BAB 47

2.1K 46 0
                                    

▶️ P L A Y L I S T
Love Story (cover)
by Tyler Ward, Karis & Ray Lorraine

🍑🍑🍑

AKU tak tahu apa jenis reaksi yang boleh aku zahirkan pada muka aku sekarang. Ergh.. Selepas satu, satu yang datang.

Suram. Situasi sekarang tersangat suram. Eryn Camelia memandang wajah itu dengan penuh rasa geram. Macam mana dia dapat cari aku ni? "Awak nak apa sebenarnya datang sini? " soal Eryn Camelia. Dia sedia upaya cuba untuk menyibukkan dirinya. Tak nak pandang lama-lama wajah itu. Walaupun wajah itulah yang akan memberi jaminan kepadanya pahala.

Diam. Jeda.

Beberapa helai pakaian di sangkutkan ke dalam almari yang disediakan dalam bilik tersebut. "Kemas barang awak. Kita balik sekarang. "

"Excuse me? " soal Eryn. Dia dengar cuma dia macam tak percaya.

"You heard me, Eryn. " tegas Adrian. Ya lelaki yang hampir buat aku jatuh terdorong itu ialah Adian Daniel. Suami aku.

"Saya tak nak. " balas Eryn Camelia. Dia cuba tegaskan suaranya. Kau hati jangan nak lembut sangat.

"Jangan buat saya paksa awak, Eryn. You know me well. "

"Apa maksud awak? You know me well tu? Saya sebenarnya kan Adrian sekarang ni dah tak kenal suami saya.. Sedih kan? Ya, benda betul. Suami saya dah lari dari saya. Tinggalkan saya sorang-sorang. Awak nak tahu benda paling saya benci itulah yang dia buat sekarang. Sound crazy right." balas Eryn Camelia.

"Berjanji nak bahagiakan saya.. Saya pun tak tahu dia ingat ke tak yang dia yang beria nak kahwin dengan saya. Lawak kan, tapi mungkin lah saya yang bengap kan percayakan dia 100%. "

"Awak nak dengar tak apa yang dia cakapkan dekat saya? Let me tell you. "

Eryn Camelia baru sahaja ingin memulakan ceritanya tiba-tiba Adrian memotongnya. "Stop it, Eryn! "

"No! You stop this Adrian! "

Ya Allah SWT ampunkan aku kerana meninggikan suara aku. Tetapi, aku sesungguhnya sudah tidak mampu nak menahan rasa pada dada aku lagi.

"Stop all of this! Kalau awak dah tak bak semua benda ni. Just.. Just let me go.. " maka dengan itu air mata Eryn Camelia menitis lagi.

"Kenapa awak nak serabutkan diri awak fikirkan tentang saya? You got want you want already. You got everything you need now. "

"You're my everything, Eryn... "

"What?! "

"Awak segala-galanya bagi saya. Tak akan saya nak lepaskan awak.. "

"Kalau saya segala-galanya pada awak. Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa Adrian? Kenapa? Saya penat Adrian... Saya dah letih... "

"Did you trust me? " soal Adrian Daniel.

"Saya percayakan awak.. Tapi, awak dah hilangkan nilai kepercayaan saya terhadap awak. "

"Jangan pernah soalkan nilai kepercayaan saya dekat awak. Saya sentiasa percayakan awak. " tambah Eryn Camelia lagi.

Kepala Eryn Camelia berdenyut. Kemudiannya, dia nampak tubuh Adrian menjadi dua, dan menjadi tiga. Pandangannya nenjadi kelam.

Sebaik sahaja terbangun dia dapat merasakan ada tangan memegang dahinya dengan lembut. Rambut panjangnya di pegang. Dia tahu siapa milik tangan itu. Namun, dia masih lagi berlakon. Keraskan diri seperti patung di atas katil itu.

Kenapa aku nak susahkan dan kusutkan kepala aku fikirkan semua hal ini. Penatlah jadi orang baik. Kadang-kadang saja aku berlari dari semua ini. Macam sekarang. Berlari dah sampai ke sini tapi ditemui juga. Tak tahu lah ke mana lagi nak larikan diri.

Tiba-tiba dia dapat merasakan dahinya dikucup. Hatinya menangis lagi. Kenapalah hubungan kita tak macam dulu lagi? Kenapa? Saya rindukan suami saya yang dulu. Saya nak dia balik...

"Maafkan saya sayang. Saya terpaksa sakitkan hati awak. Tapi ini ialah satu cara yang paling tepat dan betul buat masa sekarang. Saya tahu awak bencikan saya sekarang tapi saya terpaksa. Maafkan saya... Jangan tinggalkan saya lagi... Saya perlukan awak... Saya perlukan anak kita... " perut kempis Eryn Camelia disentuh.

Bertambah lagi rasa nak menangis. Eryn Camelia mengemamkan bibirnya dengan kuat. Dia tak nak esakannya didengari oleh Adrian. Sesungguhnya dia tak kuat. Tak kuat nak hadapi semua benda ni.

Rintihan Adrian tadi sememangnya datang dari hatinya. Aku kenal ayat yang keluar dari mulut suami aku. Ini baru suami aku.

Ini Adrian aku.

Tolonglah bila aku buka saja mata nanti Adrian Daniel yang lama ada di depan aku. Ini hanyalah sebuah mimpi yang menakutkan buat aku. Kejutkanlah aku... Hilangkan rasa berat dihati ini. Aku nak teruskan kehidupan dengan harmoni dan indah.








🌺🐿️🌿
hello peachyness
happy weekend to everyone!
enjoy your saturday & sunday with the love ones.
be kind to all & you will see the light in your life...
stay health & stay safe..

xoxo,
sweetpeachy_

🍑🍑🍑

Good quotes help our daily life be more productive and keep us on track. It's also be a good reminder for us. Keep working. Stay positive. Stay healthy.

sweetpeachy_

Source : Pinterest

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Source : Pinterest


🍑🍑🍑

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam bentuk atau alat apa jua pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis sendiri,

sweetpeachy_

🍑🍑🍑

ALL CHARACTERS, INCIDENTS, ORGANIZATION AND BACKGROUNDS ARE FICTITIOUS!


🖇️PLEASE 'VOTE', 'SHARE' AND 'COMMENTS'!

TO BE CONTINUED...

[C] Dulu Kawan Sekarang SayangWhere stories live. Discover now