Alerting⚠️
~ special part for Raz and Farah ~
~ cerita terjadi 2 tahun selepas Qashaf dan Nisha berkahwin
~ naddy buat 3 bab untuk special bab tentang raz dan farah . Suka tak ?
***
Farah mengeluh apabila dia betul betul berada di hadapan bilik Raz . Sejujurnya dia tak mahu ke sini kalau tak di sebabkan dia ditugaskan untuk menjadi pemandu pelancong , memang tak dia akan berada di sini .
Belum sempat pintu bilik diketuk . Raz terlebih dahulu membukanya . Farah terkaku .
" haa , nak apa ? ". Soal Raz dingin . Farah mengeluh .
" aku ditugaskan... ". Ayatnya dipotong .
" ditugaskan apa ? Untuk jaga aku ? Aku tak perlukan kau ".
Farah merengus geram . Nafas sabar dihembuskan . Dada diurut perlahan .
" okey . Kalau macam itu yang awak nak , saya pun tak hingin nak jaga awak . Thank you so much sebab bagi saya rehat ". Farah mula melangkah pergi .
" tapi aku nak kau jadi isteri aku ". Raz berbicara .
Langkah farah terhenti . Kepala ditoleh menghadap ke raz .
" dah berapa kali saya cakap . Saya tak nak kahwin dengan awak ! ". Farah memeluk tubuh .
Raz tersenyum sinis . Langkah diatur mendekati farah .
" aku tak minta izin kau pun . Aku paksa kau untuk kawin dengan aku . Kau tahu kan , aku macam mana ? ". Raz tersenyum menang .
Farah menelan air liur .
" esok , aku bawak kau balik rumah mama aku . Kau bukannya ada sesiapa pun dekat sinikan ? ".
" kalau saya tak nak jugak macam mana ? ". Farah bercekak pinggang .
" aku buat sampai kau jadi milik aku ". Raz berbisik di telinga farah .
Farah menelan air liur .
" kau tahu apa aku akan buat ? ".
Farah terdiam .
" aku buat kau hilang maruah kau farah . Jangan cabar aku ! Mulai esok kau akan berhenti kerja dekat sini ".
" saya ada kontrak kat sini lagi setahun ! Kalau saya berhenti , saya kena saman faham tak ?! ". Farah membuat alasan .
" aku sanggup bayar ! Walaupun berjuta ". Raz tersenyum menang berlalu pergi meninggalkan farah .
Farah masih terkaku .
Raz melangkah masuk ke dalam office encik am . Sudah semestinya dia perlu berjumpa dengan pengurus resort ni untuk memberhentikan farah .
" encik amirul ? How are you ? ". Tegur raz .
" yes . Sihat , alhamdulillah . Ada apa ya ? Boleh saya tahu nama encik ? ". Soal encik am .
ANDA SEDANG MEMBACA
My First Love Story
Storie d'Amore2 -SOMEONE CRUSHING ON YOU 🌈💗- nama aku Qashaf Izzat . Sumpah seumur hidup aku , aku tak pernah rasa sayang dengan seorang wanita selain ibuku dan Ara , si comel licik , adikku. Sayang sehingga aku takut kehilangan dia . Kisah aku dan dia tak se...
