Chap 14

952 129 51
                                    

"Pandang depan, mendonggak sedikit" Akak Lia memerhatikan gerak geri Febrina. Sepanjang Febrina di istana Kak Lia lah yang akan mengajar Febrina untuk menjadi puteri. Cara jalan, cara makan, apa yang patut di buat, cara pemakaian, barang perhiasan. Itu semua Febrina perlu belajar kerana kehidupan biasanya dan sekarang sudah berubah 360 darjah. Dia harus ikut tata susila istana. Sekali buat silap boleh jatuh air muka kerabat diraja.

Ok hal ini hampir-hampir membuat Febrina mencaci maki Darrel kerana memilihnya. Tidak semena-mena dia perlu belajar menjadi seorang puteri. Sudah lah mereka hanya ada masa 8 bulan!

"Akak tinggi sangat ni kasut nya" Febrina terbeliak memandang kasut yang lebih kurang 5 inci. Akak Lia hanya tersenyum lembut. Dia tidak berkata apa-apa hanya tersenyum. Febrina mengeluh kecil. Nampaknya tidak boleh membantah.

Selesai sesi kelas akhirnya Febrina menuju ke biliknya, hari sudah lewat malam. Ini lah yang dia hadap sejak kebelakangan ini. Mula kelas pagi dan berakhir lewat malam. Dia boleh tidur hanya untuk beberapa jam sahaja. Disebabkan masa yang terlalu singkat jadi dia terpaksa mengorbankan masanya.

Febrina melalui sebuah bilik yang pintunya terbuka sedikit. Lampu di dalamnya terbuka. Febrina menolak perlahan pintu berkenaan. Niatnya hanya mahu menutup lampu tetapi dia terkerjut seketika melihat permaisuri yang berada di bilik berkenaan.

Mata mereka bersatu "er maafkan saya permaisuri. Saya ingat tiada orang tadi jadi saya nak tutup lampu" Febrina menundukkan kepala.

Wanita itu mengukir senyuman "tak apa lah. Puteri sini duduk"

Febrina mendekati Permaisuri Helen dan melabuhkan punggung. Dia memandang beberapa bekas-bekas kaca yang di dalamnya ada cecair yang bewarna warni. Dia tidak pasti cecair apa itu yang dia tahu ialah bilik itu sangat wangi.

"Ini adalah ramuan minyak wangi untuk bakal pengantin diraja. Jadi malam sebelum kamu dan Darrel berkahwin kamu kena siapkan satu botol minyak wangi untuk Darrel"

Febrina memandang botol-botol kaca berkenaan. Ada yang bersaiz sederhana, ada yang bersaiz besar dan ada juga yang bersaiz kecil.

"Pilih lah bau yang kamu suka dan beri kepada Darrel. Apabila Darrel pakai, itu adalah tanda dia ialah suami kamu" jelas Permaisuri lagi. Febrina menganggukkan kepala sambil tersenyum.

Permaisuri mengangkat tangan dan mengelus lembut pipi Febrina "menjadi Puteri tentu tidak mudah buat kamu tapi percaya lah yang kamu ialah calon puteri yang kami cari selama ini"

Febrina memejam mata, menikmati sentuhan lembut dari Permaisuri Helen "tapi saya bukan dari kerabat diraja. Saya hanya orang kampung" nadanya terdengar perlahan. Bukan merendah diri tapi lebih kepada sedar diri.

"Percaya lah dengan takdir Febrina. Tuhan itu sebaik-baik perancang. Perkara ini sudah tertulis sebelum kamu lahir lagi. Terima lah dengan hati yang terbuka" Tangan lembut itu masih mengelus pipi mulus Febrina. Febrina membuka mata. Dia meraih tangan Permaisuri dan menggengamnya.

"Bantu lah Darrel uruskan Larriance" Febrina mengukir senyuman dan mengangguk kepala. Setidak-tidaknya dia akan buat semua ini untuk Permaisuri. Dia tak mahu mengecewakan wanita yang sudah berkelakuan baik dengannya.

DARREL melihat kawasan yang sudah hancur dengan bencana alam yang terjadi beberapa minggu lepas. Pasukan penyelamat sedang berkerah tenaga untuk mengesan mangsa yang terkorban.

"Pasti sesuatu akan berlaku" Ujar Envar sambil memeluk tubuh. Darrel masih berdiam diri.

"Selalunya benda-benda macam ni terjadi mesti ada perkara yang akan berlaku. Kenapa? Kau nak letak jawatan ke?"

Darrel tersenyum sinis. Tinggi betul halusinasi sepupunya ini tapi tak mengapalah biarlah dia bermimpi di siang hari.

"Northsway perlukan pemerintah. Kau rasa kau dah bersedia?" Darrel memandang Envar yang sudah menggeram. Darrel melangkah ke bangku tersedia dan melabuhkan punggung.

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now