You're The Only One

1.2K 46 0
                                    

Kebelakangan ini kulihat Daniel sering termenung setiap kali pulang dari tempat kerjanya. Meski dia sering cuba tersenyum di hadapanku, kutahu jauh di sudut hatinya dia sengsara. Daniel lelaki yang biasa menjadi bos di syarikat milik keluarganya. Kini Daniel terpaksa membanting tulang bekerja sebagai buruh binaan.

"Daniel..," aku menghampirinya yang sedang berbaring di sofa.

"Hmmm..." Matanya terus mengarah pada rancangan Maharaja Lawak Mega yang ditayangkan di televisyen.
Aku duduk bersimpuh, hampir di hujung kakinya. Kusentuh tapak kakinya yang kelihatan kasar. Terdapat sedikit kesan simen beku yang tertinggal pada celah kukunya meski dia sudah mandi sepulang dari tempat kerja.

"Aku tidak akan menghalang jika kau ingin mengalah, Daniel," kataku menahan rasa sebak di dada. Aku mencintainya, tetapi demi kebahagiaannya, apapun sanggup kulakukan.

"Apa maksudmu, Tati?" Daniel bangun dan menatapku dalam.

"Jika kita berpisah dan kamu pulang ke rumah ibumu, aku rela," kataku. Mungkin ini yang terbaik. Aku mencintai Daniel. Sungguh, cintaku kepadanya terlalu dalam. Aku hanya mahu dia hidup bahagia meski aku harus melepaskannya.

"Aku yang tidak rela, Tatiana. Hanya seketika pernah berpisah denganmu, rasanya aku tidak berdaya untuk hidup. Saat ini, setelah aku memilikimu, aku tidak akan melepaskanmu, Tatiana. Aku mohon, bertahan demi kita, biar apapun yang terjadi," Daniel memandang perutku yang sudah kelihatan begitu besar.

" Anak-anak di dalam ini perlukan kedua orang tuanya, Tati. " Tangan Daniel menyentuh perutku. Dan sedetik kemudian dia tertawa kecil ketika jemarinya merasakan tendangan dari dalam perutku.

"Lihat, sayang. Mereka sudah dapat merasakan sentuhan daddy mereka," mata Daniel berbinar tika dia mengucapkan kata-katanya. Begitu ketara kebahagiaan yang terpancar pada wajahnya.

"I love you, Tatiana. I really love you, so much. Jangan pernah lagi ucapkan kata-kata itu, Tatiana. Kita sudah sah menikah dan tidak lama lagi buah hati kita akan lahir. Aku akan berusaha membahagiakanmu dan anak kita," Daniel menarik tanganku dan memintaku duduk di sampingnya.

Aku duduk menempelkan pipi pada bahunya. Kutarik tangannya dan kuraba telapak tangannya yang terasa kasar.

" Apa kebahagiaanmu? " tanyaku.

" Aku bahagia dengan melihatmu ada di sampingku, Tatiana. Aku bahagia kerana akhirnya aku memilikimu dan kamu menerimaku. Aku bahagia kerana setiap hari aku membayangkan akan lahir buah cinta kita," Daniel mengusap pipiku.

" Dan kebahagiaanku yang paling besar adalah pada saat doktor mengatakan ada dua detak jantung di dalam rahimmu. Aku begitu bahagia bila tahu ada dua anakku yang sedang bernafas di dalam rahim wanita bergelar isteri yang aku cintai pada setiap detik nafasku, " Daniel memandang mataku sedangkan tangannya masih berada di atas perutku. Masih merasakan tendangan si kembar di dalam sana yang kian aktif setiap kali merasa sentuhan sang ayah.

"Dan kamu, apa kebahagiaanmu, Tati?" Daniel menyoalku.

"Kebahagiaanku adalah jika aku melihatmu tidak sengsara, Daniel," jawabku. Memang itu kenyataannya. Aku tahu hidup Daniel sengsara keranaku, dan itu membunuh rasa bahagiaku.

"Kamu bahagia, Tatiana?" Daniel kembali bertanya. Aku mengangguk perlahan, meski hakikatnya setiap hari hatiku pedih melihatnya terpaksa bekerja keras demi aku dan bayi kami.

"Sudah pasti isteriku bahagia, kerana sampai detik ini aku tidak merasakan hidupku sengsara," dia mengusikku. Aku memukul lembut pahanya.

"Suatu hari nanti, hidup kita akan berubah, sayang. Aku akan berusaha mengumpul wang agar aku dapat memulakan perniagaan," dia berjanji.

"Demi kamu. Demi mereka," Daniel menunduk dan mencium perutku.

"Janji padaku, Tatiana. Jangan pernah memintaku pergi. Jangan pernah meminta untuk pergi. Kerana hanya kamu yang aku mahu, Tatiana. Only you. You're the only one in my heart," bisiknya sambil kedua tangannya memelukku erat.

♥️♥️♥️♥️♥️

Empat bulan sudah berlalu sejak aku dan Daniel berpindah ke daerah kecil ini. Sudah empat bulan juga Daniel bekerja sebagai seorang buruh binaan. Tidak mudah untuk mencari pekerjaan di daerah kecil ini.

"Tidur, sayang. Jangan banyak berfikir. Urusan makan minum kita, biar aku yang fikirkan. Kamu hanya perlu berehat, Tatiana. Waktu melahirkan sudah semakin hampir. Kamu perlu sihat, perlu tenaga yang cukup untuk melahirkan anak-anak kita," Daniel memeluk tubuhku yang sedari tadi pusing kiri dan pusing kanan.

Semakin dekat hari melahirkan, fikiranku semakin tidak tenang. Kerap kali aku memikirkan hubungan Daniel dan ibunya. Daniel meninggalkan ibunya kerana cintanya terhadapku. Bagaimana nanti jika anakku meninggalkanku demi mengejar cintanya juga?

"Daniel, demi aku dan bayi kita, aku mohon.. kembalilah pada ibumu. Meski sekadar untuk memohon secebis maaf," pintaku. Daniel pantas menggelengkan kepalanya.

"Tidak, Tatiana. Sekali aku kembali padanya, dia tidak akan membiarkan aku kembali padamu. Kamu mahu?" Kali ini giliranku yang menggelengkan kepala. Daniel tersenyum. Andai saja aku mampu melakukan sesuatu yang dapat melembutkan hati ibu Daniel agar dapat menerimaku sebagai menantunya. Tetapi siapa aku. Anak yatim piatu yang tidak punya apa-apa.

"Hanya kita, Tati. Tanpa mereka. Kita pasti dapat mengharunginya. Yakin padaku," katanya sebelum memejamkan mata dan belayar memasuki alam mimpi.

Aku bangun dan berganjak menuju ke jendela. Daun jendela kukuak lebar-lebar hingga membolehkan aku menjengukkan kepala ke luar.

Di langit kelihatan ribuan bintang. Dua dari bintang-bintang itu kelihatan begitu cerah berbanding yang lain. Aku tersenyum memandangnya dan sempat kupanjatkan doa semoga semoga  rumahtanggaku dan Daniel sentiasa bersinar seperti bintang-bintang itu.


Thank you for reading this part.
Vote and leave your comment.
Tbc...

Just Three Words ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang