"WEY, jom kita nikah!" setiap kata-kata yang keluar dari mulut kawan baiknya, Adrian Daniel membuatkan Eryn Camelia tergamam. Dan kali ini dia merasakan yang Adrian tidak melawak.
"Kau Ad kalau nak ajak aku nikah macam umur kita 16 17 tahun tak payah. Kau boleh simpan angan-angan kau buat ikan pekasam. Boleh blah. " balas Eryn sambil menolak badan tegap Adrian.
"Sapa cakap aku main-main? Aku tengah serious ni. " balas Adrian lalu memandang wajah kawan baiknya dihadapannya.
"Kau dah kenapa tiba-tiba ajak aku kahwin? Dah buang tabiat ke ape? Lagi satu stock girlfriends kau yang kau bawa ke hulu ke hilir tu? " Eryn bertanya sambil membalas pandangan mata Adrian. Sengaja Eryn tekankan perkataan 'girlfriends' itu.
Sudah hampir 10 tahun mereka berdua berkawan. Dan ya Eryn sudah mengetahui tentang soal hidup Adrian. Dari A sampai Z dia kenal sahabat baiknya itu. Dari bab makanan, pakaian, hobi dan juga teman wanita Adrian dia juga kenal. Sebab apa dia kena tahu, sebab girlfriends si Adrian ni suka sangat tuduh Eryn perampas boyfriend dia orang.
Sekali dua kali aku boleh go dengan sikap budak-bidak tahap otak ke laut Adrian. Tapi kalau sampai minah-minah gedik tu datang kacau hidup aku haaa itu namanya makan penampar aku.
Aku still ingat ada seorang perempuan yang entah dari mana datangnya tiba-tiba tarik rambut aku waktu dia tengah lunch. Sampai easa macam nak tercabut rambutnya. Wah, bukan bab malu saja tapi bab geram yang bertingkat-tingkat.
Flashback.
"Zila, petang nanti kau balik naik apa? Lutfi datang ambil ke? " tanya Eryn kepada sahabatnya."Haaaa, esok aku ingat nak balik Dengkil kejap. Mak aku buat kenduri birthday adik aku. Kau kalau tak ade hal petang esok datang lah. " ucap Zila.
"InsyaAllah. Aku tak boleh nak janji. Takut mama aku call. Semua plan aku ke laut. " balas Eryn lagi.
"Tak kan mama kau still suruh kau pergi jumpa anak-anak best friend dia lagi? " tanya Zila kepada Eryn.
"Yaa. Aku ikutkan aje lagipun kalau aku tak pergi dia berleter lagi leceh nak kena tahan telinga. " balas Eryn.
"Apa susahnya si Adrian kan ada. Kau mengaku ajelah Adrian tu boyfriend kau. Senang je cerita. " balas Zila lagi. Ini bukan senang cerita lagi riuhkan keadaan namanya. Bukan mamanya tidak mengenli Adrian. Sakit kepala aku nak mmelayan Adrian nanti.
Tiba-tiba Eryn merasakan ada tangan yang menarik rambut hitamnya dari belakang. Wah, ini minta penampar namanya.
YOU ARE READING
[C] Dulu Kawan Sekarang Sayang
Romance[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya berkembang seiring dengan sikap playboynya. Baru berusia 26 tahun, dia memiliki sebuah empayar perniaga...