Chap 26

644 92 125
                                    

Febrina melihat puteri Lucy. Puteri dari Hence yang sering dijuluki dengan keberaniannya, kehebatannya dan juga kebijaksanaannya. Puteri Lucy benar-benar mempamerkan aura 'Future Queen' yang kuat.

Mungkin sudah 1 jam lebih puteri itu dengan Darrel bermesyuarat. Tentang apa? Febrina juga tidak pasti. Sekali pandang tampak seperti hal penting.

Febrina menyibukkan dirinya dengan mengemas. Bantal-bantal disusun rapi, meja dilap, pasu bunga disusun kembali.

"Eh Puteri? Rajin nampak" Febrina mengangkat muka. Mike sudah tersengeh seperti kerang busuk.

"Kau nak cakap aku pemalas ke selama ni?" Bantal ditepuk dan di susun. Mike tertawa kecil. Dia menghampiri puteri itu.

"Darrel mesyuarat apa?"

"Oh. Putera berbincang dengan puteri Lucy pasal Larriance. Larriance ada masalah sedikit" Febrina merenung seketika. Dahinya bekerut.

"Ha? Masalah apa? Kenapa aku tak tahu apa-apa?" Dia puteri Larriance jadi dia juga ada hak untuk mengetahui apa yang berlaku di Larriance.

Mike berjungkit bahu sedikit "saya tak pasti lah tuan puteri. Oh ye tuan puteri, saya minta diri dulu" Mike membongkokkan badan dan dia melangkah pergi meninggalkan Febrina yang masih dalam keadaan tertanya-tanya.

Dia perlu tahu apa yang berlaku dalam Larriance dan mulai hari ini dia pasti akan bantu Darrel uruskan Larriance.

Beberapa jam kemudian pintu bilik tidur berkenaan dibuka. Febrina memandang suaminya yang meangkah masuk sambil membuka kot yang dipakai, mencampak beg yang dipegang dan tali leher dilonggarkan.

"Abang mesyuarat pasal apa?" Darrel mendekati Febrina. Tubuh sang isteri dipeluk untuk menghilangkan lelah. Kepala direhatkan di bahu isterinya. Febrina hanya membiarkan suaminya berbuat demikian. Dia tahu Darrel penat.

"Tiada apa lah sayang"

Febrina berkerut. Tentu itu sahaja yang keluar dari mulut suaminya. Febrina memegang kedua-dua belah pipi Darrel dan mengangkat muka itu agar memandangnya kembali.

"Abang. Febrina kan isteri abang dan Febrina juga Puteri Larriance"

Darrel masih diam membisu. Tatapan matanya kosong tetapi lembut.

"Febrina ada hak untuk tahu apa yang berlaku dalam Larriance tapi macam mana Febrina nak tahu kalau abang tak nak share" Suara wanita itu lembut menyapa gegendang telinga Darrel.

Darrel menghela nafas. Tangan isterinya diraih dan digenggam "saya tak nak awak penat. Uruskan Larriance bukannya perkara yang mudah"

"That's why you're married, supaya Febrina boleh bantu abang. Uruskan Larriance ialah tanggungjawab Febrina juga"

Lama Darrel diam sebelum Darrel bangkit dari katil "saya mandi kejap" tangan Febrina dilepaskan dan tubuh Darrel hilang dari pandangan.

Febrina menghela nafas. Dia tak akan putus asa. Dia perlu bantu Darrel selesaikan segala masalah di Larriance. Dia sepatutnya bersama Darrel dalam uruskan masalah ini bukannya Puteri Lucy.

That women should know her place.

FEBRINA keluar dari bilik dan dikejutkan dengan beberapa orang asing di ruang tamu rumahnya. Dia menukar hala tuju ke dapur dan di sana dia bertembung dengan Oliv

"Eh puteri" Oliv menundukkan badan melihat Febrina di belakangnya.

"Kenapa ramai-ramai tu?" Soal Febrina. Oliv yang sedang membancuh air menoleh kan kepala memandang tuannya

"Oh itu rakan kerja Putera Darrel dan ahli keluarga terdekat. Saya dengar diorang nak bincang sikit pasal Larriance tapi saya tak tahu lah pasal apa"

Febrina mengangguk faham. Darrel betul-betul mencabar kesabarannya.

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now