BAB 10

2.7K 84 0
                                    

"BUBUR McDonald dah sampai! " kata Eilham Mikael sebaik sahaja dia menolak pintu wad Eryn.

"Mikael, please behave. Your sister just woke up from her nap. " jelas Puan Dahlia.

"Okay. Okay. Sorry akak. Mika, terlalu excited nak jumpa akak. " balas Mikael sambil menghadiahkan senyuman manisnya.

"How your feeling today, sayang? " tanya Tuan Ahmad Shah kepada anak gadisnya.

"Much better ayah. " balas Eryn lalu membalas pelukkan ayahnya.

Kemudiannya, dia melihat alongnya dan Adrian melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia lihat Adrian mengangguk beberapa kali sebelum mencari wajahnya lalu tersenyum.

"Nak Mika suap akak? " tanya Mikael kepada kakaknya.

"It's okay, akak boleh suap sendiri. Mika tolong ambil air suam dekat akak. " balas Eryn Camelia.

Tangan kirinya mengambil beg kertas yang dihulurkan kepadanya sambil kedua mata nya mencari figura Adrian Daniel. Tapi, di manakah Adrian?

'Dia dah balik KL ke? Eh kejap dah kenapa aku nak sangat pandang muka dia ni? Dah dekat 10 tahun kawan tetiba aje hati ni nak tatap wajah dia aje. Sebelum ni bukan main kau halau dia kalau dia duduk dekat dengan kau. Kau dah kenapa ni Eryn Camelia?! ' gertu hati Eryn.







ADRIAN POV

"JADI kau dah tahu siapa lelaki tu? " tanya Erman Aazief.

"Still unknown. Aku suruh kawan aku handle kes ni. Tapi, siapa pun lelaki tu aku akan pasti kan yang dia masuk dalam. " jelas Adrian.

"Eryn macam mana? " tanya Adrian kepada Erman Aazief.

"She's fine. Cuma shock je." jawab Erman Aazief.

Aku hanya mengangguk. Hati aku cuma ingin melihat Eryn dihadapan aku. Sejak tengah malam semalam aku tidak dapat menutup mata. Asyik teringatkan rintihan Eryn yang menahan kesakitan akibat akibat ditusuk oleh pisau.

"Adrian, ibu dengan papa kamu call mama tadi cakap dia orang dah nak sampai. " kata Puan Dahlia sebaik sahaja melihat Adrian.

"Ye, ma. Tadi, dia orang nak call Ad. " balas Adrian.

"Ngah aku ada belikan McDonald. Pergi la jamah sikit. " kata Adrian kepada Eyzwan Ukasyah.

"Thanks bro. " balas Eyzwan Ukasyah.

Sejak accident malam itu, aku hampir jadi gila disebabkan lelaki tersebut. Kalau di ikutkan rasa hati nak saja aku tikam balik perut dia. Biar dia rasa kesakitan tu. Tapi nasib baik Eyzwan Ukasyah sempat menarik dirinya daripada melakukan sebarang jenayah.

Flashback...

"Eryn! " panggil ku.

Aku hanya mampu melihat keadaan Eryn yang sekarang mulutnya dicekup oleh seorang lelaki yang memakai topeng muka. Air mata Eryn mengalir deras. Kepalanya digelengkan ke kiri dan ke kanan beberapa kali apabila aku cuba mendekati dirinya.

[C] Dulu Kawan Sekarang SayangWhere stories live. Discover now