"Cuba Febrina cerita dengan kitaorang apa yang dah jadi semalam" Kak Azia masih lagi berusaha mendesak Febrina. Berbuih mulut Febrina dari tadi mengulang ayat "takde apa"
"Cerita je lah Feb. Kita ni dah macam keluarga. Mana boleh rahsia" sampuk Hanim yang mampu membuat Febrina terdiam sejenak.
Dia tak mahu mengingati semula apa yang terjadi malam itu tetapi dia juga mahu menceritakan segalanya pada mereka.
"Sebenarnya..." sudahnya Febrina menceritakan semua apa yang terjadi daripada Imran menyapanya sehingga lah dia menampar Imran.
Dan yah. Semua menunjukkan riaksi terkejut "ya Allah nasib baik Febrina okey" Kak Azia mendekati Febrina dan tubuh wanita itu didakap erat.
"saya tiada niat pun kak nak curi tulang" Febrina mencebik. Bibirnya memuncung sedikit.
"Akak percayakan Febrina lagi pun perangai encik Imran tu memang macam tu. Sebelum ni dah ramai pembantu rumah yang dah kena"
Celine mengusap kepala Febrina "kau patutnya beritahu aku"
"Aku tak terfikir lah Lin. Aku cuma fikir nak selamatkan diri je"
kak Azia mengangguk faham. Buat seketika Kak Azia mendakap tubuh kecil itu agar Febrina merasa kembali tenang
FEBRINA menaiki lif yang berada di rumah agam itu. Tingkat 3 ditekan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Macam mana keadaan tingkat 3 agaknya. Yelah ini kali pertamanya menjejak kaki di 'red zone' rumah ini
Kata Kak Azia ini adalah kawasan larangan. Tak semua orang boleh pergi. Kalau terima arahan baru boleh pergi kalau tak memang jangan pasang niat untuk naik. Silap-silap kena buang negeri je lah.
Ting.
Pintu lif dibuka. Wow memang serba serbi mewah. Ada beberapa bingkai gambar yang tergantung dan tentunya ia adalah potret keluarga.
Di tingkat 3 hanya tersedia 3 bilik sahaja yang pasti salah satu darinya ialah bilik Putera Darrel. Pintu bilik yang rapat ditutup itu ditenung Febrina. Dia tak dapat arahan untuk masuk ke sana jadi tak perlu lah agaknya dia bersihkan bilik itu. Mungkin bersihkan di ruang tamu ini sudah memadai.
Febrina memulakan kerja-kerja mengemasnya. Dia membetulkan kedudukan bantal di sofa, dia mengemop lantai
Febrina membuka pintu beranda kerana mahu menyiram beberapa tanaman di sana. Dia terkejut seketika melihat remaja lelaki yang sedang termenung bersama sisa air mata di tubir matanya
Febrina tercegat seketika. Tak tahu mahu buat apa. Tiba-tiba dia teringat sapu tangan kecil yang sentiasa di bawa bersama dan masih belum digunakan lagi.
Dia menghulurkan sapu tangan bercorak bunga itu pada Tuan muda berkenaan. Isander mengangkat muka memandang Febrina.
"Maaf tuanku kalau saya ganggu tuanku"
Isander menerima huluran Febrina, dia menggelengkan kepala "saya yang patut minta maaf sebab dah kacau kerja awak" ujarnya perlahan.
"Tuanku okey?" Dia memberani diri untuk bertanya
"Berapa umur awak?"
"Er saya 21 tahun tuanku"
"Tak payah lah panggil saya tuanku. Saya baru 17 tahun. Panggil je Isander"
Febrina berkerut sedikit "boleh ke sa-"
"Ini arahan daripada saya dan kalau ada yang marah awak boleh petik nama saya"
Febrina mengukir senyuman. Dia mengambil tempat di sebelah Isander "kalau macam tu kita buat deal"
Isander berkerut seketika "deal? Deal apa?"
"Saya panggil awak Isander tapi awak kena panggil saya Akak Febrina. Ha baru cute" Febrina sengeh menayangkan barisan giginya yang putih.
Isander menghamburkan tawa. Telatah wanita di hadapannya ini membuatnya lupa seketika masalahnya.
"Er. Maaf tanya tapi kenapa sedih-sedih ni?"
Isander menghela nafas "Sebenarnya Is penat. Penat kena kawal. Is tak boleh jumpa kawan, Is tak boleh keluar suka-suka hati. Is nak tentu kan hidup Is sendiri dan bukan orang lain yang tentu kan"
Febrina mengangguk faham. Iye lah anak raja kan.
"Is kan pewaris takhta mesti lah diorang kena jaga Is"
Isander mencebik seketika "tapi Is tak suka lah kak"
"Ha Is pandang putera Darrel macam mana?"
"Abang? Mestilah Is jadi kan dia idola Is. He is so strong, independent, elegant" Melihat air mukanya memang jelas terpancar bertapa dia mengidolakan Abangnya itu.
"Ha kalau Is nak jadi macam Putera Darrel Is kena lah ikut perwatakan Putera. Is tak perlu pun cemburu dengan remaja lain yang bebas ke sana ke mari. Diorang yang patut kena cemburu dekat Isander sebab Isander bakal pemerintah negara, ada abang dengan Ayah yang hebat, Isander bijak, hensem lagi" Febrina mengusap kepala remaja itu membuatkan remaja lelaki itu tertawa bebas.
"Akak kata akak baru 21 tahun kenapa Akak kerja sebagai pembantu rumah?"
Senyuman Febrina termati seketika "tak semua orang lahir dengan duit yang banyak Is sebab tu lah akak cakap mesti ramai yang cemburu dengan kehidupan Is. Antaranya orang yang macam akak lah" Febrina mengukir senyuman tipis.
"Akak bukannya orang yang senang, tu yang akak kena kerja untuk tampung keluarga. Isander jangan lupa bersyukur ok? Isander dah di lahirkan dalam keluarga yang berada, ada rumah, ada makanan yang cukup. Jangan lupa nanti orang di bawah"
Isander menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyuman "Is Ingat pesan akak"
Febrina mengukir senyuman. Dia kembali berdiri "Is dah makan? Kalau belum makan, Jom kita makan sekali"
Isander turut berdiri "boleh juga, jom" Mereka berdua menuju ke lif untuk turun ke tingkat bawah
YOU ARE READING
I'm Not A Princess
Romance[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa kecil yang menempati beberapa buah keluarga di sana Febrina Chalinda hanya wanita yang hidup di desa...