▶️ P L A Y L I S T
In Silence by Janet Suhh
It's Okay To Not Be Okay (사이코지만 괜찮아) OST Special Track Vol.2🍑🍑🍑
SUDAH lima hari aku dan Adrian tidak bercakap. Perang apakah ini? Entahlah. Nak kata aku bersalah, mungkin juga. Tapi, dia pun bersalah juga. Kenapa dia nak naik marah hanya disebabkan oleh seorang lelaki yang aku tak kenal. Sudah teraang lagi bersuluh aku tak kenal dengan lelaki itu. Nak kata aku ni ada kawan lelaki ramai. Jawapan dia tak. Kawan lelaki yang aku ada pun tak lebih daripada 20 orang. Kawan dia tu juga lah kawan aku. Yang dia nak sentap macam aku ni pula yang playgirl. Dia pun tahu yang aku ni 'tak suka berkawan' dengan lelaki.
Flashback.
"We meet again." kata lelaki yang berdiri di hadapan aku ini.
'Siapa la pula dah ni?' gertu hati Eryn Camelia. Dahinya berkerut berlapis-lapis. Otak aku kena bekerja keras sungguh walaupun kerja tak mula lagi.
"I'm sorry. Did we know each other?" tanya Eryn Camelia. Okay, dah kenapa statement dia 'we meet again.' . Aku dengan dia pernah berjumpa ke?
Hish dah la aku ni style lupa nama orang. Tambah-tambah yang berjumpa setahun sekali ni. Lagi lah nak recall tu lembab sikit. Line tak berapa nak cantik sikit. Bab-bab lain aku cepat aje mengingat but nama orang ni sememangnya aku cepat blur.
"Eryn!" panngil Hannan lalu menepuk lembut bahu aku.
"Hai." kata Hannan lagi. Lelaki itu kemudiannya melangkah masuk ke dalam lif dan meninggalkan kami berdua di situ dengan senyuman manis yang terletak elok di bibirnya.
"Kau kenal ke?" tanya Hannan kepada Eryn Camelia sebelum dia menekan kembali punat lif itu.
"Entah. Aku tak boleh nak recall. Ehh, cakap pasal kenal. Bila kau nak kenalkan dengan tunang kau dekat kita orang?" tanya Eryn Camelia.
"Oo. Tunang aku tu busy sikit sekarang ni. InsyaAllah nanti ada masa aku roger kau. Beb, aku kena pergi dulu. Kelas start pukul 8.30 ni. Jumpa lunch ni keyh." jawab Hannan lalu meninggalkan Eryn Camelia sebaik sahaja pintu lif terbuka.
"Oright." balas Eryn Camelia lalu melangkah ke bangunan pejabat utama.
Eryn mengemas meja kerjanya terlebih dahulu sebelum dia melangkah keluar dari biliknya. Dia sudah berjanji dengan Hannan untuk makan tengahari bersama di cafeteria. Tekak hari ni tiba-tiba minta makan tomyam mak cik Ana. Eryn meletakkan mangkuk yang berisi tomyam ayam dihadapanya.
"Kau nak minum apa?" tanya Hannan sebaik sahaja dia meletakkan pinggan nasi nya dihadapan mangkuk tomyam milik Eryn.
"Emm, sirap ais."
Hannan memesan air mereka dan kembali duduk bersama Eryn. Mereka berdua menjamah makanan mereka berselang-seli dengan gelak ketawa. "Eryn aku nak pergi toilet kejap eh." kata Hannan kepada Eryn. Eryn kemudiannya mengangguk tanda faham. Kemudiannya, dia merasakan ada seseorang duduk semeja dengannya.
"We meet again." kata orang itu. Ayat itu membuatkan Eryn Camelia mengangkatkan wajahnya dan memandang lelaki itu. Eh kejap. Dia lagi.

YOU ARE READING
[C] Dulu Kawan Sekarang Sayang
Storie d'amore[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya berkembang seiring dengan sikap playboynya. Baru berusia 26 tahun, dia memiliki sebuah empayar perniaga...