His Decision

2.8K 75 7
                                    

Plak! Plak! Dua tamparan yang tidak kusangka tiba-tiba mengena pipiku hingga telefon bimbit yang sedang berada di tanganku terpelanting ke bawah meja. Aku mendongak memandang wanita dengan wajah bengis di hadapanku. Siapa dia, keluhku dalam hati.

"Lihat semua, dia ini perempuan yang cuba menggoda anakku hingga anakku menolak gadis pilihanku!" Jarinya menunjuk ke wajahku, malah begitu hampir dengan mataku.

Setelah aku mendengar kata-katanya, kini aku tahu siapa dia. Berpuluh mata kini memandangku. Ada yang menatap hairan, ada yang menatap kasihan dan banyak yang menatap jijik ke arahku.

Kafe berpenghawa dingin tidak lagi terasa kedinginannya. Wap yang keluar dari kopi panas di hadapanku terasa berganda panasnya menerpa kedua belah pipiku.

"Wanita murahan! Kau fikir kau layak untuk anakku? Cermin wajahmu dulu!" Kata-kata itu cukup pedas menghentam gegendang telingaku.

"Katakan, berapa hargamu?" Wanita itu mencampakkan kepingan cek kosong di hadapanku.

"Tulis seberapa yang kau mahu. Setelah itu, berambus dari kehidupan anakku!" Kasar dan begitu angkuh suaranya.

"Sayang sekali, puan orang kaya. Tetapi cuma kaya harta. Puan miskin dalam soal hati dan budi bahasa," aku mengambil cek yang dilemparkannya tadi dan melemparkannya balik ke wajahnya.

"Tatiana Bellina !" Jerit Daniel yang berada di pintu masuk cafe.

"Apa yang kamu lakukan?" dia memeluk ibunya yang kelihatan menangis.

"Tanya ibumu!" Jawabku dengan segala rasa sakit hati. Aku hanya mencintai anaknya, apakah itu salah.

"Dia perempuan murahan Danny. Putuskan hubungan dengannya!"

Aku memandang Daniel. Aku begitu berharap dia akan membelaku, meski hanya sedikit sahaja.

"Putuskan hubungan dengannya, Danny. Kalau kamu masih ingin berhubungan dengannya, jangan pernah kamu menganggapku ibumu!" Lantang sekali suara wanita itu hingga aku merasa telingaku berdesing.

Setelah wanita itu pergi, aku dan Daniel berpandangan. Tetapi satu yang aku tahu, pandangan matanya tidak seperti selalu. Tatapannya padaku saat ini lebih berupa tatapan marah dan kecewa.

" Daniel.." aku cuba menyentuh tangannya. Tetapi dia segera menarik tangannya dan memasukkan kedua tangannya ke dalam saku seluarnya.

"Aku fikir hatiku tidak silap memilihmu, Tatiana. Tetapi ternyata aku silap," katanya.

"Daniel, aku.. ibumu..." aku tidak tahu bagaimana ingin menjelaskannya. Danielpun kelihatan enggan mendengar penjelasanku.

"Aku tidak melihat ibuku melakukan apa-apa kepadamu, Tati. Tetapi mataku melihat apa yang kamu lakukan pada ibuku," katanya. Matanya jelas memancarkan tasa kecewa terhadapku.

"Aku tidak tahu apa yang harus kulakukan, Tati," dia terduduk dengan kedua tangan menongkat kepalanya.

"Keputusan ada di tanganmu, Daniel," aku mengelus belakangnya agar dia tenang. Dan apa yang kulakukan berhasil. Daniel kelihatan lebih tenang berbanding tadi.

"Kita pulang ke apartment, Daniel," pujukku. Di luar dugaanku, dia tidak membantah sama sekali. Dia memandu tanpa berkata sepatahpun.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Rasa pedih perlahan-lahan menyusup ke dalam hatiku. Aku tahu hubungan kami mungkin tidak akan menghala ke mana-mana. Acara minum petang yang aku rencanakan juga sudah musnah.

"Kenapa Tati?" akhirnya Daniel bertanya. Mungkin dia sedar kegelisahanku.

"Tidak ada apa-apa, Daniel," jawabku. Ada sesuatu yang ingin kukatakan kepadanya di acara minum petang kami. Sesuatu yang penting tentang hubungan kami. Tetapi, setelah apa yang dikatakan ibunya, mungkin aku tidak akan pernah mengatakannya pada Daniel sampai bila-bila.

Sampai di apartment, Daniel masih bersikap acuh tak acuh kepadaku. Aku ingin segera membersihkan tubuh agar aku boleh berehat. Tetapi belum sempat aku masuk ke bilik, Daniel memanggilku.

"Duduk di sini, Tati," katanya menepuk sofa di sebelahnya. Aku cuma menurut. Dia menarikku dan memelukku erat. Mulanya aku tidak faham kenapa dia tiba-tiba memelukku.

"I love you, Tati. But I'm really sorry, " katanya lembut.

"Katakan apa yang harus kulakukan saat ini? Apa yang harus kukatakan padamu, Tati?" dia berkata perlahan dengan aku yang masih berada di dalam pelukannya.

" Kamu mahu aku pergi?" tanyaku lembut. Tetapi sesungguhnya aku takut mendengar jawapannya.

"Aku tidak tahu," jawabnya pantas. Sakit rasanya mendengar jawapannya. Dia tidak memintaku terus bersamanya, maknanya cintanya padaku belum cukup kuat.

"Jangan katakan I love you," kataku sambil menolak lembut tubuhnya.

"Tatiana," katanya. Aku cuba tersenyum.

"Kalau kamu mengatakan I love you, kakiku tidak akan dapat melangkah pergi," kataku.

"Apa yang harus kukatakan, Tati?" tanyanya lagi.

"Kamu mahu aku pergi?" Aku menatap matanya. Dia tidak menjawab. Tetapi dari kebisuannya, aku tahu dia telah memilih ibunya.

"Katakan I hate you. Supaya aku boleh pergi dari sini tanpa rasa berat hati," kataku.

"Tatiana Bellina," dia menarikku ke dalam pelukannya lagi. Pelukannya begitu erat. Aku dapat merasakan mungkin ini pelukan terakhirnya.

"I hate you, Tatiana Bellina," bisiknya tepat di telingaku.

"Thank you. I hate you too," balasku. Air mata yang ingin jatuh aku tahan. Dia tidak boleh melihatku menangis, demi kebahagiaannya di kemudian hati.

Tika dia meleraikan pelukan kami, aku menarik tangan kanannya dan meletakkannya di atas perutku.

"Kenapa, Tati?" Dia bertanya dengan hairan.

"Untuk merestui makananmu yang sudah masuk ke dalam sini," kataku tertawa kecil. Dia hanya mengangguk.

"Aku tidak lagi mahu masuk ke bilik tidur kita," kataku kepadanya.

"Tolong kemaskan barang-barangku dan minta Janet dan suaminya ke sini mengambilnya," pesanku. Daniel hanya mengangguk.

Petang itu aku pergi dari apartment Daniel. Sedih? Bohong jika aku katakan aku tidak sedih. Hari-hari indahku bersamanya sudah berakhir bersama dengan langkah pertamaku keluar meninggalkan apartmentnya.

Hai readers. Ini cerita baru yang mungkin akan cukup ringkas.

Vote dan komen, ya. Selamat membaca.

To be continued...

Just Three Words ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang