My First Love Story🌈
' it's me '
***
Setelah tiba dirumah . Tanpa membuang masa aku terus keluar dari kereta.
" terima kasih hantar saya . By the way . Apa nama awak ". Ujarku .
" Qashaf. Jumpa lagi nanti ". Kereta Qashaf berlalu pergi.
Aku tersentak .
" Qashaf ? Tak mungkin . Qashaf dah tak ada , kebetulan mungkin ".
Aku menjongket bahu .
Pintu rumah dibuka. Gelap gelita , suis ditekan , lampu terbuka.
" Nisha ? ". Ibu memanggilku.
" ibu ? Ibu buat apa kat sini ? Bila ibu sampai ? ". Tangan ibu diraih.
" dah seminggu dah ibu kat sini . Kamu balik dengan siapa ni ? ".
" dengan ... Dengan .. Kawan . Kereta Nisha rosak ".
" lah yeke . Alang alang kamu dah balik ni . Mari duduk kejap . Ibu ada benda nak bagitahu kamu ".
Aku menurut sahaja arahan ibu .
" apa dia bu ? ".
" macam ni . Ibu dengan walid dah bincang tentang ni . Ibu nak jodohkan kamu . Tak payah tunang , terus kahwin . Tarikh yang sama dengan Mia dan Haziq kahwin ".
Aku melopong .
" no . Nisha tak nak ? Siapa lelaki tu ? Nisha tak kenal . Nisha baru jer kehilangan Qashaf ibu ".
" Nisha ? Tolong sayangku . Ibu buat ni semua untuk kebaikkan kamu . Ibu tahu kamu akan suka dia . Ibu merayu ".
Aku seakan tidak percaya .
" Nisha sayangkan Qashaf ibu . Nisha belum boleh lupakan Qashaf ".
" Nisha ? Percayakan ibu . Ibu pasti , kamu akan suka dia nanti ".
Air mataku menitis . Tanganku digenggam ibu .
" kalau itu yang ibu nak . Nisha setuju sajalah . Inikan kebaikkan Nisha ". Tangan ibu aku lepaskan terus ku bawa diri ke bilik .
***
Qashaf menghempaskan badan ke atas katil .
Senyuman dilontarkannya . Mask dimuka ditanggalkan.
Hoodie hitam dibuka menampakkan badan tegap miliknya . Parut panjang dipinggang dipandang lalu disentuh.
Luka kemalangan lalu masih lagi berparut di badannya .
Air mata jantannya menitis .
" aku hampir kehilangan kau dulu . Dan aku tak akan mungkin kehilangan kau lagi , Nisha ".
" kau milik aku "
" akan selamanya milik aku "
Tok ! Tok ! Tok !

ANDA SEDANG MEMBACA
My First Love Story
Romance2 -SOMEONE CRUSHING ON YOU 🌈💗- nama aku Qashaf Izzat . Sumpah seumur hidup aku , aku tak pernah rasa sayang dengan seorang wanita selain ibuku dan Ara , si comel licik , adikku. Sayang sehingga aku takut kehilangan dia . Kisah aku dan dia tak se...