Alerting⚠️
~ special part for Raz and Farah ~
~ cerita terjadi 2 tahun selepas Qashaf dan Nisha berkahwin
~ naddy buat 3 bab untuk special bab tentang raz dan farah . Suka tak ?
***
Aku membuka kembali kisah aku . Namun kali ini bukan tentang aku . Kerana aku sudah cukup bahagia sama seperti pasangan lain . Walaupun ....
" abang ! Jangan nak melepak jer dekat atas tu ! Turun ! Saya penat ni , awak sibuk main game ajer ! Cubalah tolong saya sikit kemas rumah ni . Saya buang game awak nanti kang ! Saya ni tengah mengandung ! Anak awak ! Bukan anak orang lain .... ".
Ehem ! Berbalik kepada cerita tadi . Pengakhiran kisah aku dan nisha kalian sudah tahu . Turut sama , haziq dan mia . Tapi bagaimana raz dan farah ?
Pasti korang tertanya , mana farah bawa diri dia selepas spm kan ? Apa kisah raz ? Apa kisah farah ?
***
Cermin mata gelap dibuka menampakkan kesemua wajah tampan milik Razif . Selepas syarikat yang dibina 2 tahun lalu sudah mula berkembang , razif mengambil keputusan untuk bercuti .
Kereta dipakir di tepi jalan raya , badan disandarkan di kereta . Laut dihadapannya dipandang . Raz berhenti untuk berehat sebelum memulakan kembali perjalannya ke resort yang ditempah .
Nafas ditarik dalam dalam . Senyuman dilontarkan . Cahaya matahari yang mula terbenam di pandang .
" fuh ! ". Raz menghela nafas lega . Sebelum kembali memulakan perjalanan .
Farah membetulkan kanta pelekapnya . Dia lebih selesa memakai kanta pelekap dari cermin mata kerana menampakkannya lebih elegent lagi .
" farah ! Bos cari kau tu ! ". Panggil jannah , rakan sekerjanya .
Farah mengangguk .
Kaki melangkah masuk ke bilik pejabat .
" farah . Saya ada tugasan penting untuk awak . Disebabkan resort kita ni akan dikunjungi oleh orang ternama , awak ditugaskan untuk melayan mereka ". Beritahu encik jalal .
Farah ternganga .
" boss ! Takkan boss nak suruh saya layan diorang . Saya ada maruah boss . Saya tak nak ". Farah menggeleng .
Encik jalal menepuk dahi .
" bukan layan yang tu lah encik farah ! Awak akan jadi pemandu pelancong disebabkan awak dah lama bekerja disini . Jadi , saya percayakan awak ".
Farah menghela nafas lega .
" oh,, cakaplah . Tak ada masalah boss . Kalau macam tu saya okey jer ". Balas farah .
" kalau macam tu , ni kunci bilik dan kad pelancong kita yang awak kena kemas dan uruskan . Ingat , kalini yang awak uruskan orang ternama. Bukan pelajar sekolah . Jadi , jangan buat perangai ". Ujar encik jalal .
ANDA SEDANG MEMBACA
My First Love Story
Romance2 -SOMEONE CRUSHING ON YOU 🌈💗- nama aku Qashaf Izzat . Sumpah seumur hidup aku , aku tak pernah rasa sayang dengan seorang wanita selain ibuku dan Ara , si comel licik , adikku. Sayang sehingga aku takut kehilangan dia . Kisah aku dan dia tak se...
