I'm Yours Forever

1.3K 39 8
                                    

"Aku akan menjadi pendampingmu hingga ke denyut terakhir nafasku"

Aku sudah berulang kali mengatakan pada Daniel bahawa aku tidak mahu mengadakan majlis resepsi. Bagiku semua itu tidak penting lagi saat ini memandangkan saat kami sudahpun dikurniakan dua orang anak. Bagiku, hidup sederhana dengan Daniel dan anak kembar kami sudah memadai.

Namun bagi Daniel, majlis resepsi itu sangat penting sebagai satu cara untuknya memperkenalkan aku kepada seluruh keluarga besarnya. Dia mahu keluarga dan rakan-rakannya tahu bahawa akulah wanita yang sudah berjaya mencuri dan memiliki hatinya.

 Dia mahu keluarga dan rakan-rakannya tahu bahawa akulah wanita yang sudah berjaya mencuri dan memiliki hatinya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Malam ini Daniel membuat aku melayang pada impian masa laluku. Impian untuk menjadi pengantin wanita yang cantik dengan memakai gaun kembang yang cantik ala seorang puteri.

Aku menatap pantulan diriku pada cermin di hadapanku. Hampir aku tidak percaya melihat penampilanku.

"Kamu terlihat sangat cantik, sayangku. Wanita tercantik yang hadir dalam hidupku," Daniel kini berada di belakangku dan memeluk erat pinggangku dengan kedua tangannya. Bibirnya mengecup lembut leherku. Tiada hisapan penuh nafsu melainkan belaian lembut yang penuh cinta.

" Aku sangat mencintaimu, Tatiana Bellina. Aku mahu hanya kamu satu-satunya wanita yang menjadi pendamping hidupku. Berjanjilah bahawa hanya aku juga lelaki yang akan menjadi pendamping hidupmu hingga kita berdua tua nanti," ucap Daniel.

"Aku berjanji, Daniel. Aku berjanji bahawa hanya kamu yang akan menjadi pendamping hidupku hingga kita berdua tua nanti," aku memutar tubuh hingga kini kami saling berhadapan.

Daniel sudah memiliki, sudah melihat dan menyentuh setiap inci tubuhku. Namun mengapa aku masih merasa dag dig dug setiap kali tubuhku menempel pada tubuhnya dengan pandangan yang saling bertaut begini.

"Pipimu masih selalu blushing, Tatiana. Jantungmu masih selalu berdebar kencang setiap kali aku menyentuh kulitmu. Tahu apa maksudnya?" Daniel bertanya. Tangannya mengelus punggungku.

Aku menggeleng perlahan. Daniel menatap lembut ke mataku dan bibirnya kini berada di atas bibirku, mengecup dan mengulum dengan lembut. Namun mampu membuatku mengerang lembut.

" Itu tandanya kamu masih Tatianaku yang dulu. Yang selalu mencintaiku, menerimaku dengan hati terbuka. Kamu masih Tatianaku, gadis pertama yang ku peluk, gadis pertama yang ku cumbui," ucap Daniel membuatku bertambah malu.

"Aku sangat mencintaimu, Daniel. Sangat mencintaimu," aku menjengketkan kaki agar aku boleh mencapai bibirnya. Daniel tersenyum melihat tingkahku.

"Kamu hanya perlu mengatakannya, sayang. Dan aku akan memberikannya. Aku akan memberikan apa sahaja yang kamu mahu," dia sengaja mengusikku.

Just Three Words ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang