"Hah segarnye badan dah mandi.Nasib rumah Aunty ade shower.Tak delah sejuk sangat air tu"kata Asyiqin lalu melangkah ke arah meja solek sambil mengeringkan rambutnya.
Setelah kering,dia menyikat perlahan rambutnya yang ikal mayang itu.Sambil memandangi cermin,dia terlupa sesuatu.Lantas dia bergerak ke arah bagasinya dan membukanya.
Dia mengambil laptop jenama Acer lalu membukanya.Setelah memastikan wifi tersambung,dia segera membuka aplikasi Skype .Nama Mama dia carinya dan membuat panggilan video.
Tak sampai beberapa saat,panggilannya terjawab dan nampaklah wajah mamanya yang tersayang.
Asyiqin tersengih macam kerang busuk.Mamanya pula wajahnya sudah muncung itik.Tanda ii akan meletus mungkin berlaku sebentar lagi.
"Afiyahhh!!!!"panggil Puan Zahirah dengan geram.
"Hehehe Assalamualaikum Mama.Sorry baru sekarang Fiyah call.Tadi penat sangat.Ni pun baru lepas mandi.Sorry Mama"sapa Asyiqin lalu mengucap tanda maaf.
"Waalaikumusalam.Tulah makan semut banyak sangat.Asyik lupe ja.Tak nak kawan"kata Puan Zahirah lalu berpeluk tubuh.
"Sayang call dengan siapa tu?"tanya Encik Bokhari menghampiri isterinya.
"Hai Papa"sapa Asyiqin apabila melihat papa kesayangannya.
"Hmm baru sekarang nak call kitorang.Mentang mentanglah dekat luar negara sane.Lupe terus dengan orang tua dia kat Malaysia ni hah"kata Encik Bokhari seperti merajuk.
"Alahh Fiyah tak sengajalah.Tadi penat sangat yelah duduk lama sangat kat flight tu.Kebas punggung ni hah.Lagi pun Fiyah baru jugak sampai rumah Aunty Mas ngan Uncle Syahid ni.Lepas tu Fiyah mandi.Ni hah tengah keringkan rambut lagi"terang Asyiqin menjelaskan perkara sebenar.Tak baik tipu tipu.Orang tua tu.
"Haa yelah.Ni kamu dah makan belum?"tanya Encik Bokhari.
"Aunty Mas kata lepas mandi dia suruh turun bawah makan.Kejap lagi Fiyah turun"balas Asyiqin.
"Hah yelah kalau macam tu.Jangan makan lewat sangat ni dah nak waktu tidur pergi turun bawah cepat.Kang Aunty Mas kau tu tertunggu tunggu kat bawah."suruh Puan Zahirah.
"Baik Mama"kata Asyiqin seraya menabik hormat dengan tangannya di angkat.
"Eh jap jap.Papa!!!"potong Asyiqin sebelum memutuskan talian sambil memanggil nama papanya.
"Yow ade ape?"tanya Encik Bokhari.
"Papa kenapa cakap dengan Aunty Mas pasal Exo ni"geram dengan tindakan papanya itu.
"Hehehehe sorry.Papa agaklah kamu tak boleh tidur tanpa semua tu.Sebab tu papa minta tolong Aunty Mas sediakan semua tu.Yelah tiap malam mase kamu tidur,asyik mengingau je sebut sebut Exo tu.Chanyeol ii tak habis ii.Bosan papa dengar.Nasib tak boleh buat menantu dia tu"gurau Encik Bokhari.
"Papa!!!!"jerit Asyiqin lagi.Geramnya
"Alah sorrylah.Lagipun papa bagi duit kat Aunty Mas beli semua tu.Jangan risaulah"jelas Encik Bokhari.
"Nasib baik bukan pakai duit Aunty Mas.Kalau tak siap papa Fiyah kerjakan nanti."berang Asyiqin dibuatnya.Nasib sayang.
"Dahlah Fiyah nak turun dulu.Babai Papa babai Mama.Love you Muahh"ucap Asyiin seraya memberikan flying kiss.
Flying kiss itu disambut oleh kedua ii orang tuanya lalu disimpan di hati mereka.Sweetnya dapat Papa dan Mama macam ni.Love you sangat ii.
"Babai Fiyah Love you too sayang"ucap Encik Bokhari bersama Puan Zahirah serentak.
Asyiqin memutuskan panggilan Skype lalu bersiap siap untuk turun ke bawah.
"Assalamualaikum Aunty"sapa Asyiqin sambil melangkah ke arah Aunty Mas.
"Waalaikumusalam.Hah dah turun pun.Ingat dah tidur terus.Dah duduk ii.Jom makan"ajak Aunty Mas.
"Tadi Iqin call mama.Bagi tau Iqin dah sampai.Kalau tak,nak call kat airport tadi.Tapi terlupa.Tu yang lambat sikit turun"jelas Asyiqin seraya duduk di kerusi di meja makan.
"Hai kak Iqin.Bila sampai"sapa Syatila seraya duduk di kerusi kosong di sebelah Asyiqin.
"Baru juga.Ila macam mana belajar kat sini?"tanya Asyiqin.
"Okay je.Tak delah susah mana"balas Syatila tenang.
"Abang oo bang.Jom makan.Makanan dah siap ni"panggil Aunty Mas untuk suaminya yang masih ralit menonton televisyen di ruang tamu.
"Hah ye ye abang datang ni"jawab Uncle Syahid seraya menghampiri meja makan lalu duduk di kerusi utama.
"Mak Leha jomlah makan sekali"ajak Asyiqin apabila melihat pembantu rumahnya sibuk mensiapkan hidangan.
"Tak pelah Mak Leha boleh makan kat belakang"kata Mak Leha segan.Yelah dia sedar kedudukan dia di mana.
"Alah jomlah join Iqin makan.Heh boleh eh boleh eh?"rayu Asyiqin sambil mengerdipkan matanya.Comel.
"Tak pe ke?"tanye Mak Leha lalu memandang Mastura.
"Ape pulak salahnya.Mak Leha pun orang terpenting dalam keluarga ni.Tak salahkan?"kini Aunty Mas bersuara.
Selama 10 tahun Mak Leha bekerja di rumah mewah nan megah ini.Tak pernah sesekali di ajak makan bersama sama.Mungkin Mastura tak peramah orangnya.Tapi dia melayan cukup baik dengan Mak Leha.Pernah sekali Mastura membuat permintaan untuk menjadi anak angkatnya.Yelah dia mengambil Mak Leha bekerja dengannya sebelum ni pun dari tepi lorong yang gelap dan seram.Dipercayai Mak Leha dibuang oleh anaknya sendiri yang merungut kehadirannya telah menyusahkan hidup anaknya yang sedang hidup mewah sekarang.Ada juga anak yang tak mengenang jasa ibunya yang mengandungkan mereka sembilan bulan sembilan hari.Ibunya itu juga yang berperang dengan maut apabila hendak melahirkannya.Sakit melahirkan masih terasa hingga kini.Tapi apa boleh buat Mak Leha reda dengan ketentuan.
Setelah mendengar balasan dari Mastura.Mak Leha dan Asyiqin tersenyum gembira.Lalu Asyiqin mempersilakan Mak Leha duduk di sebelah Syatila.
"Ila.Boleh tak Ila duduk tempat akak.Akak nak duduk sebelah Mak Leha.Boleh?"tanya Asyiqin lembut kepada Syatila.
Syatila hanya menganggukkan kepala seraya berganjak ke tempat duduk Asyiqin.
Selepas Encik Syahid membaca doa makan.Semua menjamu selera dengan senyap.Kecuali Asyiqin.
"Mak Leha nak makan apa?Sini Iqin ambilkan"pelawa Asyiqin lembut.
"Tak pelah Mak Leha boleh ambil sendiri"kata Mak Leha segan dilayan macam tu.Baik betul budak ni.Berkenan di hatinya.
Selepas mereka semua menjamu selera Mak Leha mengutip semua pinggan mangkuk yang digunakan sebentar tadi.Lalu dibawa ke sinki untuk membasuh.Asyiqin juga tidak lokek membantu Mak Leha mengemas meja makan.
Asyiqin membantu juga mengangkat pinggan mangkuk yang belum dikutip oleh Mak Leha lalu dibawa ke sinki.Dia menyinsing lengan bajunya lalu mengambil tugas Mak Leha membasuh pinggan makan tadi.
"Eh Asyiqin kenapa kat sini.Pergilah berehat duduk kat depan"larang Mak Leha.
"Tak pelah Mak Leha.Iqin dah biase buat semua ni.Saja nak tolong Mak Leha basuh pinggan.Lagi pun Iqin nampak Mak Leha macam letih je."jelas Asyiqin.
"Alah dah ni tugas Mak Leha bukan tugas Asyiqin.Dah pergi depan sana"arah Mak Leha lembut.
"No no no.Sini Mak Leha"Asyiqin melarang lalu mengambil tangan Mak Leha lalu di pimpin ke arah kerusi.Mak Leha didudukkan di kerusi tersebut.
"Mak Leha duduk sini kejap.Jangan bantah.Iqin hanya tumpang je kat rumah ni.So Iqin pun kenelah buat kerja rumah ni.Iqin lagi suka bantu Mak Leha buat ni.Taklah bosan sangat"jelas Asyiqin.
"Terima kasih Nak.Baiknya kamu ni"kata Mak Leha lalu mengusap lembut rambut Asyiqin.
"Tak de ape lah Mak Leha"balas Asyiqin segan dipuji.
Lalu Asyiqin menyambung kembali kerja yang tergendala tadi.Dia membasuh setiap pinggan mangkuk dengan sangat teliti dan cermat.Berhati hati orang kata.
******
YOU ARE READING
EX CRUSH CARI AKU!
RandomCerita ni berkisahkan seorang perempuan dan seorang lelaki yang kenal sejak era zaman sekolah menengah lagi.Tapi disebabkan sebuah janji mereka tidak dapat disatukan.Kalau cakap pasal saling suka memang ye. Mereka saling suka sama suka.Tapi mampukah...