42

8.3K 454 22
                                        

My First Love Story🌈

' found you '

***

Kaki melangkah keluar dari pejabat . Helaian Kertas dibawa bersama kemudian diletakkan di atas meja Azrul .

" ni kes yang aku dah settlekan . Kes dianggap mati mengejut . Nanti fail ni kau bagi pada pihak atasan ". Kataku .

Azrul mengangguk faham .

" tuan ? ". Pegawai lelaki memanggilku .

" ye , ada kes baharu . Baru sahaja di report . Mangsa ada diluar ". Ujar pegawai tersebut .

Aku mengikuti langkahnya .

Aku terhenti . Terkaku melihat figura wanita dihadapanku .

Entah kenapa aku merasa air mataku menitis .

" Nisha ? ".

Pandangan kami bertembung . Nisha turut tergamam bangun dari duduknya .

" tuan ? Ni report yang baru dibuat ". Lamunanku tersentak .

Nisha keluar dari balai polis . Aku tahu dia terlalu sedih bila dia nampak aku . Lelaki yang pernah mengecewakan dia .

Helaian kertas bertukar tangan .

" saya amik kes ni ". Itu sahaja yang mampu aku katakan .

Itu sahaja cara untuk aku boleh rapat dengan dia .

Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan dia .

Terima kasih .

***

Nisha's POV .

" cepatnya keluar ? Ada apa jadi ke ? ". Soal Mia .

" aku jumpa , aku jumpa.. "

" Qashaf ? ". Mia menyambung .

Pandanganku beralih pada Mia .

" kau tahu Qashaf kerja sini ? ". Soalku .

Mia mengangguk .

" kau tahukan aku benci dia ? Kenapa kau bawak aku pergi report kat sini !!". Marahku .

Segera aku pergi meninggalkan Mia .

" Nisha ! Sabarlah ! ".

Langkahku berhenti .

Air mata aku kesat .

" aku tak akan lupa apa dia buat dekat aku dulu Mia . 8 tahun aku cuba buang perasaan sayang aku pada dia . 8 tahun ! Sayang aku diselubungi perasaan benci . Tapi aku tak mampu Mia ! ".

" tapi bila aku jumpa dia balik ! Aku rasa sakit ! Aku lebih rela mati dari rasa perasaan ni ! ". Ujarku .

" okey , aku minta maaf . Aku hantar kau balik okey ? ".

***

Damia's POV .

Dalam perjalanan menuju ke rumah Nisha . Nisha hanya berdiam diri .

Dia masih marah dekat aku ke .

Pandangan aku alih padanya seketika .

Dia termenung . Mungkin fikirannya memikirkan tentang Qashaf .

Salah aku juga temukan dia dengan Qashaf . Bodoh amat kau ni Mia .

" dah lama ke Qashaf kerja polis ? ". Soal Nisha .

" haa ? Erkk , tah . Rasanya dalam 3 tahun gitu . Aku pun tak pasti ". Ujarku .

" hmm . Apa hubungan kau dengan Haziq ? ".

" oh , aku dengan Haziq dah bertunang . Dalam 5 bulan lepas ".

Nisha mengangguk .

" kau marah aku lagi ke pasal tadi ?".

" tak lah , kau pun tahu . Aku mana pandai marah . Kalau marah pun sekejap jer ".

" kau tahu tak Nisha ? Qashaf cari kau dah lama . Mana kau menghilang ? Langsung tak contact aku ". Ujarku dengan nada kecewa .

" aku minta maaf . Aku cuma nak tenangkan fikiran aku jer . Aku kecewa bila orang yang aku sayang tak percayakan aku ".

" Qashaf dah menyesal . Lepas jer kau tinggalkan sekolah , perangai Qashaf berubah . Dia langsung taknak rapat dengan perempuan . Masa dekat kolej hampir 5 orang suka dia , tapi dia tolak sebab dia kata dia masih sayang kat kau . 8 tahun dia cari kau Nisha ".

Nisha tersenyum sinis .

" buat apa dia nak cari aku lagi . Aku dah cukup sakit dah . Dia tak tahu betapa sakit aku bila dia hina aku dulu ". Balas Nisha .

" kau tak sayang Qashaf ? ". Soalku .

Nisha mendiamkan diri .

" sejujurnya . Aku tak pernah lupa dia , setiap saat aku ingatkan diri aku yang aku ni milik orang . Tapi , bila aku fikirkan dia, hati aku jadi sakit . Semua ayat makian dia terlintas dalam kepala aku ".

" tapi Qashaf sayang kau . Kau tak tahu betapa menyesalnya dia tinggalkan kau . Dia selalu salahkan diri dia ".

" ye ? Hmm , dulu dia ego dengan aku . So , sekarang ni giliran aku pulak . Kalau betul dia sayang aku . Cubalah curi hati aku balik ".

Aku brek mengejut .

Tin!!!

" Nisha ? Kau jangan cakap ... ".

" yes ! Aku nak buat macam mana Qashaf buat kat aku dulu . Aku nak tengok , sejauh mana dia punya ke'sweet'an dia tu ".

Oh my god . Game !

***

Report yang diberikan kepadaku tadi tentang Nisha aku semak .

" ancaman bunuh ? Menarik " .

Helaian kertas kelima pula aku semak .

Nombor telefon : 017.....

Aku tersenyum .

" ini yang aku cari sebenarnya ! ".

Nombor tersebut aku simpan .

Honeylovey💗

" dah lama aku cari kau . Aku tak boleh mengalah lagi ! Kalini aku nak miliki kau . Aku nak kau jadi hak aku Nisha ".

***

My First Love StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang