My First Love Story🌈
' first love '
***
Aku mendiamkan diri . Tubuhku mengigil memerhati lelaki itu .
" ka..kau ni siapa ha ?! Lepaskan aku ". Aku bersuara .
Lelaki itu hanya diam memfokuskan dirinya terhadap pemanduan .
" tolonglah lepaskan aku . Aku janji aku tak akan report polis kalau kau lepaskan aku ". Rayuku.
" kau boleh diam tak ? Aku bukannya nak jual kau ke nak rogol kau. Aku nak hantar kau balik Johor jer pun ! ".
" tak apa , tak apa . Saya boleh balik sendiri . Awak turun kau jer saya dekat sini . Tolonglah ! ".
Kereta tiba tiba berhenti .
" turunlah . Nak sangat turun kan ?! ". Arahnya .
Pintu aku buka terus melarikan diri .
Lelaki tersebut tersenyum sinis .
' larilah kau . Jauh mana pun kau lari aku tetap akan dapat kau jugak Nisha . Jauh mana jer kau mampu lari ? Heh '.
***
Nisha memberhentikan larian setelah kereta lelaki tersebut tidak kelihatan lagi .
Nisha menghela nafas lega .
" penatnya . Gilalah lelaki tu ".
Dia memandang sekeliling tempat . Gelap tanpa lampu jalan .
" mana lelaki ni bawak aku ni ? ".
Nisha meneruskan perjalanan .
" dengan aku sehelai sepinggang kat sini ! Ishhhh , tak ada ke kereta nak lalu lalang kat sini ? ".
Auuuuu !
Bunyi anjing menyalak menghentikan perjalanannya .
Meremang bulu roma terasa .
" hi hi hi hi hi hi ".
Dia tersentak mendengar suara mengilai .
" siapa tu ! Jangan main main eh ! Ini bukan cerita seram tahu tak !! ". Jeritku .
Bush !
" arghhhhh ". Nisha terkejut lalu rebah ke jalan .
" HAHAHAHA , tau kau takut . Gatal lagi nak lari kan ". Lelaki hoodie menurunkan alas kepala .
Mask dilorotkan ke dagu .
" aku rindu kau Nisha . Sampai hati kau , tak kenal aku " .
***
Damia menepek bedak sejuk dimuka . Telefon dicapai segera menghubungi Nisha .
" hello ? ". Mia bersuara setelah panggilan diangkat .
' hello ? '. Suara garau menyambut .
mia berkerut dahi .
YOU ARE READING
My First Love Story
Romance2 -SOMEONE CRUSHING ON YOU 🌈💗- nama aku Qashaf Izzat . Sumpah seumur hidup aku , aku tak pernah rasa sayang dengan seorang wanita selain ibuku dan Ara , si comel licik , adikku. Sayang sehingga aku takut kehilangan dia . Kisah aku dan dia tak se...