I'll Take You Back

1.2K 52 5
                                    

Daniel Stephen's POV

"Kau hanya milikku yang takkan pernah kulepaskan. Berlarilah sejauh manapun, aku pasti membawamu kembali ke dalam pelukanku"

Dapat memeluk Tatiana kembali merupakan detik terindah dalam hidupku sejak beberapa bulan ini. Tubuhnya benar-benar terasa kecil dan kurus dalam pelukanku.

"Berbulan aku mencarimu dan si kembar, Tati."

"Kamu mencari kami?" dia menatapku seolah-olah tidak percaya dengan penjelasanku.

"Kerana itu aku sampai di bandar ini, sayang," jelasku.

Tatiana terisak. Tubuhnya bergetar menahan tangis mendengar penjelasanku.

"Jangan menangis lagi, sayang. Kita sudah berkumpul kembali. Keluarga kita sudah bersatu, kamu aku dan anak-anak kita. Kita tidak akan berpisah lagi," aku memeluknya.

"Ini mesti sangat sakit," Tatiana menyentuh sudut bibirku yang pecah. Darwin sempat melayangkan satu tumbukan ke wajahku saat Tatiana memperkenalkan aku sebagai bekas suaminya.

"Kau lelaki dayus. Kau menceraikan Tatiana setelah kau membuatnya mengandung," kata-kata  Darwin masih terngiang dalam kepalaku.

"Sakit?" Tatiana ulang bertanya. Dia menekan-nekan luka di bibirku dengan hujung jarinya.

Aku cuba tersenyum meski sebenarnya sudut bibirku memang terasa pedih. Namun tak mungkin lebih pedih daripada perjuangan Tatiana melahirkan dan membesarkan anak-anak kami seorang diri.

"Pedih sedikit sahaja," kataku kembali memeluknya.

Alangkah bahagia dapat bersama isteriku kembali. Ya, meski secara sivil dia bukan lagi isteriku, namun bagiku dia tetap seorang isteri kerana aku tidak pernah ikhlas menceraikannya.

"Anak-anak kita sangat comel, Tatiana. Kamu bertuah dapat bersama mereka selama ini. Sedangkan aku....." pandanganku jatuh pada Darvyn yang tidur nyenyak di atas katil bersebelahan katil abangnya.

Kemudian pandanganku beralih pada Darycel yang terbaring dengan jarum masih di punggung tangan kecilnya. Matanya terbuka memandang kepadaku.

" Hai, anak daddy," aku mengelus pipi tembamnya. Keadaannya jauh lebih baik berbanding semalam. Suhu badannya sudah kembali normal.

"Terima kasih, Daniel. Kamu sudah memindahkan Darycel ke hospital yang terbaik," ucap Tatiana.

"Mereka anak-anakku, sayang. Apa guna wang yang kupunya jika tidak digunakan untuk keselesaan keluargaku, hmm?" aku memicit hujung hidungnya. Tatiana terlihat malu dan dia menepis tanganku.

Kelmarin, saat mendapat tahu tentang keadaan Darycel, aku meminta agar dia dipindahkan ke sebuah hospital swasta yang terbaik di bandar ini. Akhirnya di sinilah kami berada, di dalam sebuah wad VVIP. Aku mengambil keputusan untuk menemani Tatiana menjaga Darycel di sini. Darvyn yang menyusu susu badan juga dibenarkan menginap di bilik ini.

"Setelah Darycel dibenarkan pulang, kamu dan anak-anak akan ikut pulang bersamaku," kataku. Aku memang tidak akan membiarkan Tatiana dan anak-anakku berpisah lagi dariku setelah ini.

"Biarkan kami di sini saja, Daniel. Bila-bila masa kamu boleh bertemu anak-anak," sahut Tatiana. Dia mengucapkan kata-katanya tanpa mahu memandangku. Apakah dia belum memaafkanku?

"Aku tidak mahu bertemu mereka hanya sekali-sekala, Tatiana. Aku mahu mereka ada bersamaku setiap hari, setiap masa," kataku. Tatiana kini memandangku. Ada kesedihan dalam matanya.

"Tolong, Daniel. Jangan ambil mereka dariku. Aku takkan sanggup berpisah dengan mereka. Lagipun, mereka menyusu susu badan, Daniel," sakit rasanya mendengar kata-kata yang keluar dari sepasang bibirnya. Nampak gayanya, beberapa bulan hidup terpisah dariku, ternyata isteriku sudah berubah. Dia menjadi lebih sensitif dan cepat merajuk.

" Kamu tidak mendengar kata-kataku dengan jelas, sayang. Aku mengatakan kamu, isteriku yang bernama Tatiana Bellina serta dua orang anakku yang bernama Darycel Daniel dan Darvyn Daniel harus pulang bersamaku," aku berbisik di telinganya.

"Tapi... tapi..." kucium bibirnya agar dia tidak mengatakan apapun lagi untuk membantah kata-kataku.

"Aku akan segera mengurus surat kahwin kita," kataku setelah kulepaskan bibirnya.

"Tapi... emmph," kucium lagi bibirnya hingga Tatiana tercungap.

"Liana telah kuceraikan. Aku tidak pernah menyentuhnya sejak aku menikahinya," kataku menahan tawa melihat bibirnya yang hampir bengkak kerana ciumanku.

"Tapi aku terbaca dalam fb..." ku cium sekali bibirnya. Kali ini kucium lebih rakus. Kugigit bibir bawahnya hingga mulutnya terbuka. Lidahku menerobos masuk dan kujelajahi dalam mulutnya hingga ke pangkal lidahnya. Tatiana memukul belakangku dengan tangannya.

" Liana memang mengandung. Tapi dia mengandung dengan kekasihnya. Seperti yang kukatakan tadi, aku tidak pernah menyentuhnya. Aku hanya pernah menyentuhmu, Tatiana," kali ini dia mendengar tanpa membuka mulutnya. Mungkin dia takut kucium lagi.

💕💕💕

"Aku menyesal memintamu menikah dengan Daniel, Tati," aku mendengar Janet berkata perlahan pada isteriku ketika para sahabatku itu datang untuk menjenguk keadaan Darycel.

Aku berbual dengan Russel dan Alex agak jauh dari katil anakku, namun telingaku masih dapat menangkap perbualan mereka.

" Jika dia mengajakmu menikah semula, jangan terus diterima. Jual mahal dulu. Biar padan mukanya," ucap Janet dengan suara yang cukup perlahan. Aku memerhati Tatiana, menunggu dia membalas ucapan Janet. Namun isteriku itu hanya diam sambil membalas tatapanku. Aku sudah mengatakan kepadanya, jika dia macam-macam, maka malam nanti dia akan menjalani hukumannya di atas katil di dalam wad ini.

"Nanti, Tatiana dan si kembar akan pulang bersama kita," kataku. Seketika kulihat Janet terkejut. Dia memandang Tatiana.

"Aku dan Tatiana sudah berbincang. Aku akan mengurus surat kahwin kami secepatnya," kataku. Janet manarik wajah tidak puas hati.

"Aku tidak mahu sahabatku disakiti sekali lagi. Sekali ini, jika kau menikah dengannya, pastikan kau tidak akan pernah menceraikannya lagi, " ucapnya.

"Aku tidak pernah menceraikan Tatiana," kataku. Alex yang berdiri di sebelah Russel kini nampak gelisah dan bersalah.

"Ehemm.. sebenarnya aku yang salah. Aku pun terlibat dalam memisahkan Daniel dan Tatiana. Tapi itu kerana ibu Daniel yang mengugutku," jelas Alex.

"Sorry, Tati. Aku berjanji akan membantu Daniel mengurus surat kahwin kamu berdua secepatnya," Tatiana hanya mengangguk. Tapi aku masih melihat keraguan pada matanya.

Tunggulah, perlahan-lahan aku akan menyingkirkan semua keraguan itu. Bukan mudah untuk meyakinkan semula hati yang sudah pernah tersakiti.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc......

Just Three Words ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang