Goodbye, Love

1.2K 51 5
                                    

" Kita berhak menemui cinta dan kebahagiaan masing-masing. Aku mengundur diri demi kebahagiaanmu dan demi kebahagiaanku," Tatiana Bellina

Sudah tiga bulan aku tinggal di rumah besar ini. Kedua anak kembarku kini sudah mulai pandai merangkak. Seharusnya aku kini merasa bahagia kerana dapat kembali bersatu dengan suamiku. Namun mengapa hatiku tidak bahagia. Setiap saat aku merasa kecewa, jijik dan terluka.

Daniel tidak pernah tahu betapa aku jijik melayaninya di atas tempat tidur yang dulunya pernah dikongsinya dengan Liana. Lelaki itu tidak pernah tahu bahawa di setiap sudut rumah itu aku seolah dapat melihat bayangnya bermesra dengan Liana.

Aku berjalan memasuki bilik tidur ibu Daniel. Wanita itu tersenyum sebaik dia melihatku. Dia meletakkan majalah yang ada di tangannya.

"Bagaimana keadaan mama hari ini?" sapaku.

"Mama rasa semakin sihat, Tatiana. Ini semua kerana ketekunan kamu yang tidak jemu merawat mama," katanya. Aku cuma tersenyum tawar.

Sejak seminggu yang lalu keadaan wanita itu sudah semakin pulih. Dia sudah mampu berbicara seperti biasa. Dia juga sudah mampu berjalan meski masih perlu menggunakan tongkat.

" Baguslah, ma, "kataku. Jika dia sudah semakin sihat, maka tugasku di sini sudah hampir selesai. Daniel membawaku ke rumah ini untuk membantunya mengurus ibunya. Kini ibunya sudah pulih dan mampu nengurus dirinya sendiri.

" Maafkan semua kesalahan mama, Tatiana. Menikahlah kembali dengan Danny, " ucapnya. Aku menatapnya sambil memicit lengannya.

" Tati sudah lama memaafkan mama. Tapi untuk menikah semula dengan Daniel, nantilah, ma. Mungkin lain kali," balasku.

Ibu Daniel merenungku lama. Ada riak penyesalan tergambar pada wajah tua tu.

" Mama benar-benar minta maaf, Tatiana. Mama silap telah memilih Liana untuk Danny, "ucap wanita itu.

" Perkara sudah terjadi, ma, " hanya itu yang mampu ku ucapkan.

Aku harus menerima hakikat bahawa aku bukan satu-satunya wanita yang pernah Daniel nikahi. Aku bukan satu-satunya wanita yang pernah menjadi isterinya.

💕💕💕

Aku memerhati wajah kedua anakku. Darvyn dan Darycel kelihatan semakin montel dan comel. Pipi mereka bertambah tembam.

Beberapa titis air mata terasa mengalir melewati pipiku. Memang berat untuk aku berpisah dengan Darvyn dan Darycel, namun ini yang terbaik. Mereka berdua sudah berada di tempat yang terbaik bersama ayah mereka. Aku pasti mereka akan mendapat kasih sayang yang melimpah daripada ayah mereka.

"Daddy pasti akan menyayangi kamu berdua. Mummy minta maaf... mummy terpaksa pergi dari rumah ini," aku mencium pipi anak-anakku yang sedang tertidur pulas.

Kaki dan hati sama-sama terasa berat untuk melangkah. Tetapi aku tetap harus pergi. Hatiku sudah terlanjur luka kerana Daniel.

Ternyata dia membawaku pulang hanya demi anak-anaknya dan ibunya. Perasaanku? Semuanya harus kupendam sendiri. Setiap kali aku meluahkan perasaanku, Daniel akan membentakku, memintaku menurut, memintaku jangan membantah kehendaknya.

"Jangan menambah kusut fikiranku, Tatiana," begitu yang sering diucapkan Daniel.

"Kita sudah bersama kembali. Apa lagi yang kamu mahukan? Apa lagi yang kamu tak puas hati. Katakan, Tatiana!" Dan aku akhirnya memutuskan untuk diam.

"Sudah dua bulan, Tatiana. Dua bulan kamu enggan ku sentuh. Period konon. Kau fikir aku bodoh!"

Aku hanya pasrah menerima bentakannya. Daniel tidak pernah percaya bahawa aku mengalami keluar darah sepanjang dua bulan terakhir ini. Dia hanya menuduhku mengatakan period sebagai alasan aku tidak mahu melayani keperluan batinnya.

Aku mencapai beg kecil yang telah ku isi dengan beberapa helai pakaianku. Hanya ini yang akan ku bawa pulang ke apartmentku.

Untuk Daniel, telah ku tinggalkan sepucuk surat kepadanya, memintanya agar menjaga Darvyn dan Darycel dengan sebaiknya. Ku minta dia melepaskan aku dengan rela, agar dia tidak pernah lagi menemuiku dan jangan pernah memintaku kembali untuk ketiga kalinya.

Kita berdua berhak bahagia, Daniel. Dan kebahagiaanmu bukan bersamaku. Aku bukan wanita mulia yang sanggup menemanimu tidurmu di atas tempat tidur yang dulu kamu tempati bersama isterimu Liana.

Jangan tuduh aku sebagai wanita ego, kerana selama ini aku sudah merendahkan harga diriku untuk sebuah cinta. Sudah saatnya aku melepaskan Daniel, demi masa depannya, demi kebahagiaannya. Aku bukan wanita sempurna yang layak mendampingi hidupnya hingga ke hujung usia.

Aku melepaskan cintaku untuknya agar suatu hari nanti dia akan bertemu dengan cintanya yang baru. Aku pasti, suatu hari nanti Daniel akan menemui cintanya yang baru dan begitu juga aku.

Surat yang sudah hampir seminggu aku siapkan untuk Daniel aku letakkan di atas tempat tidur. Nanti ketika dia pulang, tentu dia akan segera menemuinya.

"Mummy pergi, sayang," pesanku pada si kembar. Suatu hari nanti, ku harap mereka mengerti mengapa aku tidak membawa mereka bersama. Aku hanya wanita yang hidup sebatang kara tanpa saudara. Aku tidak dapat menjanjikan kebahagiaan untuk mereka. Tempat mereka di sini, bersama Daniel dengan segala kemudahan dan kesenangan.

"Tolong jaga Darycel dan Darvyn," pesanku pada Bi Yan, pembantu warga Indonesia yang bekerja di rumah Daniel. Bi Yan mengangguk sambil menatapku dengan curiga.

💕💕💕

Aku menghempaskan tubuh di atas tilam. Berbulan aku meninggalkan tempat tidur ini. Tempat tidur yang menjadi saksi penyerahanku pertama kali untuk Daniel. Tilam ini menjadi saksi hilangnya perawanku, kegadisan yang kuserahkan sebagai bukti cintaku pada Daniel.

"Aku berjanji akan bertanggungjawab, Tatiana. Please," rayuan Daniel pada malam itu terngiang di gegendang telingaku. Seolah masih terasa tangan gementarnya menanggalkan pakaianku satu persatu.

Aku menggelengkan kepala, berusaha mengusir kenangan itu. Saat aku menggerakkan sedikit tubuhku, aku merasa ada sesuatu meluncur dengan deras di celah pahaku diikuti rasa nyeri pada ari-ariku.

"Aduh...," aku meringis sambil menekan perut yang terlalu nyeri. Aku melihat di antara kakiku. Alas tilam sudah dibasahi cecair berwarna merah. Bleeding, aku berkata pada diriku sendiri. Aku berusaha bangun untuk meraih telefon bimbitku.

Dengan tangan terketar-ketar dan pandangan yang mula berpinar, aku menekan nombor pada telefon bimbitku. Aku menarik nafas lega setelah panggilanku dijawab oleh seseorang.

"Hello, ambil saya di tempat tadi. Saya harus ke hospital," kataku kepada pemandu grab yang tadi menghantarku ke apartment.

"Tatiana...," sahut suara di hujung sana. Itu suara Daniel. Aku melihat skrin telefon bimbitku. Benar, bukan grab yang ku hubungi, tetapi Daniel.

Aku semakin panik kerana pad yang kupakai tidak mampu menghalang darah yang keluar dengan deras. Tiga lapis pad ku pakai, tetapi tetap juga tembus.

" Tatiana.. kamu kenapa? Kamu di mana?" suara Daniel kedengaran cemas. Benarkah dia mencemaskan keadaanku? Saat ini aku tidak sempat untuk memikirkan semua itu.

"Tatiana?"

"Aku di apartmentku, Daniel. Aku bleeding," hanya itu yang mampu ku katakan sebelum aku terkulai tidak sedarkan diri.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc....




Just Three Words ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang