50

8K 385 6
                                        

My First Love Story🌈

' love story '

***

Aku bersandar pada dinding hospital . Aku berharap ini semua mimpi . Mimpi yang paling mengerikan . Dan aku berharap aku sedar dari mimpi yang menyakitkan ini .

Tolong seseorang bangunkan aku .

" Nisha ?!! ". Kelihatan mama sedang medekatiku . Ara dan ayah turut ada.

Tanpa menunggu aku terus meraih mama .

" Qashaf , mama . Qashaf ! ". Air mataku jatuh perlahan lahan ke pipi.

" sabar sayang . Mungkin ada hikmah semua ni jadi ".

" Nisha taknak kehilangan Qashaf lagi . Nisha tak mampu hidup tanpa dia ".

" waris Qashaf Izzat ". Panggil jururawat disitu .

Ayah terus mendekatinya .

Aku menggeleng kepala .

" maa , Nisha dah tak sanggup maa , Nisha tak sanggup . Nisha nak pergi ".

Tanpa membuang masa pelukan mama aku lepaskan berlalu pergi begitu sahaja .

" Nisha ?? ". Panggil mama .

Tuan Khuzairi mendekati isterinya .

" mana Nisha ? ". Soal Tuan Khairul .

" dah pergi . Abang , betul ke anak kita dah tak ada ? ".

" ada berita baik . Jom kita masuk wad ".

***

Air mata menemaniku pada waktu ini , telefon yang dari tadi berdering aku biarkan sahaja . Daripada nama mama , Mia , Haziq dan ibu sekalipun aku tak jawab .

Cincin ditangan aku perhati . 2 bulan itu tak lama lagi.

Lagi sekali telefon berdering , kali ini nama Mia pula tertera .

Aku mengangkatnya .

" hello "

'hello Nisha ?! Kau kat mana haa ? Semua cari kau ni . Asal kau balik ? qashaf...'

" apa lagi Mia ? Aku tak sanggup nak tengok Qashaf macam tu Mia . Aku tak sanggup ! Kau nak aku nangis masa dia dikebumikan ke ? Aku taknak dia terseksa sebab aku tak redha ! ".

' Nisha ? Dengar dulu apa aku nak cakap ni ... '

" aku nak bawa diri jauh dari sini . Sampaikan salam aku pada semua". Kataku .

' Nisha ! Kau jangan mengada eh ! Qashaf.... '

Segera aku mematikan talian . Entah kenapa aku terasa sedih apabila nama Qashaf disebut. Separuh jiwa aku dia dah bawa pergi .

Tapi aku ?

***

Haziq berkerut dahi .

My First Love StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang