Febrina meletakkan pinggan di tempat asal tetapi entah bagaimana pinggan tersebut jatuh dan berderai. Febrina terpana seketika. Jantungnya laju mengepam bagai ada yang tidak kena.
Febrina segera bercangkung dan mengutip serpihan kaca di atas lantai mozek dapur "auch" dia melihat jarinya yang sudah berlumuran darah. Kulitnya sudah sedikit terkoyak
"Feb? Ya Allah Feb!" Kak Azia mendekati Febrina. Febrina masih lemas di ruang pemikirannya sendiri
"Febrina bangun kita cuci luka tu dulu" Kak Azia dan Hanim membantu Febrina untuk berdiri. Hanim mengambil first aid kit manakala Kak Azia mencuci luka Febrina.
Febrina ditarik untuk ke kerusi. Kak Azia membuka peti kecemasan itu. Segala kekacauan di bersihkan oleh Hanim.
"Saya tak sedap hati kak" gumamnya perlahan. Kak Azia jeda seketika. Dia mendonggak memandang wajah Febrina yang tidak menunjukkan riaksi apa-apa.
Selesai membalut luka Kak Azia menarik Febrina ke dalam dakapannya "selawat banyak-banyak. In sha Allah tiada apa. Febrina kena banyak rehat. Febrina masih tak sihat" tangannya menggosok lembut badan Febrina untuk menenangkan wanita itu.
12:30 pm
Matahari masih terpacak di atap rumah. Febrina membuka matanya perlahan-lahan apabila bunyi telefon miliknya kedengaran.
Kepalanya berat dan berdenyut hebat. Dengan kekuatan yang tersisa dia memaksa dirinya untuk bangun dan mencapai telefon bimbitnya yang menjerit minta diangkat.
"Hello?"
"Hello Na"
Febrina membuka mata sepenuhnya. Dia duduk dan selimut dialihkan ke tepi "Cik Sal?"
"Na..." suara Cik Sal kedengaran serak dan berselang dengan tangisan kecil. Febrina berkerut. Jantungnya sudah bekerja dengan kecepatan luar biasa.
"Ada apa Cik Sal?"
Ya Allah tolong lah hamba mu ya Allah. Aku mohon.
"Nenek dah tiada Na"
PINTU rumah agam itu dikuak dari luar. Darrel melangkah masuk dan menghempas dirinya ke atas sofa
"Tuanku nak minum?" Darrel mendonggak memandang salah seorang pembantu rumahnya. Dia berkerut kehairanan.
"Febrina mana?" Soalnya aneh. Selalunya wanita itu yang selalu melakukan hal itu.
"Febrina ambil emergency leave tuanku"
Darrel berkerut kehairanan. Kenapa dia tidak tahu apa-apa. Wanita itu ke hospital ke? Masih sakit lagi kah?
"Kenapa?"
"Dia balik kampung, Nenek dia meninggal tuanku" Darrel terdiam seketika. Febrina balik kampung. Nenek yang dia sayang itu sudah meninggal dunia?
Fuck! Tapi kenapa Darrel terasa nyeri di dadanya. Kenapa juga terasa sakit bila dia pasti yang Febrina tentu sedang berduka? Kenapa perasaannya begini.
"Tuanku?"
Darrel tersedar dari lamunannya "takpe awak boleh pergi"
Darrel bangkit dari sofa, menaiki lif dan menuju ke tingkat 3. Bilik pejabatnya di masuki
"Mike masuk"
Tidak lama kemudian figura tegap lelaki itu kelihatan selepas mengetuk pintu dan diberi izin untuk masuk "ye ada apa tuanku?"
Darrel menyelak file di hadapannya "cari alamat rumah Febrina" ujar putera itu tanpa matanya lepas membaca dokumen di atas mejanya.
Tanpa bertanya banyak Mike hanya mengangguk faham "baik tuanku"
FEBRINA menyandarkan kepalanya di sofa. Matanya dipejam seerat yang mungkin
"Aku balik dulu Sal"
"Terima kasih datang" Cik Sal mengukir senyuman kepada tetamu yang pulang. Dia memaling memandang Febrina yang masih lengkap berjubah dan betudung putih. Cik Sal mendekati Febrina dan melabuhkan punggung di sebelah wanita itu.
"Febrina. Mari ke rumah Cik Sal" tangan mungil itu digenggam dan diusap lembut. Febrina membuka mata, dia mengukir senyuman
"Takpe lah Cik Sal, Febrina duduk sini je. Lagipun nanti Febrina nak kemas barang nenek apa yang patut dibuang nanti Febrina buang" Bibirnya mengukir senyuman. Senyuman yang tidak begitu manis hanya sekadar menutup luka di hati. Matanya sembab kerana menangis terlalu lama. Mata cantik itu selama ini sering memancarkan kebahagiaan tapi kini memancarkan sinar kesedihan.
"Cik Sal tak nak tinggalkan Febrina seorang diri" wajah wanita tua itu diuliti kerisauan.
Febrina masih tersenyum "jangan lah risau Cik Sal. Cik Sal balik lah dulu rehat kan badan"
Cik Sal tahu dia tidak boleh berbuat apa. Febrina juga masih berdegil untuk tinggal di rumah neneknya. Akhirnya dia hanya akur.
Febrina dan Cik Sal berdiri. Mereka berdua saling memeluk antara satu sama lain "apa-apa call Cik Sal okey? Banyak kan bersabar dan berdoa ya sayang"
Matanya yang kering kini basah kembali dengan air mata. Febrina memejam mata. Sakit menerima kenyataan bahawa keuarga yang satu-satunya dia ada sudah pun pergi meninggalkannya tetapi dia juga percaya kan Allah. Allah sebaik-baik perancang. Tentu sudah takdir. Febrina tidak mahu melawa takdir dan dia cuba untuk redha.
Akhirnya Febrina bersendirian setelah Cik Sal pulang ke rumahnya. Febrina menuju ke bilik nenek
Krekkkk
Pintu tua itu dikuaknya. Suram suasana di bilik itu. Bagaikan mengetahui bahawa penghuni bilik ini sudah tidak kembali ke sini lagi. Febrina duduk di birai katil.
Gambar kecil yang berdiri atas meja bersebelahan katil diambilnya. Gambar dia dan neneknya yang sedang berpimpin tangan. Di bawah gambar ada tulisan tangan nenek.
Cucuku tercinta Febrina Chalinda.
Setitis air mata jatuh menyentuhi gambar itu. Ya Allah sakit nya perpisahan ini. Dia tak sanggup melalui hari-harinya tanpa nenek di sisi.
Belum sampai satu hari nenek pergi meninggalkannya tetapi dia sudah rindu dengan telatah orang tua itu
"Febrina pergi lah tidur kat bilik kamu sana" nenek berdecit melihat Febrina yang memeluknya erat. Dari tadi wanita itu berada di dalam biliknya. Naik bosan dia melihat cucunya itu.
"Alah hari ini Febrina nak tidur dengan nenek" Pelukan dipereratkan. Nenek mencapai satu batal dan di pukul ke arah Febrina. Febrina mengaduh sakit sambil tertawa bebas.
Febrina menyentuh lembut bantal bewarna kuning cair itu. Bantal itu diambil dan dipeluk erat. Masih tersisa bau nenek.
Febrina berbaring. Bantal kepunyaan neneknya dipeluk erat. Sekurang-kurangnya dia tidak berasa keseorangan.
Ya Allah sesungguhnya aku percaya kepada mu ya Allah. Jika ini takdir aku terima ya Allah tetapi aku adalah hamba mu yang kerdil. Berilah aku secebis kekuatan untuk meneruskan hidup aku ya Allah. Wahai tuhan ku yang maha berkuasa. Bantu lah hamba mu ini. Berikan lah kekuatan kepada hamba mu yang keji ini ya Allah.
Febrina memejam mata. Dia tidak peduli tudung yang masih tersarung kemas di kepalanya. Dia tidak peduli jubah yang masih dikenakannya. Dia mahu rehat dan menenangkan dirinya
A/N: Hold on. There've surprise
YOU ARE READING
I'm Not A Princess
Romance[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa kecil yang menempati beberapa buah keluarga di sana Febrina Chalinda hanya wanita yang hidup di desa...