My First Love Story🌈
' she's come '
***
Kaki melangkah keluar dari mall . Parking lot tempat aku tuju . Perlahan lahan aku melangkah . Beg plastik cotton on dan H&M aku pegang erat .
Bunyi tapak kaki dan hon mula menyeramkan aku . Tiba tiba sahaja aku terasa langkah ku diikuti orang.
Kepala berpaling ke belakang .
Kosong .
Tiada siapa .
" ish ! Asal aku ni ". Pipi aku tepuk berulang kali .
" okey , positif Nisha ! Perasaan kau jer tu ".
Aku kembali melangkah . Lagi sekali , aku nerasa perkara yang sama .
" Ishhhh ! Ini bukan cerita seramlah ! Jangan kacau aku ! ". Jeritku.
segera aku melajukan langkah .
Kunci kereta segera aku ambil dari beg tangan .
" mana ni . Mana ! ". Resahku bila kunci kereta tidak di jumpai .
" kak ? ". Panggil seseorang .
Aku menoleh ke belakang .
" kunci kakak jatuh tadi ". Hulurnya .
" oh , terima kasih ". Kunci kereta bertukar tangan .
Aku menghembus nafas lega.
Pintu kereta aku buka terus membelah jalan raya .
Tanpa dijangkakan . Seseorang benar benar mengekoriku dari belakang.
***
Haziq's POV .
Aku baru sahaja selesai menjalankan proses pembedahan seorang pesakit . Bilik pejabat aku tolak .
Rekod pesakit aku lihat . Satu persatu helaian aku selak.
Tok ! Tok ! Tok !
Pintu bilik di ketuk .
Seorang Nurse bernama Ilya melangkah masuk .
" doktar . Ni fail pesakit yang doktar bedah tadi ". Fail berwarna biru diletakkan di atas meja .
" okey , thanks ".
" oh ya dok . Doktor dah jumpa dengan doktor yang baru masuk tu ? ". Soal Ilya .
" doktor yang baru masuk ? Siapa nama dia ? ". Soalku kembali .
" jap eh . Saya lupalah . Rasanya , Fiyya gitu kot . Nanti doktor jumpalah dia dekat cafe . Okeylah dok , saya keluar dulu ". Ilya mengundur diri.
" Fiyya ? Such a pretty name ". Aku tersenyum sendiri .
" eh ! Jangan nak mengatal eh Haziq ! Kau tu tunang orang . Ada yang kena sembelih nanti kang ". Aku menepuk kepala .

ANDA SEDANG MEMBACA
My First Love Story
Storie d'amore2 -SOMEONE CRUSHING ON YOU 🌈💗- nama aku Qashaf Izzat . Sumpah seumur hidup aku , aku tak pernah rasa sayang dengan seorang wanita selain ibuku dan Ara , si comel licik , adikku. Sayang sehingga aku takut kehilangan dia . Kisah aku dan dia tak se...