BAB 29

2.2K 46 0
                                    

▶️P L A Y L I S T
Beautiful by Crush
Goblin / Guardian : The Lonely and Great God OST Part. 4

🍑🍑🍑


BEKAS tart walnut dan juga tart fruity itu dimasukkan ke dalam peti sejuk sambil tangan kirinya menyusun benda-benda yang ada di dalam peti sejuk itu. Sayur brokoli, carrot, dan juga beberapa jenis sayur-sayuran yang lain dikeluarkan. Ingat nak masak sayur campur. Adrian awal lagi order nak makan kek coklat. Si Mikael order tomyam ayam dengan telur dadar. Abang ngah order kailan ikan masin. Along pula order kangkung goreng belacan. Nasib baik mama dengan ayah tak order juga. Hahahaha.. Awal pagi tadi aku pergi market nak beli bahan-bahan. Tart walnut, tart fruity dengan kek coklat aku dah siapkan semalam.

Pergi market selalunya tugas husband la kan.. Tapi, laki aku ni payah sikit nak jejak kaki ke market. Tak tahu pula sejenis penakut ke apa? Tetapi kalau ajak pergi supermarket okay aje. Ini kejap lagi mak mentua aku datang. Aku korek rahsia dia. Dah asal aku ajak pergi beli barang basah tadi dia tak nak ikut. Penat aku bergusti dengan makcik-makcik dengan pakcik-pakcik tu semua.

Nasib semua tu senang aje. Yang Adrian ni pun gatal lidah sebut pasal kek coklat moist aku tu. Kena juga la buatkan. Nanti cakap tak sayang husband sendiri pula. Tart sampai dua aku buat gatal juga nak makan kek coklat tu.

Ayam di keluarkan dari peti sejuk dan di basuh sekali lagi. Kailan dan juga kangkung sudah di potong. Bahan-bahan untuk masak dua jenis sayur ini sudah siap. Pes tomyam dikeluarkan dari dalam kabinet. Eryn dengan lincahnya memasukan air panas ke dalam periuk. Pes tomyam dimasukkan ke dalam periuk bersama serai, dan juga ayam. Dibiarkan mendidih baru dia masukkan segala jenis sayur-sayuran. Garam, gula dan sedikit serebuk perasa dimasukkan. Masak selama 15 minit dan siap. Oooh, yaa jangan lupa daun limau purut sekali. Kalau tak ada tak wangi nanti.

"Huishh, sedapnya bau. " kata Puan Dahlia sebaik sahaja dia melangkah ke dapur.

"Ma, bila sampai? Lia tak dengar pun kereta. " tanya Eryn Camelia kepada ibunya.

"Baru aje ni haa. Along dengan angah kamu tak sampai lagi ke? " tanya Puan Dahlia kepada anak gadisnya.

"Otw, along ambil Mika dulu. Mama, nak minum air apa? "

"Air kosong sudah la. Biar mama tolong masakkan sayur tu. Kamu pergi tanya Adrian dengan ayah kamu nak minum apa. " balas Puan Dahlia.

"Yelah... "

Eryn Camelia melangkah keluar dari dapur. Dia mencari Adrian dan juga ayahnya di ruang tamu namun tiada. Mana laki aku songlap ayah aku ni? Tiba-tiba aku terdengar suara riuh-rendah di luar.

Eryn Camelia keluar dari dalam rumah melalui pintu sliding door dan melihat semua kaum kerabat lelaki nya sudah seronok berborak. Riuh sungguh rumah kalau dia orang ni bergabung. "Bestnya! Borak apa tu? " soal Eryn Camelia. Dia berjalan ke arah Adrian yang berdiri di sisi ayahnya.

"Adrian, bagi tahu ayah yang Lia menangis semalam. " jawab ayah.

Baru sahaja nak luku kepala Adrian. Dia sudah berlari. "Awak ni kan. Tak payah makan kek coklat yang saya buat. "

"Alah! Orang melawak ajelah. Alah, sayang.. Please laa.. "

"Mika masuk dalam kejap tolong akak. Cepat! " jerit Eryn Camelia kepada adik lelakinya.

[C] Dulu Kawan Sekarang SayangWhere stories live. Discover now