Febrina menyapu di luar halaman rumah. Daun-daun kering itu berlaga sesama sendiri. Kerja-kerjanya terhenti seketika apabila sebuah kereta bmw hitam mendekati dirinya.
Febrina berkerut. Siapa pula yang datang pagi-pagi macam ni? Mungkin orang kampung yang baru ada masa untuk bertandang agaknya.
Seorang lelaki keluar dari tempat duduk pemandu. Febrina berkerut kehairanan "Mike?" Pembantu dan pengawal peribadi Darrel. Apa agaknya lelaki muda itu buat kat sini.
"Kau buat apa kat sini?" Febrina meletakkan penyapu lidi di batang pokok. Dia berjalan menghampiri Mike.
"Kau okey Febrina?" Soal lelaki itu dan disambuti dengan anggukkan dari Febrina.
"Aku terima arahan dari tuanku untuk ke sini. Ini ada utusan untuk kau" Mike menghulurkan satu envelop bersaiz biasa. Febrina menerima huluran itu.
"Apa ni Mike?" Soal Febrina sambil berkerut. Tangannya membuka sampul surat tersebut.
"Maaf aku tak tahu Febrina sebab surat ni untuk kau jadi aku tak boleh baca"
Febrina mengambil surat yang berada di dalam itu. Lipatan surat tersebut dibuka dan isi yang tercetak di baca. Febrina membuntangkan mata membaca segala yang terkandung di surat tersebut. Jantungnya kembali mengepam. Kepalanya digelengkan berkali-kali.
DARREL menyandarkan dirinya di kerusi empuk yang berada di pejabatnya. Matanya dipejam kan dan kerusi itu digoyangkan sedikit.
Pintu pejabatnya dikuak tetapi Darrel masih memejamkan mata. Dia beranggapan itu hanya lah adik dia. Remaja itu sahaja yang akan terus menerjah masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu.
"Maaf cik. Cik tak boleh masuk" suara salah seorang pekerja wanitanya bersuara. Darrel membuka mata. Dua orang wanita sudah berada di dalam biliknya.
Dan salah seorang darinya ialah Febrina.
"Maaf tuanku" wanita itu menundukkan badannya dan sedaya upaya menarik Febrina untuk keluar tetapi wanita cantik itu masih berdegil.
"It's okay Amy. Awak boleh keluar" Amy menundukkan kepalanya dan melangkah keluar. Pintu di tutup rapat.
"What's matter?" Darrel membuka filenya dan sambung melakukan kerja-kerjanya
"Ini apa?" Febrina mecampak sampul surat ke atas meja Darrel. Darrel terpana seketika. Oh jadi hal ini lah yang membuat Febrina marah. Faham.
Darrel mendonggak memandang wanita itu. Febrina hanya memakai baju kurung dan bertudung shawl. Jelas menunjukkan yang dia terus ke sini tanpa menukar baju.
"Kau datang sini dengan siapa?" Darrel masih bersahaja. Wajahnya beku dan tidak menunjukkan apa-apa riaksi. Marah pun tidak suka pun tidak. Blank sahaja riaksinya.
"Itu tak penting tuanku. Saya cuma nak tahu apa niat awak sebenarnya!" Nadanya kedengaran geram. Keningnya juga berkerut membentuk beberapa garisan di dahinya.
Febrina Chalinda marah Putera Darrel Ivander? Interesting.
"Kenapa dengan surat ni?" Darrel masih bersahaja. Makin menambah geram pada Febrina.
YOU ARE READING
I'm Not A Princess
Romance[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa kecil yang menempati beberapa buah keluarga di sana Febrina Chalinda hanya wanita yang hidup di desa...