My Baby?

1.2K 47 10
                                    

"Demi cinta, takkan pernah kututup pintu hati untukmu,"

Darycel asyik menangis sepanjang malam. Badannya panas meski sudah diberi makan ubat. Kain basah juga sudah kuletakkan pada dahinya.

Mendengar Darycel menangis, Darvyn juga turut nenangis. Aku jadi bertambah bingung. Mana satu yang akan kupangku di saat dua-dua menangis.

Akhirnya aku memutuskan menidurkan Darvyn di dalam buaian. Setelah Darvyn tidur, barulah aku dapat memberi perhatian pada Darycel.

Menjelang tengah malam, suhu badan Darycel semakin tinggi hingga mencecah 39 darjah celcius. Aku bertambah cemas apabila Darycel muntah beberapa kali diikuti tubuhnya yang kelihatan pucat.

Subuh itu aku membawa Darycel ke hospital terdekat dengan bantuan Lela dan suaminya. Kedua tanganku yang memangkunya terasa menggeletar. Air mataku menitis melihat bibirnya yang mula kebiruan.

"Oh, God! Please, save my child!" aku berdoa sambil terisak. Lela yang memangku Darvyn hanya mampu meniupkan kata-kata semangat agar aku kuat dan bersabar.

"Anak puan kena demam panas. Suhu badannya yang tinggi menyebabkan dia muntah. Dia sekarang mengalami dehidrasi dan terpaksa ditambah air," jelas doktor yang merawat  Darycel.

"Nasib baik puan cepat membawanya ke hospital. Buat masa ni keadaannya stabil. Tapi tetap terpaksa dimasukkan ke wad untuk beberapa hari," tambah doktor tersebut. Aku mengangguk.

Setelah Darycel terlelap, aku keluar dari wad dan menghampiri Darvyn yang asyik menangis dalam gendongan Lela.

" Bagaimana Darycel? "

" Dia sudah okey. Tambah air dan perlu masuk wad, " jawabku. Aku mengambil Darvyn dari gendongannya dan menyusui Darvyn. Bayi-bayiku memang menolak susu formula.

"Jadi, nanti Darvyn macam mana?" aku hampir terlupa soal Darvyn.

"Pulang dengan kami saja," cadang Lela. Suaminya juga bersetuju.

"Untuk dua tiga hari, kami tak ada masalah menjaganya," kata Darwin.

Kutatap Darvyn yang menghisap susuku dengan lahap. Dia pasti terlalu lapar.

"Dia menyusu susu badan, La," jawabku sambil mengelus rambut Darvyn. Dia baru tiga bulan, masih terlalu kecil untuk kubiarkan tinggal dengan Lela meski hanya untuk beberapa hari sahaja.

"Jadi, macam mana, Tati? Takkan kau nak bawa Darvyn bermalam di wad juga?"

"Mungkin boleh. Nanti aku tanyakan pada pihak hospital," kataku.

"Macam ni daha, Tatiana. Darvyn kami bawa balik. Kalau masa dia nak menyusu, kami akan bawa dia kemari," cadang Lela akhirnya. Aku berfikir sejenak. Idea yang boleh diterima. Tetapi mungkin akan menyita masa mereka berdua.

" Tidak menyusahkan kau berdua nanti? " tanyaku.

" Itu gunanya kawan," pantas sahaja Lela dan Darwin menyahut hampir serentak.

💕💕💕

Daniel Stephen's POV

Aku merasakan perutku memulas. Beberapa kali aku muntah di bilik air. Mungkin perutku masuk angin akibat aku lambat makan siang tadi.

"Nah, makan ni," Alex menghulurkan sebungkus Gaviscon kepadaku.

Aku baring berharap rasa memulas di perutku akan segera hilang. Namun baru sahaja aku berbaring, perutku memulas lagi. Aku segera berlari ke bilik air dan memuntahkan air yang baru saja kuminum sebentar tadi.

"Hei, kau nampak pucat, bro. Jom, aku hantar kau pergi hospital," Alex sudah mencapai kunci kereta. Melihat aku masih tidak berganjak, Alex bersuara lagi.

"Ingat, bro. Kita ke sini untuk mencari isteri dan anak-anak kau. Kalau kau masih sakit esok, batal rencana kita," katanya.

Akhirnya aku mengalah. Kucapai baju T dari almari dan kusarungkan ke tubuhku.

Aku dan Alex sedang menunggu namaku dipanggil. Bersebelahan denganku duduk seorang lelaki memangku seorang bayi lelaki.

Lama kuperhatikan bayi lelaki itu. Kulitnya putih dengan bibir kemerahan. Dia sedang tidur dengan lena dalam pangkuan ayahnya.

"Berapa bulan?" tanyaku ingin tahu. Lelaki itu menoleh ke arahku. Dia tersenyum.

"Mungkin tiga bulan," jawabnya. Mungkin tiga bulan, aku geli hati mendengar jawapannya. Bagaimana dia tidak pasti dengan umur bayinya sendiri.

Aku mengamati wajah lelaki itu. Langsung tidak mirip dengan wajah bayinya. Mungkin bayi itu mirip ibunya, kataku dalam hati.

Entah mengapa, aku bagaikan tidak dapat mengalihkan pandanganku dari bayi itu. Wajahnya mengingatkan aku akan seseorang. Tetapi siapa.

Aku cuba mengingat lagi. Hingga dup! Fikiranku teringat sesuatu. Wajah itu sama dengan wajah pada gambar dalam album di rumah ibuku. Ya, wajah bayi itu mirip wajahku ketika kecil.

Aku menghantar pesanan WhatsApp pada Alex dan menyiku lengannya agar dia membaca pesanan yang ku hantar.

"Lex, cuba kau lihat bayi di sebelahku ini. Percaya tidak kalau ku katakan wajahnya mirip wajahku ketika masih bayi."

Diam-diam Alex menoleh ke arah bayi itu. Aku dapat melihat wajah terkejutnya yang cuba disembunyikannya.

"Benar, Danny. Dia mirip sekali dengan wajah kau ketika masih bayi. Mirip sangat dengan gambar yang ibu kau gantung di ruang tamu rumah kau," Alex membalas pesananku.

"Jangan-jangan dia anakmu, Dan, " Alex kembali menghantar pesanan kepadaku.

"Tapi ayahnya lain, Lex," aku membalas pesanan Alex.

"Mungkin Tatiana sudah kahwin baru, Dan," balasan Alex membuat aku cemas. Tapi tak mungkin Tatiana berpaling begitu cepat, kataku memujuk diri.

Hampir lima minit aku dan Alex saling berbalas chat. Hinggalah pintu bilik kecemasan di hadapan kami terbuka.

Dua orang wanita yang sangat kukenal keluar dari pintu itu. Keduanya sedang sibuk membicarakan sesuatu hingga tidak memandang ke arah kami.

Tanpa menunggu, aku bangun dan mendekat kepada dua orang wanita itu.

"Tatiana," aku memanggil namanya. Dia menoleh begitu juga Lela.

"Danniel?" mulut Lela ternganga kerana terlalu terkejut dengan kemunculanku.

"  Tatiana...," air matanya menitis melihatku. Kukira dia akan menjauh, namun...

"Daniel.." dia melontarkan tubuh kurusnya ke dalam pelukanku. Tatiana menangis terisak. Aku memeluk tubuhnya yang bergetar.

" Aku merindukanmu dan anak-anak kita," bisikku di telinganya.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc......

Just Three Words ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang