You're Not By My Side

1.1K 49 1
                                    

"I 'm lonely. I miss you so much. Come home, darling, come home to me and our twins. I won' t be able to live without you" - Tatiana Bellina

Perutku benar-benar rasa sakit. Air mataku mengalir tanpa dapat kutahan. Aku menangis terisak. Matthew memandangku dengan wajah kasihan. Aku melihat dia beberapa kali mendail nombor pada telefon bimbitnya. Dia kelihatan begitu risau.

"Maaf, Tati. Aku tidak dapat menghubungi Daniel," katanya saat kembali ke sisi katilku. Aku mengangguk. Jujur, hatiku terasa pedih. Aku tahu sesuatu telah dirancang oleh keluarga Daniel untuk memisahkan kami.

"Tidak mengapa, Matt. Kalau kamu mahu pulang, pulang saja," kataku padanya. Matthew menatapku dalam. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam saku seluar jeans yang dipakainya.

"Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian, Tatiana," dia bersuara tegas.

"Aku sudah berada di hospital, Matt. Ada doktor dan jururawat di sini. Aku akan okey," kataku. Sebenarnya aku merasa tidak selesa dia ada di sampingku kerana ini baru pertama kalinya aku bertemu dengannya.

"Aku akan berada di sini, Tatiana, sehingga kamu selamat melahirkan," katanya. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ternyata dia lelaki keras kepala, sama seperti Daniel.

"Aww.. sakit," aku mengerang menahan rasa sakit saat kontraksi datang. Tanpa sedar, aku mencengkam tangannya. Matthew kelihatan terkejut, tetapi dia tidak membantah, hanya membiarkan cengkamanki pada tangannya.

"Maaf," kataku. Kontraksi hilang dan aku melepaskan tangannya. Aku melihat ada kesan merah pada tangannya akibat cengkamanku sebentar tadi.

"Jangan risaukan aku, Tatiana. Kamu berehatlah. Tenangkan fikiranmu," dia mengelus tanganku. Aku memandangnya. Pelik rasanya. Dia bukan sesiapa, hanya sahabat suamiku. Tetapi dia begitu baik padaku, menenangkanku saat aku memerlukan.

Perhatiannya mengingatkan aku pada Daniel dan ibunya. Seharusnya saat ini mereka yang ada bersamaku kerana aku akan melahirkan penerus keluarga mereka. Tetapi lihatlah apa yang mereka lakukan kepadaku. Mereka membiarkan aku bertarung sendirian.

"Jangan menangis, Tatiana," Matthew menyeka air mataku yang merembes keluar.

"Maaf, encik. Kami akan membawa isteri encik ke bilik bersalin untuk memeriksa bukaan pintu rahimnya," suara jururawat mengejutkan kami.

"Ya, silakan, nurse," Matthew memundurkan tubuhnya.

"Kalian akan baik-baik saja, Tatiana. Jangan risau. Aku akan menunggu di luar," katanya.

💕💕💕

"Bukaan sudah sepuluh sentimeter. Sudah waktunya untuk melahirkan," jururawat itu senyum memandangku. Kemudian dia meninggalkanku dan tiga minit kemudian dia kembali dengan Matthew menyusul di belakangnya.

"Oh, my god! No! " Aku menjerit dalam hati. Dadaku berombak kencang.

" Saya minta suami puan menemani puan sehingga selesai proses persalinan," ucapnya membetulkan selimut yang menutupi sebahagian tubuhku.

"Matthew, tidak perlu..." tetapi jururawat pantas memotong apa yang bakal aku katakan.

"Biar suami puan tahu betapa sukarnya puan melahirkan zuriatnya. Biar dia lebih menghargai puan," katanya lembut.

Just Three Words ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang