Chap 24

663 98 63
                                    

Di sana tiada

Di sini juga tiada

Tiada

Dan tiada

Kemana agaknya perginya isterinya? Darrel mencari susuk tubuh isterinya tapi dari 5 minit terakhir masih lagi tidak jumpa gadis itu.

Di luar tiada, di bilik tiada, di dapur tiada. Perasaan yang dirasuk kebimbangan cuba dikikisnya sedikit demi sedikit. Kakinya melangkah ke sana ke mari mencari sang isteri.

"Is! Nampak kakak?"

Apabila gelengan diterima, sekali lagi Darrel menghela nafas. Kaki dilangkah lagi dan matanya tertancap salah seorang pembantu istana yang menjaga Febrina, Oliv

Tidak fikir panjang, Darrel terus bertapak mendekati wanita muda itu.

Melihat tuan putera yang menghampirinya dengan segera Oliv menundukkan badannya.

"Oliv, Febrina mana?"

"Oh tuan puteri tadi saya nampak pergi ke tandas"

Ah jawapan itu benar-benar membuat gusarnya hilang sedikit. Tidak membalas apa-apa lagi akhirnya Darrel menuju ke tandas yang terletak di dapur.

TOK TOK TOK

"Sayang?"

Febrina di dalam terhinjut bahu sedikit kerana terkejut. Air mata diseka. Dia segera berdiri dan mendekati cermin. Pipi, hidung dan bibirnya memerah. Apa yang patut dia jawap kalau Darrel tanya.

"Abang kejap Febrina sakit perut!" Dia melaung kecil. Tudung dibetulkan sedikit. Dia mengambil bedak yang dibawa di dalam beg dan ditepek di wajahnya menutup sembab di mata. Bibirnya diliputi lipstik untuk menutup kemerahan lain.

Febrina menarik dan menghembus nafas. Dia mendekati pintu, kunci dibuka dan pintu dikuak.

Seperti jangkaan. Darrel terpacak di hadapannya "sayang okey?" Kedua-dua pipinya disentuh lembut oleh Darrel. Hampir-hampir membuat tubir matanya dibanjiri air mata tetapi perasaan sedaya upaya dikawal.

"Kenapa mata merah ni?" Ibu jari Darrel lembut mengusap mata Febrina membuat wanita itu memejamkan mata.

"Febrina makan pedas tadi. Tu yang keluar air mata" Mata kembali dibuka, membalas renungan suaminya. Bibirnya mengukir senyuman.

Tapi Darrel tidak sebodoh itu. Dia tahu isterinya menipu dan dia tahu Febrina baru lepas menangis. Cuma dia tak tahu apa punca nya dan dia akan cari punca isterinya menangis.

Darrel tidak membalas apa-apa, dia hanya menarik Febrina ke dalam pelukannya dan tubuh kecil itu didakap erat. Menyalurkan kekuatan pada isterinya.

Febrina membalas pelukkan Darrel. Dia menghela nafas lega. Pelukkan Darrel adalah tempat kegemarannya. Mata ditutup untuk menikmati kehangatan dakapan suaminya. Dia melupakan seketika segala hinaan yang dilontarkan kepadanya tadi.

Rasa lega meruap di dadanya. Febrina tak mampu mengungkapkan apa-apa. Dia hanya diam sambil matanya terkatup rapat. Tubuh Darrel bagai tak mahu lepas. Dia takut kalau dilepaskan Darrel akan disambar orang lain.

Walaupun dia tahu yang dia memang tidak layak untuk Darrel tapi rasa cinta sudah pun membuak-buak. Nak patah balik masa pun dah tak boleh.

"Sayang nak naik bilik?"

Febrina menggeleng kepala "tak lah. Saya ikut abang je la" Ye lah tetamu masih belum balik tapi dia sudah di bilik. Kan tak sopan mendengarnya tu.

Darrel menganggukkan kepala, tangan isterinya dipaut dan mereka berdua melangkah kembali ke ruang tamu. Tetamu masih berbual sesama sendiri. Mama dan papa masih semangat menyambut tetamu.

Febrina mengekori sahaja suaminya ke mana-mana. Darrel juga tidak meninggalkan isterinya sendirian.

"Wait here baby" Febrina menganggukkan kepala. Melihat suaminya yang melangkah tidak jauh darinya. Febrina melihat sekeliling. Tetamu-tetamu yang hadir memang memaparkan aura mereka tersendiri.

"Puteri"

Febrina memandang sumber suara. Envar menundukkan kepala memberi hormat kepada puteri mereka.

Ah bala apa lagi.

"Ni air untuk puteri" Envar menghulurkan segelas air kepada Febrina. Febrina menerima huluran lelaki itu dengan sedikit teragak-agak.

"Saya harap tuan puteri mampu hadap dengan semua cabaran"

Febrina memandang Envar. Wajah lelaki itu kelihatan polos. Tidak seperti sebelum-sebelum ni. Selalunya lelaki itu selalu bengis.

Febrina masih diam. Dia tak tahu mahu menjawab apa. Maknya bukan main merendahkan Febrina tetapi anaknya ini bagi kata-kata semangat pula.

"Jadi puteri Larriance memang bukan mudah tapi saya tahu tuan puteri boleh" Air yang berada di cawan digoncang sedikit sebelum air itu diteguknya.

"Tak semua orang sempurna tapi semua orang boleh usaha" Mata mereka bersua dan Envar mengukir satu garisan senyuman.

Febrina mengukir senyuman kecil "terima kasih"

Envar menganggukkan kepala sebelum dia melangkah pergi. Entah apa hasratnya kemari, Febrina juga tidak pasti. Tak akan datang hanya untuk beri air pada Febrina?

FEBRINA terbangun dari lenanya. Tilam disisi diraba. Kosong.

Febrina membuka mata perlahan-lahan. Figura suaminya tidak berada di sisinya. Febrina mencapai telefon bimbit untuk melihat jam.

3;15 a.m

Febrina berkerut. Ke mana pula suaminya pergi awal pagi macam ni? Febrina duduk seketika. Memberi ruang matanya bekerja sepenuhnya. Febrina menyarung tudung sarung dan dia melangkah keluar dari bilik.

Niatnya mahu ke dapur untuk minum air tetapi ada sesuatu yang membantutkan niatnya.

Pintu yang terbuka sedikit dengan lampu terbuka dan suara beberapa orang di dalamnya membuat Febrina berkerut kehairanan.

Langkah dibawa mendekati pintu berkenaan. Kepala dijengahkan sedikit. Ada raja Aqbari, permaisuri Helen dan suaminya, Darrel.

Kerutan mekin kelihatan. Buat apa pula mereka berkumpul pukul 3 pagi ni. Niat mahu meneruskan langkah tetapi ada sesuatu yang sekali lagi membuat Febrina membatalkan niatnya.

"Darrel tak nak paksa Febrina"

Febrina terkaku apabila namanya dipetik oleh Darrel.

"Jangan macam tu Darrel. Darrel tahu kan yang bakal ratu tu bukannya perkara mudah? Kalau Febrina tak berlatih dari sekarang nanti Febrina akan tertekan" Suara Permaisuri Helen pula kedengaran.

"Mama, Febrina tak tahu tentang protokal kita ma"

Permaisuri Helen mengeluh perlahan "mama tahu sebab tu mama boleh ajar"

"Darrel tak boleh simpan Febrina dekat istana sepanjang masa" Kali ini Raja Aqbari mula mencelah.

"Darrel cuma tak nak Febrina tertekan. Jadi puteri tentu dah cukup buat dia serabut pa. Darrel boleh handle Larriance seorang diri. Please trust me"

Febrina terpana seketika. Tak tahu mahu memberi riaksi apa.

"She is princess from Hence. Cuba you tengok dia dan you bezakan dengan diri you. Jauh bukan? Perempuan macam dia lah yang Darrel perlukan. Bukan perempuan macam you yang semua benda perlu diajar dulu baru boleh buat"

"Fikir lah elok-elok tuan puteri. Kalau you betul sayangkan Darrel you tak akan pentingkan diri you sendiri"

Hatinya pecah seribu. Kehadirannya bukannya memudahkan kerja Darrel tetapi dia bagai beban buat Darrel. Dia tak tahu apa-apa tentang Larriance.

Darrel terpaksa mengurus Larriance seorang diri disebabkan kebodohannya sendiri. Betul kata Puteri Ashana. Febrina selfish. Dia terlalu fikirkan dirinya sendiri.

Air matanya mengalir. Kecewa dengan dirinya sendiri. Sayup dan pilu menghambat hatinya.

Let Darrel go Febrina. Don't be selfish

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now