▶️P L A Y L I S T
You Can't Stop It From Blossoming by Sunwoo Jung-a
The King : Eternal Monarch OST Part. 7🍑🍑🍑
PINGGAN yang berisi spaghetti carbonara diletakkan di hadapan Eryn Camelia dilihat tanpa diusik. Niat nak dirinya ingin menyiasat lagi siapa lelaki itu dengan Adrian Daniel. Eryn Camelia memerhati sahaja gerak geri suaminya sambil bibirnya dimuncungkan ke depan dan ke belakang.
Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak?
"Tenung saya macam tu kenapa? " tanya Adrian Daniel sambil memotong ayam dihadapannya.
"Emmm... Tak ade apa. Saja. " balas Eryn Camelia. Huish. Nasib baik pandai cover.
Karang aku tanya berapi balik pula si Adrian ni. Scary sangat ah. Mood dia dah okay ni takyah la membarakan kembali.
"Ade apa Eryn? " soal Adrian Daniel pula kali ini. Garfu dan pisau diletakkan ke atas meja sambil dia memandang wajah Eryn. Okay gatal lagi kan kau mata dan mulut.
"Mane ade apa pun. Dok ingat pasal groceries. Banyak benda dah nak habis. " tembak Eryn Camelia. Semoga laki aku termakan lah peluru aku ni.
"Lepas lunch nanti kita pergi beli banyak sangat ke dah tak ade. "
"Banyak la juga. Weekend ni kan adik awak nak balik. Dia mesej bagi tahu saya yang dia teringin nak makan tart walnut dengan fruity. Itu yang nak pergi beli bahan-bahan tu sebab Jumaat ni saya ada kelas sampai lepas Asar. " tambah Eryn Camelia. Nasib baik la otak aku pandai kona kiri dengan kanan. Cerita Sabtu lepas aku korek balik.
Adrian Daniel lihat wajah Eryn sekali lagi sebelum dia meneruskan kembali menjamah makanan. Eryn dengan pantas mengambil garfu dan makan bersama suaminya. Nasib baik! Hahahahaha! Yes! Aku selamat.
Aku meletakkan eco bag yang berisi dengan barang-barang dapur untuk seminggu di atas counter top island tu dengan berhati-hati. Handbag pada bahu kiriku diletakkan pada sisi eco bag tersebut sebelum aku mula menyimpan barang-barang tersebut.
Tepung untuk buat kek coklat, dan juga barang-barang seangkatan dengan nya di masukkan ke dalam pantry. Susu kotak dimasukkan ke dalam peti sejuk bersama barang-barang basah yang lain.
Mengada la nak makan kek coklat moist, apa salahnya kalau dia makan tart tu sekali. Bukannya sikit banyak kot. Aku nak buat dua jenis tart, conform-conform lah satu tart boleh dapat 8 slices.
"Eryn, kalau awak buatkan saya chocolate moist boleh tak? Tetiba teringin sangat nak makan kek. " kata Adrian Daniel sambil menolak troli di sisinya.
"Kek coklat? Boleh aje. Tapi, weekend ni saya nak buat dua jenis tart dah. Awak still nak kek ke? "
"Haaa ahh, teringin sangat nak makan dah lama sangat awak tak bake kek coklat. "
"Emmm, yelah. Nanti saya buatkan. Tapi, kalau awak tak habis kan siap awak. " pesan Eryn Camelia.
Lepas sahaja lunch tadi Adrian ajak aku terus ke pasar raya. Dia call setiausaha dia cakap yang dia tak masuk pejabat dah. Pelik juga. Tapi, tak kesah lah.
YOU ARE READING
[C] Dulu Kawan Sekarang Sayang
Romance[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya berkembang seiring dengan sikap playboynya. Baru berusia 26 tahun, dia memiliki sebuah empayar perniaga...