Febrina keluar dari biliknya. Dia terdiam seketika apabila ada tetamu yang berada di ruang tamu.
"Ha puteri. Sini duduk" Permaisuri Helen tersenyum melihat figura kesayangannya itu. Febrina hanya tersenyum. Sedikit canggung. Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah Permaisuri.
"Ini Puteri Ashana. Dia ni isteri kepada arwahyarham Putera Winshal, adik papa" Jelas Permaisuri Helen panjang lebar. Febrina hanya mengangguk faham. Buat-buat faham je sebenarnya.
Wanita yang lebih muda dari Permaisuri itu tersenyum sinis. Wajahnya sinis memandang Febrina dari atas ke bawah. Febrina mengucup tangan Puteri itu.
"Ma. Darrel mana?" Febrina melihat sekeiling ruang tamu itu. Tidak nampak pula kelibat suaminya itu.
"Darrel ke pejabat dengan papa. Ada urusan yang diorang nak kena buat" Febrina mengangguk faham. Nak buat macam mana. Suaminya putera raja. Tentu banyak sekali tugasan yang perlu Darrel selesaikan.
"Febrina ke taman sekejap" Permaisuri Helen hanya mengangguk. Dia menggosok lembut bahu Febrina dan Febrina bangun dari sofa, menundukkan badan lalu melangkah ke taman yang berada di sekitar halaman istana.
"Morning your highness" satu suara menyapa Febrina. Wanita itu menoleh memandang empunya suara. Envar tersenyum manis hingga membuat kedua-dua matanya sepet.
Febrina mengukir senyuman. Satu tundukkan diberi dan Envar membalas tundukkan.
"I'm glad to meet you here princess" Febrina terkebil-kebil meihat Envar yang masih tersenyum manis. Lelaki di hadapannya ini tidak silap dia ialah sepupu Darrel.
Mereka pernah bersua sekali semasa di rumah Darrel. Ah yaa sekarang Febrina sudah ingat.
"Tak sangka, last time kita jumpa awak cuma pembantu rumah but this time you're the future queen"
Dan ketika itu Febrina tersedar. Ye memang benar kata-kata Envar. Beberapa bulan lepas dia hanya pembantu rumah yang berjuang demi mencari sesuap nasi tapi sekarang? Dia seorang puteri dan bakal ratu. Hebat bukan perancangan Tuhan?
Febrina melempar pandangan ke arah bunga-bungaan yang mekar pagi tu. Dia bercangkung memandang bunga mawar kuning di hadapannya. Envar turut bercangkung.
Febrina ingin memetik satu bunga tersebut tetapi segera di halang Envar "tuan puteri! Puteri tak boleh petik" Febrina segera menarik tangannya.
"Oh maaf, saya tak tahu tak boleh petik"
Envar tersenyum "tak boleh petik bukan sebab tak izinkan tapi bunga ni tajam. Nanti tangan puteri terluka"
Envar memetik satu mawar kuning itu dan diberi kepada Febrina. Febrina tersenyum canggung tetapi dia menerima juga huluran Envar. Febrina menghidu wangian yang terhasil dari buka berkenaan.
"You smell good....smell like Kemuning and Kenanga and maybe a little bit vanilla"
Perfume Kemuning itu miliknya tetapi bau kenanga dan Vanilla itu ialah milik Darrel. Dia amat suka bau yang terhasil.
Febrina tidak tahu yang campuran vanilla dan Kenanga akan menghasilkan bau yang sangat-sangat wangi dan terngiang ngiang.
"Terima kasih"
"Darrel must be so lucky. Having a pretty wife to stare a whole day"
Febrina mengukir senyuman. Dia tak tahu mahu membalas apa. Dia tidak biasa dengan pujian-pujian dari orang lain. Sudahnya dia hanya mengukir senyuman.
"Your highness, kalau tak keberatan kita boleh keluar sama-sama. I will show you everything in Larriance"
"Boleh tapi selepas Darrel izinkan"
YOU ARE READING
I'm Not A Princess
Romance[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa kecil yang menempati beberapa buah keluarga di sana Febrina Chalinda hanya wanita yang hidup di desa...