𝒸𝒽𝒶𝓅 06

1.2K 193 100
                                    

Febrina baru mengemas luar rumah. Dia melangkah masuk untuk meleraikan lelahnya seketika namun dahinya berkerut apabila pembantu rumah yang lain sedang kalut membersihkan ruang tamu yang memang sudah bersih.

"Kak kenapa macam kelam kabut je?" Febrina mendekati Kak Azia yang sedang mengelap segala hiasan di ruang tamu.

"Oh Mike, orang kanan boss cakap boss nak buat majlis kat sini. Biasa lah kalau dah melibatkan orang atasan ni kena lah buat kemas-kemas"

Febrina mengangguk faham "tapi kan dah memang bersih kak"

"Eh Febrina tak tahu ke boss kita tu. Perfectionist terkemuka tau. Pantang bantal senget sikit mahu satu rumah kena amukan dia!" Terdiam juga Febrina mendengarnya.

Jauh beza dengan dirinya yang berperangai 'asal boleh'. Febrina mematikan lamunannya dan membantu pembantu lain melakukan kerja.

Buat beberapa jam mereka bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut. Sekarang cuma tinggal bersiap dan menunggu tetamu hadir.

Febrina melangkah ke bilik "perlu ke kita ada kat majlis tu nanti" Febrina merebahkan badannya ke atas katil.

Dia malas mahu turun. Badannya sudah penat. Lebih baik duduk dalam bilik dan rehat. Tapi malangnya hidup tidak seindah itu.

"Kau fikir aku rajin ke nak turun? dah lah aku dengar business partner boss ramai pervert" Celine mengiring menghadap Febrina

Febrina juga mengiring menghadap rakan biliknya "alah kita ni pembantu je. Diorang tak akan pandang punya" Sengehan ditanyangkan. Betul apa. Kalau ikutkan logik mana ada nak orang pandang pembantu rumah. Sudahlah yang ada nanti orang kaya-kaya semua.

"Tu kalau pembantu rumah muka pecah. Cuba kau yang turun nanti. Mau patah leher diorang tengok kau" Jari runcingnya dihalakan pada Febrina.

Terherot wajah cantik itu mendengar pernyataan Celine "apa aku pula?"

"Kau la! Kau dah lah cantik! Hati-hati je lah malam ni" Celine mengangkat kening berkali-kali untuk menyakat Febrina.

Balasannya Febrina membaling bantal tepat menampar wajah Celine. Celine sudah tertawa bebas sambil baring terlentang.

Febrina mencapai tuala dan melangkah ke dalam bilik mandi.

Selesai mandi dia duduk di birai katil seketika "kita pakai baju apa?" Febrina memandang Celine yang sedang meniarap sambil bermain telefon bimbitnya.

"Kak Azia kata apa-apa janji warna emerald green sebab tu tema untuk pembantu rumah"

"aik? Pembantu rumah pun ada tema? Kan duduk dapur je" Febrina mengeluh. Apa sahaja lah peraturan di sini.

"Eh aku pun macam kau juga baru masuk. Mana lah aku tahu! Aku ikut je Kak Azia cakap. Dah aku pula nak mandi" Celine mencapai tualanya dan melangkah menuju ke bilik mandi.

Febrina membuka almari bajunya. Memilih baju emerald green yang dibawanya.

Selak punya selak. Selongkar punya selongkar. Akhirnya! Febrina jumpa baju kemeja satin miliknya. Dia mengangkat baju tersebut.

"Tak over sangat ke? Kau pembantu je kot!" Bisik Febrina. Nak ikut tema sangat kan? Ambil kau! Ini je lah baju yang dia ada!

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now