Isander dan baru lah dia. Kasih sayang yang dicurahkan kepada remaja itu memang terlebih. Kadang-kadang cemburu juga Darrel dibuatnya. Mana tidaknya, remaja itu asyik berkepit dengan isterinya, yang Febrina pula kemana-mana tentu bawa Isander sekali.
Tetapi Darrel bahagia kerana sebelum ini Isander tidak dapat perhatian yang selayaknya. Orang di sekelilingnya sibuk dengan tanggungjawab di bahu mereka. Walaupun Darrel sedaya upaya memberi perhatian pada Isander namun dia tahu yang semua itu tidak memadai.
Dari kecil Isander ditinggalkan di istana seorang diri sementara dia dan papanya akan keluar bekerja. Mamanya pula sibuk dengan tugasan lain. Jadi Isander membesar tanpa perhatian yang cukup.
Darrel takut Isander tumbuh tanpa kasih sayang sebab itu lah dia mengorbankan segalanya demi membuat adiknya tersenyum. Tetapi kehadiran Febrina betul-betul membantu Darrel. Wanita itu juga turut menyayangi Isander.
Kalau orang yang tak kenal mesti fikir mereka seakan-akan pasangan kekasih kerana Isander lebih tinggi dari Febrina namun hakikatnya Febrina berusia 4 tahun lebih tua dari Is.
"Biar lah dia tinggal sini sekejap. Kalau dia lancarkan pemberontakan baru kita angkut dia" Febrina ketawa kecil mendengar pernyataan suaminya.
Alahai Isander Iven.
PINTU rumah agam dikuak "assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Ya Allah Febrina!!!" Suara Celine kedengaran. Dia segera mendekati bekas taman sebiliknya dan tubuh itu dipeluk.
Semua pembantu rumah melangkah ke ruang tamu "Celine!!" Kak Azia menepuk bahu wanita itu dan menarik tubuh Celine.
"Dia puteri mahkota. Kau gila ke!" Kak Azia berbisik sedikit. Serta merta semua menundukkan badannya. Febrina menggaru kepalanya.
"Puteri Febrina. Akak rindu sangat dengan puteri" Kak Azia mengemam bibirnya. Menahan kesedihan
"Kak tak perlu berputeri-puteri. Panggil je Febrina"
Kak Azia nampak ragu-ragu sedikit. Dia menundukkan badan apabila melihat figura Darrel muncul di sebelah Febrina.
"Er maaf puteri. Kitaorang tak boleh panggil macam tu. Itu adalah kesalahan" Kak Azia menundukkan kepalanya. Febrina memuncung tanda protes.
"Takpe lah Kak Azia. Ikut kan saja arahan puteri" Febrina mengukir senyuman lebar mendengar pernyataan Darrel.
Kak Azia segera menganggukkan kepala. Mengikut arahan yang diberi oleh bakal pemerintah mereka.
Sejurus itu Kak Azia segera menarik Febrina ke dalam pelukan. Setitis air mata jatuh. Mutiara yang mengandungi rindu yang terbungkam. Akhirnya mereka dapat bersatu semula. Kemudian semua pembantu rumah turut mendakap Febrina dan Kak Azia beramai-ramai.
Melupakan seketika kehadiran putera mereka. Perjumpaan bermakna ini membawa bahagia di hati semua orang.
YOU ARE READING
I'm Not A Princess
Romance[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa kecil yang menempati beberapa buah keluarga di sana Febrina Chalinda hanya wanita yang hidup di desa...