My First Love Story🌈
' found you '
***
Haziq mengambil tempat bersebelahan denganku . Aku lupa nak bagitahu korang . Aku dan Haziq tinggal bersama oleh kerana jarak antara tempat kerja dengan rumah ini sangat dekat .
Lagipun rumah ni kami sewa bersama .
Air milo panas aku hirup perlahan .
" kau tahu tak ? Mia jumpa Nisha ? ".
Air milo tersembur keluar dari mulutku .
" haa ? Ni..Nisha ada kat sini ? ". Soalku terkejut .
" hemm , yang lagi mendebarkan dia satu tempat kerja dengan aku . Aku dah terserempak dengan dia petang tadi . Sumpah aku cakap , dia makin cantik ".
Aku berdiam diri .
Dia nak cakap , aku ni menyesal ke sebab tinggalkan dia dulu .
Kalau dia makin cantik mesti dia dah ada tunang ? Husband ? Atau teman lelaki ?
" kau dengar tak aku cakap ni ? ".
" yer , aku dengar . Hmm , baguslah . Mesti dia dah tunangkan ? ".
" hmm, aku tak pasti sebab aku tak nampak apa apa tanda yang bahawa dia tu milik orang ".
" haa ? Aku tak faham ".
" tak ada cincinlah dekat jari dia . Asallah aku ada member lembab macam kau ni ".
Aku mengangguk faham .
" kau taknak jumpa dia ke ? ".
Aku menggeleng .
" asal ? ".
" dia dah benci aku . Aku risau bila dia jumpa aku dia akan bertambah benci ".
" kau ni tak pernah fikir positif dari dululah Qashaf. Kalau macam tu , kenapa kau reject semua perempuan masa dekat kolej dulu ? Kau cakap kau tunggu Nisha . Tapi bila kau dah jumpa , aku tak nampak pun effort kau tu ".
" yeye , nanti bila aku dah bersedia . Aku jumpa dia okey ? ".
" yelah tu . Tunggu kau bersedia jumpa Nisha macam tunggu kau bersedia nak sunat . Bertahun , pikir 100 kali agaknya ".
"diam ah ! ".
***
Kedai 7eleven aku tuju. 2 Maggie cup dan air soya aku ambil segera membayarnya .
Aku kembali melangkah menuju ke kereta yang terletak di seberang jalan .
Aku berjalan melintasi jalan raya . Tiba tiba sebuah kereta Myvi berwarna hitam cuba melanggarku .
Tanganku diraih
Jantung aku berdegup kencang .
" cik okey ? Soal lelaki itu ".

ANDA SEDANG MEMBACA
My First Love Story
Romansa2 -SOMEONE CRUSHING ON YOU 🌈💗- nama aku Qashaf Izzat . Sumpah seumur hidup aku , aku tak pernah rasa sayang dengan seorang wanita selain ibuku dan Ara , si comel licik , adikku. Sayang sehingga aku takut kehilangan dia . Kisah aku dan dia tak se...