My First Love Story🌈
' first love '
***
~maafkan aku , aku tak mampu membalas kembali cinta kau . Aku tak mampu jadi yang terbaik untuk kau . Jika takdir menyatukan kita , kita akan bertemu lagi~
***
Aku menangis membaca isi kandungan terakhir novel itu . Sama seperti kisah aku dan Qashaf . Kelainannya aku berjaya mendapatkan cintanya .
Air mata aku kesat . Pandangan aku alih ke luar beranda . Sejuk angin malam menenangkan aku .
Cincin yang tersarung dijari manisku aku sentuh .
Kini aku bergelar tunangan orang . Dan siapa sangka , tunang aku adalah dia . Lelaki yang aku kejar 13 tahun lalu . Dari zaman bercrush ,bercinta , putus dan bertunang .
Aku tersenyum sendiri. Pipi berona merah memikirkan saat bahagia yang bakal tiba tidak lama lagi.
Kring ! Kring !
Telefon berbunyi menandakan panggilan masuk .
Aku mencapai telefon segera aku baca .
Aku tersenyum melihat nama yang tertera di kaca telefon.
Qashaf Izzat
Aku berdehem sebelum mengangkat .
" hello ? ".
' hye ? Buat apa tu ? '
Aku tersenyum lagi .
" tengah duduk duduk amik angin malam . Kenapa ? ".
" yelah tu , ke tengah fikir pasal saya? "
"mana ada ! Jangan nak perasan eh "
' bukan perasan , saya cuma dapat bau yang ada orang tengah rindu kat saya jer "
Telefon aku jauhkan dari muka. Aku ketawa kecil .
" ishh , dahlah . Saya nak tidur . Esok nak balik Johor ".
Sekarang ni aku berada di rumah ibu dan walid . Disebabkan petang tadi berlangsungnya majlis pertunangan , aku berada disini .
' okey , sleep well dear '
" okey , bye ".
Talian dimatikan.
Kenapa pipi aku membahang ni ? Arghh , aku malu ?
Aku tak pernah malu dengan Qashaf ? Selalunya aku gila jer depan dia . Tapi kenapa sekarang ni perangai aku berubah ?
***
Haziq yang sedang menonton televisyen aku pandang . Wajahnya muram sahaja dari tadi . Aku tak tahu kenapa dengan dia .
Aku mendekatinya .

ANDA SEDANG MEMBACA
My First Love Story
Romance2 -SOMEONE CRUSHING ON YOU 🌈💗- nama aku Qashaf Izzat . Sumpah seumur hidup aku , aku tak pernah rasa sayang dengan seorang wanita selain ibuku dan Ara , si comel licik , adikku. Sayang sehingga aku takut kehilangan dia . Kisah aku dan dia tak se...