My First Love Story🌈
' heartbeat '
***
42 orang pelajar tingkatan 5 berkumpul di dataran kejat . Sebenarnya ramai lagi . Tapi , ni jer yang ikut . Budak cina dengan india langsung aku tak nampak .
" semua dah ada ? ". Soal Cikgu Maria
" dah cikgu ".
" baguslah . Kalau macamtu , pelajar perempuan . Sila masukkan beg awak dekat dalam bas sekarang ". Arah cikgu Maria .
Setelah semua pelajar selesai menangkat beg . Kami di benarkan naik ke dalam bas .
" Haziq ?! " . Mia melambai Haziq .
Tempat duduk sebelahnya diduduki Haziq .
Aku rasa diorang ni ada something lah .
" hai Qashaf ? Boleh I duduk sini ? ". Soal Farah .
" erkkk . Sebenarnya... ".
" sebenarnya tu tempat duduk Nisha !". Haziq menyambung .
" Nisha ?! ". Panggil Haziq apabila bayangan Nisha muncul .
" haaa . Ni tempat duduk Nisha . Maaflah Farah " . Mohonku .
Sebenarnya aku pun dah hampir rimas dengan Farah .
Tapi , Farah baik apa ?
Kan ?
Bas mula bergerak menuju ke destinasi .
" nak roti ? ". Soal Nisha .
" tak nak ah . Aku nak tidur . Boleh tolong jauh sikit . Aku tak biasa duduk dengan perempuan ".
Nisha mengangguk .
" awak tak suka eh saya duduk sini ? Nak Farah yang duduk sini ke ? " . Soal Nisha .
" duduk jelah sini . Boleh diam tak ? ".
" tapi .. ".
" kau nak diam ke nak aku cium kau ?".
Nisha seolah terkejut .
" tahu pun diam ".
***
Farah's POV .
Aku memandang Qashaf dan Nisha dari jauh .
" tak apa . Aku akan pastikan Qashaf tu jadi milik aku juga ".
" kau tunggulah Nisha . Dah lama sangat aku bagi muka dekat kau ".
***
Akhirnya kami tiba di destinasi kami . Gunung Pulai .
" okey semua , dengar sini ! ". Panggil cikgu Maria .
" saya nak kamu pasang khemah . Bersiap . Tepat pukul 6 petang semua berada di sini . Faham semua ?! ".

ANDA SEDANG MEMBACA
My First Love Story
רומנטיקה2 -SOMEONE CRUSHING ON YOU 🌈💗- nama aku Qashaf Izzat . Sumpah seumur hidup aku , aku tak pernah rasa sayang dengan seorang wanita selain ibuku dan Ara , si comel licik , adikku. Sayang sehingga aku takut kehilangan dia . Kisah aku dan dia tak se...